NH IMAN SOLUTION PLT NAMA SYARIKAT | Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui portal Khidmat Pengesahan Bahasa DBP, bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. Visual yang dihantar dalam bentuk jpeg atau gif. | Penyemakan dan penterjemahan | 25.05.2017 |
Salam sejahtera, Apakah maksud simbol ® dalam daftar kata dalam PRPM? Contoh ®zuhur. Terima kasih. NH Azizan - Vavtes Studio - | Pada naskhah bercetak Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) tanda yang digunakan ialah tanda anak panah yang apabila data daripada kamus tersebut dimasukkan ke dalam PRPM, tanda itu menjadi ®. Tanda anak panah bererti lihat. Tanda tersebut bermaksud pengguna bahasa perlu merujuk kata yang disarankan (biasanya ejaan yang standard/baku). Contoh: zohor ® zuhur. Terdapat penggunaan kata zohor oleh masyarakat yang sepatutnya dieja zuhur. Maklumat mengenai makna kata tersebut juga berada pada entri yang dirujuk, iaitu zuhur. zuhur [ẓu.hur] ظهر Definisi : Ar 1. = waktu ~ waktu tergelincir matahari ke arah barat hingga bayang-bayang kayu dsb sama panjang dgn kayu dsb yg menjadi pengukurnya; 2. = sembahyang ~ sembahyang fardu pd waktu zuhur. | Lain-lain | 22.11.2023 |
Salam sejahtera, Saya ingin meminta terjemahan bagi Bahasa Inggeris berikut: 1- clickbait 2- stand-up comedy Terima kasih. NH Azizan | Istilah tersebut masih belum terdapat dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan menggunakan istilah komedi berdiri dan umpan klik untuk merujuk kedua-dua istilah sumber tersebut. | Penyemakan dan penterjemahan | 12.10.2018 |