Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nga] | ڠا

Definisi : huruf ke-21 abjad Jawi (mempunyai nilai 4000). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nga


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Sejahtera, Saya baru perasan bahasa sebutan Daftar Kata BM dan juga suku kata adalah berlainan. Saya ingin bertanya untuk perkataan "mengada-ada". Sebutan: [me.nga.da.nga.da] Suku Kata: (me.nga.da.a.da) Adakah pemisahan saya di atas betul? Sekian, terima kasih.Dari segi ejaan, ditulis sebagai mengada-ada tetapi apabila disebut me.nga.da.nga.da.
Kata terbitan yang terdiri daripada awalan meN- atau pen- dengan kata dasar yang berupa kata ulang yang bermula dengan bunyi vokal atau diftong dilafazkan dengan mengulangi bunyi suku kata kedua yang mengandungi bunyi (ng).
Ejaan10.09.2014
tuan, antara kata mengada-ngada dengan mengada-ada yang manakah betul?Dari segi ejaan, ditulis sebagai mengada-ada tetapi apabila disebut me.nga.da.nga.da.
Kata terbitan yang terdiri daripada awalan meN- atau pen- dengan kata dasar yang berupa kata ulang yang bermula dengan bunyi vokal atau diftong dilafazkan dengan mengulangi bunyi suku kata kedua yang mengandungi bunyi (ng).
Tatabahasa26.06.2013
Salam sejahtera, saya ingin bertanya, apakah sebutan / cara pengajaran imbuhan -nga, -nye dan -nyam kerana nampaknya ada beza dari 2 penerbit buku. Buku teks contoh 1 mengatakan patut disebut sebagai meng-a-da-kan manakala 1 buah buku lagi mengatakan ia patut disebut sebagai me-nga-da-kan. Maka saya ingin mendapatkan kepastian dalam ajaran dan sebutan yang tepat supaya dapat dimaklumkan kepada guru-guru lain.Apabila membatangkata kata terbitan, kaedah yang lazimnya digunakan adalah seperti meng.ada.kan, dan apabila membatangkan sesuatu perkataan untuk sebutan cara yang lazim digunakan adalah seperti me.nga.da.kan, iaitu mengikut sebutan lazim penutur jati. Walau bagaimanapun jika terdapat kekeliruan dalam hal ini, sila rujuk penulis buku berkenaan.Tatabahasa29.07.2016
Bagaimana mencerakinkan suku kata untuk perkataan berimbuhan berikut: makanan (ma+ka+nan atau ma+kan+an), mengatasi (me+nga+ta+si), mengekori (me+nge+ko+ri atau me+nge+kor+i)Merujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, perkataan makanan disebut, [ma.kan.an], mengatasi [me.nga.ta.si], mengekori [me.nge.ko.ri].

Tatabahasa04.05.2013
mengalirme.nga.lirLain-lain23.04.2008
Selamat sejahtera. Adakah betul jika mengatakan bahawa "Kaedah pemenggalan suku kata tergolong kepada dua jenis: 1. menurut sebutan, contohnya me/nga/rah, daun 2. menurut ejaan, contohnya meng/a/rah, da/un Terima kasih.

Terdapat perbezaan antara pemenggalan suku kata (pemisahan suku kata) dengan pemenggalan sebutan bagi kata bahasa Melayu.  Pemenggalan suku kata ditandai oleh satu vokal, vokal itu dapat didahului atau diapit oleh konsonan.  Pemenggalan kata bagi ejaan pada kata terbitan dilakukan dengan cara memisahkan imbuhan daripada kata dasarnya, contohnya meng-a-rah. Manakala, sebutan bagi kata terbitan pada dasarnya menurut pola pemenggalan suku kata berdasarkan pola ejaan iaitu, VK-, KV- dan KVK. Namun, bagi beberapa bentuk terbitan dengan awalan tertentu, terdapat cara sebutan yang bervariasi contohnya, [me.nga-rah], [daun].

Sila rujuk Daftar kata Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, Edisi Kedua, DBP, 2008.

Tatabahasa04.12.2013
saya ingin tahu tentang suku kata bagi perkataan mengajar. tq.Suku kata bagi mengajar ialah me.nga.jar.Ejaan05.05.2010
Berapa suku kata yang ada pada kata 'manusia' dan 'ia'? bagi perkataan berimbuhan seperti 'mengalirkan' adalah suku katanya me.nga.lir.kan atau meng.a.lir.kan?Pemenggalan suku kata ditandai oleh satu vokal, vokal itu dapat didahului atau diapit oleh konsonan.   Pemenggalan suku kata bagi ejaan kata terbitan dilakukan dengan cara memisahkan imbuhan daripada kata dasarnya. Kata manusia mempunyai 3 suku kata /ma.nu.sia/ ; kata ia mempunyai satu suku kata /ia/ ; manakala kata mengalirkan dipenggalkan kepada /meng.a.lir.kan/.  Pemenggalan kata berbeza dengan pemenggalan sebutan.Ejaan11.07.2018
Mohon semakan ejaan Jawi Perbadanan Tabung pendidikan Nasional seperti di lampiran.Betulkan ejaan tabung - ta alif ba wau ngaTatabahasa21.05.2012
suku kata bagi mengajar. boleh memperkenalkan apa-apa buku di pasaran yang mengenai suku kata? tq...

Ada tiga suku kata bagi perkataan mengajar, iaitu me.nga.jar. Saudara boleh merujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, Edisi Kedua terbitan DBP.

 

Tatabahasa05.05.2010
123

Kembali ke atas