| Tuan/Puan, Apakah terjemahan yang betul bagi 'next scheduled dose' di dalam ayat di bawah. Continue with the next scheduled dose = Teruskan dengan dos berikutnya yang dijadualkan. Sekian, terima kasih. | Pihak kami mencadangkan terjemahan bahasa Melayu bagi "next scheduled dose" ialah dos yang berikutnya mengikut jadual. | Lain-lain | 25.11.2021 |
| Next To The Port jika di BM kan ayat mana yang betul Berhampiran Pelabuhan ATAU Bersebelahan Pelabuhan Perkataan Leading Industrial Lots jika di BM kan ayat mana yang betul :- Lot Industri Premium ATAU Lot Industri Premier / Primer ? | Kami mencadangkan terjemahan “Bersebelahan dengan Pelabuhan” untuk “Next to the port” dan “Lot industri utama” untuk “Leading Industrial Lots”. | Penyemakan dan penterjemahan | 22.02.2023 |
| Boleh saya tahu penterjemahan terbaik untuk ayat tersebut dalam Bahasa Melayu? 1. Premier Industrial Lots 2. Next To The Port | Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi istilah premier industrial lots ialah lot perindustrian utama dan cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi istilah next to the port ialah bersebelahan dengan pelabuhan.
| Penyemakan dan penterjemahan | 28.02.2023 |
| (take off to your next destination with over 30 foreign currencies at great rates ) can i have the translate to bahasa Thank YOu | Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan Penterjemahan. Apa yang dapat kami bantu ialah menyemak teks yang telah diterjemahkan. | Lain-lain | 25.06.2015 |
| Selamat sejahtera, Soalan: 1. Apakah maksud/perbezaan bagi sebelum and sebelumnya? 2. Jika saya ingin menterjemah perkataan bahasa Inggeris "Previous" dan "Next" dalam bahasa Malaysia. Apakah perkataan yang sesuai bagi kedua-dua perkataan ini? Sekain terima kasih. | 1. Penggunaan "-nya" pada perkataan "sebelumnya" membawa fungsi sebgai "kata pembenda" iaitu perkataan yang menjadikan sesuatu perkataan yang asalnya bukan kata nama sebagai nama kata nama, contohnya; Kesannya, Akhirnya, Natijahnya, Tegasnya, Sesungguhnya, Akibatnya dan Secara keseluruhannya termasuk juga Sebelumnya. 2. "Next" boleh diberikan pelbagai padanan contohnya sebelah;sesudah; selepas; berikutnya; manakala "previous" boleh diberikan padanan sebelumnya; terdahulu. Kedua-dua padanan ini boleh diberikan padanan tepat dengan mengambil kira konteks penggunaan dalam ayat. | Makna | 02.02.2014 |
| Saya ingin memastikan penggunaan ayat kami untuk bahan promosi ini betul atau tidak. MIHAS 2015. THE NEXT STEPS. Terima kasih. | Sila terjemahkan teks tersebut ke dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu ialah citra kebangsaan yang wajar digunakan dalam urusan rasmi dan promosi kerajaan. | Lain-lain | 26.12.2014 |
| Apakah perkataan paling sesuai untuk menterjemah perkataan 'slide' seperti yang digunakan dalam ayat berikut, 'Slide to the next picture' (merujuk kepada gambar yang berada dalam telefon bimbit). Apakah penjodoh bilangan untuk gambar jika ia berada dalam telefon gambar? Adakah sekeping gambar boleh digunakan atau satu gambar? Terima kasih. | Cadangan terjemahan yang sesuai ialah “Calit untuk ke gambar berikut”. Penjodoh bilangan “sekeping” tidak lagi sesuai untuk gambar dalam telefon bimbit. Sudah memadai dengan menggunakan kata bilangan, iaitu satu gambar, dua gambar dan seterusnya. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.04.2017 |
| Dear Sir / Madam Please check for us the malay translation. 1. car park office - pejabat parkir 2. operation hour - waktu operasi 3. penalty for loss of ticket - penalti bagi kehilangan tiket 4. please proceed to next level - sila teruskan ke tahap seterusnya | 1. car park office - pejabat tempat letak kereta 2. operation hour - waktu operasi 3. penalty for loss of ticket - penalti bagi kehilangan tiket 4. please proceed to next level - sila ke aras seterusnya | Tatabahasa | 29.08.2012 |
| Tang Pui Kwan SEP 11TH, 11:56AM salam sejahtera, i would like find out more about kursus basic bahasa melayu for foreigner. Is this about pricing?YesNo 1.when is the next intake? 2. how many classes for the entire programme? 3.how many hours in total, 4. how much is the course fee + registration fee (if any?) thank you | Segala program yang berkaitan dengan kursus, latihan industri dan biasiswa (jika ada) diuruskan oleh Akademi DBP. Sila hubungi Ketua Akademi DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur melalui Dr. Dahlina Daut, e-mel dahlina@dbp.gov.my, dan telefon 03-21479224. | Lain-lain | 11.09.2016 |
| Salam tuan/puan, Apakah padanan istilah yang pihak tuan/puan boleh cadangkan bagi istilah "community rolling action plan"? Yang berikut adalah definisinya: The Community rolling action plan indicates substances for evaluation by the Member States in the next three years and is updated each year in March. The evaluation aims to clarify the initial concern that the manufacture and/or use of these substances could pose a risk to human health or the environment. Cadangan terjemahan saya ialah pelan tindakan daftar komuniti/ pelan tindakan daftar bahan-bahan. Sekian, terima kasih. | Waalaikummussalam. Dalam konteks definisi yang diberikan, pelan tindakan daftar bahan lebih sesuai digunakan. (Tidak perlu perkataan “bahan” diulangi). Terima kasih. | Istilah | 22.06.2017 |