Salam Tuan. Apakah terjemahan bagi slogan di bawah. NEW YEAR, NEW YOU Terima kasih. | Berikut merupakan beberapa padanan bahasa Melayu untuk "New Year, New You": 1. Tahun Baharu, Gaya Baharu 2. Tahun Baharu, Rupa Baharu Padanan perkataan bergantung pada kesesuaian mengikut laras bahasa atau konsep penggunaan dalam sesuatu bidang. | Makna | 08.12.2021 |
"Muzium hiper terhubung: Pendekatan Baharu, Masyarakat Baharu (Hyperconnected museums: New Approaches, new publics) terjemahan bahasa melayu betul atau tidak | Belum ada padanan bahasa Melayu untuk hyperconnected. Kami mencadangkan padanan bahasa Melayunya ialah hiperhubung, aktif hubung atau mudah hubung. Cadangan terjemahan ialah Muzium Hiperhubung atau Muzium Aktif Hubung atau Muzium Mudah Hubung: Pendekatan Baharu, Masyarakat Baharu untuk Hyperconnected museums: New Approaches, new publics. | Penyemakan dan penterjemahan | 21.02.2018 |
salam, mohon bantuan untuk terjemahan tema ini: Hyperconnected museums : New Approaches, new publics term "Hyperconnected" ada istilah khas dalam bahasa melayu atau tak untuk diterjemahkan. tq | Belum ada padanan bahasa Melayu untuk hyperconnected. Kami mencadangkan padanan bahasa Melayunya ialah hiperhubung, aktif hubung atau mudah hubung. Hyperconnected Museums dicadangkan Muzium Hiperhubung, Muzium Aktif Hubung atau Muzium Mudah Hubung. | Istilah | 21.02.2018 |
• New option to customize the extensions for MetaTexis documents and cleaned/final version 1. Saya ingin bantuan untuk perkataan CUSTOMIZE dalam BM 2. Freelance dalam BM Terima kasih daun keladi. | Untuk makluman, dalam kamus Inggeris-Melayu Dewan, "customize" bermaksud membuat mengikut tempahan atau pesanan. Dalam bidang Teknologi Maklumat, padanan bahasa Melayu untuk "customized" ialah tersuai. Contoh: customized software - perisian tersuai. Dalam konteks ayat yang diberikan, "customize" mungkin bermaksud "untuk disesuaikan dengan'. "Freelance"bermaksud bekerja bebas. Dalam istilah bidang Komunikasi, padanan bahasa Melayu untuk "freelance" ialah pemberita bebas. | Istilah | 26.09.2013 |
NEW BUSINESS DEPARTMENT | JABATAN PERNIAGAAN BARU | Istilah | 23.02.2011 |
Assalamualaikum Mohon perhatian dan DBP,penggunaan Norma Baharu atau Normal Baharu yang lebih tepatnya dalam situasi sekarang.Kerana kalau di dalam Bahasa Inggerisnya di sebut NEW NORMAL bukannya NEW NORM. Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu bagi new normal ialah kebiasaan baharu manakala new norm pula ialah norma baharu. Kebiasaan baharu merupakan tindakan atau tingkah laku yang baharu atau tidak seperti kebiasaan untuk dijadikan standard atau biasa disebabkan oleh sesuatu perkara seperti pandemik penyakit berjangki, dalam usaha mengadaptasi keadaan baharu. Norma baharu pula merupakan peraturan yang diterima atau diguna pakai oleh masyarakat disebabkan berlakunya sesuatu perkara seperti pandemik penyakit berjangkit. Puan boleh rujuk laman FB Dewan Bahasa dan Pustaka untuk istilah semasa. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.06.2020 |
1. Life & Style 2. Experience a new life.And a new style Boleh tolong terjemahkan dalam bahasa Melayu dlam perkataan yang ringkas | 1. gaya dan kehidupan 2.alami hidup/ kehidupan baru 3.gaya baru/ terkini | Tatabahasa | 26.11.2007 |
salam sejahtera Khidmat DBP, Bersama-sama ini saya sertakan soalan saya untuk tindakan pihak tuan/puan. | 1a. New Roman','serif'; font-size: 12pt">Pegawai Kebajikan itu memberikan bantuan modal perniagaan kepada segelintir penduduk yang termisknin. New Roman','serif'; font-size: 12pt">1b. New Roman','serif'; font-size: 12pt">Pegawai Kebajikan itu memberikan bantuan modal perniagaan kepada segelintir daripada penduduk yang termisknin. New Roman','serif'; font-size: 12pt">New Roman','serif'; font-size: 12pt">Ulasan: Kedua-dua ayat di atas kurang tepat dan dipinda menjadi "New Roman','serif'; font-size: 12pt">Pegawai Kebajikan itu memberikan bantuan modal perniagaan kepada segelintir penduduk miskin. New Roman','serif'; font-size: 12pt">New Roman','serif'; font-size: 12pt">2a. New Roman','serif'; font-size: 12pt">Hujan yang turun dengan lebat sejak kelmarin telah menenggelamkan sebahagian daripada tiang rumahnya. New Roman','serif'; font-size: 12pt">New Roman','serif'; font-size: 12pt">New Roman','serif'; font-size: 12pt">2b. New Roman','serif'; font-size: 12pt">Hujan yang turun dengan lebat sejak kelmarin telah menenggelamkan sebahagian daripada tiang rumahnya. New Roman','serif'; font-size: 12pt">New Roman','serif'; font-size: 12pt">New Roman','serif'; font-size: 12pt">New Roman','serif'; font-size: 12pt">Ulasan: Kedua-dua ayat di atas adalah sama dan kurang tepat dan dipinda menjadi "New Roman','serif'; font-size: 12pt">Hujan yang turun dengan lebat sejak kelmarin telah menenggelamkan sebahagian daripada rumahnya". | Tatabahasa | 22.06.2011 |
Apakah itu Psikologi Pendidikan? Apakah definasinya dan bagaimana penggunanya | New Roman" size="3">Psikologi pendidikan ialah kajian tentang bagaimana New Roman" size="3">manusiaNew Roman" size="3"> belajar dalam latar New Roman" size="3">pendidikanNew Roman" size="3">, keberkesanan campur tangan pendidikan, psikologi pengajaran, dan New Roman" size="3">psikologi sosialNew Roman" size="3"> sekolah sebagai pertubuhan. New Roman" size="3">Psikologi pendidikan melibatkan diri tentang bagaimana pelajar belajar dan berkembang, seringnya dengan menumpukan subkumpulan seperti kanak-kanak bergeliga dam mereka yang New Roman" size="3">kehilangan upayaNew Roman">. | Makna | 18.01.2009 |
Kenapa memperolehi dan diperolehi salah? Kenapa imbuhan akhiran "i" digugurkan? | new roman; font-size: 16px;"> new roman; font-size: 16px;">Bentuk lazim new roman; mso-bidi-font-family: arial; mso-bidi-font-style: italic;">memperolehi sebenarnya merupakan bentuk terbitan yang lewah. Dalam hal ini, knew roman; mso-bidi-font-family: arial; mso-bidi-font-style: italic;">ata dasar oleh menerima awalan new roman; mso-bidi-font-family: arial; mso-bidi-font-style: italic;">memper-. Oleh itu, new roman; mso-bidi-font-family: arial; mso-bidi-font-style: italic;">memperolehi seharusnya menjadi new roman; mso-bidi-font-family: arial; mso-bidi-font-style: italic;">memperoleh. Begitu juga bagi perkataan diperolehi yang juga merupakan bentuk terbitan yang lewah. new roman; mso-bidi-font-family: arial;">Kata dasar bentuk apitan ini menerima awalan diper- , maka diperolehi seharusnya menjadi diperoleh. new roman; font-size: 16px;"> new roman; mso-bidi-font-family: arial;">Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 208 dan 211 – 217. new roman; font-size: 16px;"> new roman; font-size: 16px;"> | Tatabahasa | 20.09.2021 |