Nama-nama panggilan dalam keluarga 1. Anak pertama - Abg Long /Kak Long 2. Anak Kedua - Abg Ngah/Kak Ngah 3. Anak Ketiga -- ? 4. Anak keeempat -- ? 5- Anak kelima -- ?? dan seterusnya. | Panggilan anak pertama (along) dan kedua (angah) adalah sama di banyak tempat, namun panggilan ketiga yang seterusnya tidak selaras dan dinyatakan panggilan yang ada dan turutan dalam keluarga teh (keenam/keempat), itam (ketujuh), andak (keempat/kelima), busu (bongsu), manakala panggilan anjang, uda hanya diberi makna panggilan dalam keluarga. | Lain-lain | 08.06.2008 |
Mak Ngah telah sedar dari/daripada komanya | Mak Ngah telah sedar daripada komanya. | Tatabahasa | 17.07.2012 |
1)saya ingin bertanya barkaitan dengan sejarah lagu ghazal pak ngah balik. selain itu juga saya ingin mengetahui sinopsis lagu tersebut. 2)saya masih tercari-cari pantun melayu klasik yang berkaitan maksud dengan si dara jelita sedang tenang menunggu kepulangan teruna idaman. 3)saya menyertai pesta zapin, jadi perlu menghantar sinopsis lagu dan jenis zapin. zapin yang kami bawa adalah zapin putar alam dan tajuk lagu pula ialah lagu pak ngah balik. mohon idea penulisan dari pihak anda. | Lagu Pak Ngah Balik adalah berentak ghazal (bukan zapin) dan dinyanyikan oleh Zainurin Md. Dom. Rakaman lagu ini dibuat dalam piring hitam jenis MHT A2 dengan iringan Orkes Sri Penambang Ghazal Muar pimpinan Atan Penambang. Pencipta lagu ini ialah Pak Lomak atau nama sebenarnya Haji Musa Yusof. Pak Ngah Balik Bulan mengambang Pak Ngah lah yang balik Ahailah sayang Bulanlah yang mengambang Bulan mengambang Tengah malam Bulan mengambang Pak Ngah lah yang balik Ahailah sayang Bulanlah yang mengambang Bulan mengambang Tengah malam Ahailah nampak bercahaya Nampak bercahaya dengan serinya Janganlah abang Pak Ngah lah yang balik Ahailah sayang Janganlah abang Janganlah abang berhati bimbang Hai adik pergi Adik pergi tidaklah lama Tidaklah lama Untuk mendapatkan pantun yang dimaksudkan, saudara/saudari boleh merujuk buku pantun 'Kurik Kundi Merah Saga' | Lain-lain | 26.03.2010 |
Adakah kata panggilan seperti pak cik, mak cik, kak ngah, ayah, ibu dan adik tergolong dalam kata ganti nama diri? | Kata panggilan seperti pak cik, mak cik, kak ngah, ayah, ibu dan adik tergolong dalam kata ganti nama diri yang digunakan dalam konteks tidak rasmi. Dalam suasana rasmi hendaklah digunakan kata ganti nama diri "saya". | Tatabahasa | 23.05.2014 |
Saya ingin mengetahui sapaan yang tepat untuk individu yang bernama tuan. Contohnya Tuan Ahmad Tuan Ngah. Apakah gelaran yang sesuai? Encik Tuan Ahmad? Bagaimana pula jika individu tersebut seorang perempuan, cth: Tuan Maznah..apakah betul kita menyapa Puan Tuan Maznah? | Sapaan yang betul ialah tuan/puan seperti Encik Tuan Ahmad bin Tuan Ngah dan Puan Tuan Maznah binti Tuan Ngah. | Tatabahasa | 09.10.2012 |
Saya ingin merujuk kepada buku teks Bahasa Malaysia tahun dua KSSR,tema 1 dan 2-mak usu,pak usu,pak ngah dan pak long ditulis dengan huruf besar.Terima kasih jikaada tindakan segera. | Salam. 1. Penggunaan huruf besar bagi mak usu, pak usu, pak ngah dan pak long kerana merujuk terus kepada watak khusus dalam gambar, tema dan unit berkenaan. 2. Kandungan buku ini telah dirujuk kepada pakar bahasa seperti yang terdapat pada halaman penghargaan buku berkenaan. Terima kasih. | Lain-lain | 14.01.2013 |
tuan, mak ngah terpaksa bekerja keras kerana ________tanggungjawab membesarkan anak-anak selepas kematian suaminya. A menanggung B mendukung C memikul D memangku (tuan, kamus menyatakan maksud memangku ialah 4 memegang sesuatu jawatan; memikul tanggungjawab: .. maka adakah jawaban memangku sesuai digunakan dalam ayat ini? TQ) | jawapan memangku tidak sesuai digunakan bagi soalan di atas dan jawapan yang memberi makna yang betul ialah memikul. | Tatabahasa | 22.08.2011 |
mak usu,mak ngah,pak long adakah tergolong dalam kata nama am atau khas? | Kamus Dewan, Edisi Keempat, halaman 980: mak bongsu, iaitu mak cu, mak su dan mak usu dieja dengan huruf kecil. mak usu, mak long ialah kata nama am, tetapi menjadi kata nama khas apabila ada nama khusus digandingkan bersama seperti Mak Su Limah dan Mak Long Siti. | Tatabahasa | 10.01.2013 |
SAYA PAREENA MARGA PA-NGAH BELAJAR UNIVERSITY FATONI SELATAN THALAND INGIN BERTANYA DBP APKAH KATA KERJA TERIMAKASIH | Sila manfaatkan kemudahan yang tersedia di laman web kami www.dbp.gov.my untuk mendapatkan makna/maklumat yang berkaitan. Contoh: tulis kata kunci seperti "sendi nama" dan tekan butang "CARI". Anda akan memperoleh data daripada pelbagai sumber seperti Kamus, Istilah, Peribahasa dan Khidmat Nasihat. Pilih data yang sesuai dengan keperluan anda, jika untuk mendapatkan maksud ambil data daripada "Kamus" atau "Khidmat Nasihat". | Makna | 22.09.2016 |
Salam, boleh saya dapatkan senarai sapaan anak/nama pangkat mengikut kedudukan dalam keluarga, misalnya anak pertama dipanggil Pak Long, anak kedua dipanggil Pak Ngah, dan seterusnya? Sekian, terima kasih. | Dalam budaya Melayu, anak pertama sehingga anak kelapan ada gelaran yang khusus. Tidak ada pula gelaran untuk anak yang kesembilan dan kesepuluh. Namun, anak kedua bongsu dan yang bongsu ada gelarannya. Gelaran mengikut tertib ialah: 1. Sulung/Along @ Pak/Mak Long; 2. Angah @ Pak/Mak Ngah ; 3. Alang @ Pak/Mak Lang; 4. Pandak/Andak @ Pak/Mak Andak; 5. Ateh @ Pak/Mak Teh; 6. Anjang @ Pak/Mak Anjang; 7. Hitam/Itam/Atam @ Pak/Mak Tam; 8. Muda/Uda @ Pak/Mak Uda. Anak kesembilan boleh dinamakan sendiri dengan gelaran yang sesuai. Saya cadangkan no.9. Ilan @ Pak/Mak Ilan. Adi bermaksud adik (dalam bahasa Brunei). Oleh itu saya cadangkan, no. 10. Adi @ Pak/Mak Adi. Yang kedua bongsu, dalam keluarga ini no.11. digelar Acik @ Pak/Mak Acik; 12. Bongsu/Busu @ Pak/Mak Busu/Usu. Ada juga sesetengah tempat menggunakan gelaran Enduk/ Mak Enduk yg bererti perempuan dan Wok/Mak Wok yang bererti manis manja. | Tatabahasa | 28.10.2012 |