Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : singkatan bagi nini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ni II


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Firdaus Syah SEL 5.36 PAGI Salam, cuma mahu bertanya, Bahasa Melayu ni memang kolot dan teruk sangat ke sebab hampir semua perkataan datang atau pinjam daripada bahasa inggeris. Macam tak ada kualiti orang cakap. kalau sesetengah perkataan tak ada maksud dalam bahasa melayu. Memang faham la boleh pinjam. Sekarang macam semua guna bahasa inggeris yang ditukar. Kawan dari Kaum lain tanya kenapa bahasa melayu banyak bahasa inggeris?Mana yang Melayu? Susah jawab. Jadi saya harap DBP pantau dan tegurla media massa/ cetak atau mana2 yang guna bahasa melayu dengan salah. saya pun bukan arif sangat bahasa melayu, cuma kesian tengok bahasa sendiri pun dah hilang identiti.Kami ambil maklum pandangan tuan. Walau bagaimanapun suka untuk kami berkongsi maklumat bahawa peminjaman bahasa sememangnya berlaku secara tabii apabila dua komuniti, bahkan juga dua komuniti dialek, bertemu antara satu sama lain. Ini bermakna akan berlaku pengambilan unsur bahasa daripada suatu bahasa lain ke dalam bahasa sendiri. Contohnya, perkataan fikir (bahasa Arab), ayu (dialek Jawa) dan almari (bahasa Portugis) telah lama diterima pakai dalam bahasa Melayu sehinggakan perkataan tersebut dianggap sebagai kata jati Melayu. Penggunaan kata pinjaman ini bergantung pada konteks penggunaan kata tersebut terutamanya penggunaan dalam bidang khusus (peristilahan). Kata serapan pula ialah kata daripada bahasa asing yang diambil masuk dengan hanya menyesuaikan bunyi dan ejaannya (jika perlu) supaya sesuai dengan bunyi dan ejaan Melayu. Peminjaman usur-unsur bahasa asing merupakan kelaziman atas beberapa alasan tertentu, iaitu: i. tiada perkataan dalam bahasa Melayu dan keperluan memberikan nama am atau khusus kepada benda atau perkara; ii. perkataan bahasa Melayu belum ada yang dapat menepati maksud semantik bahasa asing; dan iii. Perkataan asing sesuai dan kelihatan lebih bergaya berbanding dengan bahasa Melayu sedia ada yang mungkin sudah lapuk atau jarang-jarang digunakan, misalnya perkataan matematik menggantikan ilmu hisab. Dalam dunia tanpa sempadan, hakikat yang perlu diterima ialah peminjaman bahasa ini juga berlaku dalam semua bahasa dan semakin meluas. Bahasa Inggeris sendiri banyak meminjam bahasa daripada bahasa Latin, Greek dan Perancis. Berdasarkan semakan kami, perkataan bicycle itu sendiri merupakan gabungan daripada bi- (bahasa Inggeris) dan kuklos (bahasa Greek), diasimilasikan menjadi bicycle. Bahasa Arab juga meminjam perkataan bahasa Inggeris khususnya dalam bidang teknologi. Bahasa Melayu yang mempunyai ciri-ciri bahasa moden tidak dapat lari daripada fenomena sejagat ini. Penggunaan bahasa asing dalam bahasa Melayu juga dilihat semakin berleluasa dan tidak terkawal kerana sifat sesuatu bahasa itu sendiri yang sentiasa berkembang seiring dengan perubahan dari semasa ke semasa. DBP, melalui Jawatankuasa Istilah dan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (Mabbim) hanya menerima perkataan asing sekiranya mematuhi proses peminjaman unsur asing ke dalam bahasa Melayu.Lain-lain30.05.2017
Yang mana betul. Badan Kepimpinan Pelajar atau Badan Kepemimpinan Pelajar. Ke arah KEPIMPINAN yang berkualiti dan berintegriti atau Ke arah KEPEMIMPINAN yang berkualiti dan berintegriti. Soalan sebelum ni saya tulis berintegrasi.

Kedua-dua istilah  iaitu kepimpinan dan kepemimpinan ialah padanan bahasa Melayu untuk "leadership".   Penggunaannya bergantung pada konsep dan konteks ayat. Kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Manakala kepemimpinan pula bermaksud keupayaan (kebolehan, pencapaian, dan sebagainya) sebagai pemimpin, daya (tindak-­tanduk, kecekapan, dan sebagainya) seseorang pemimpin.

Contoh ayat:

      i.        Kepimpinan melalui teladan
    ii.        Tun Mahathir berusaha membawa corak kepemimpinan yang berbeza daripada pemimpin-pemimpin
          sebelumnya.

 

Jawapan:

   i.     Badan Kepimpinan Pelajar
   ii
.    Ke Arah Kepimpinan yang Berkualiti dan Berintegriti

Tatabahasa19.02.2020
Abdul Raqiib Basiran 19/06/2014 2.58 PAGI Terdapat beberapa soalan yang ingin saya ajukan: 1. Penggunaan kata ganti nama "ia". Adakah "ia" boleh digunakan untuk merujuk kepada haiwan atau benda? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, penggunaan "ia" dalam konteks ini dibolehkan. Ia - 1.kata ganti diri ketiga (bagi laki-laki atau perempuan), dia: hari ni ~ tidak datang ke pejabat; 2. kata ganti benda yg dibicarakan: hatta harta yg ada akan kita bahagi-bahagikan atas keyakinan bahawa ~ menjadi bekalan yg dapat menolongnya di akhirat nanti; inilah ganti rugi saman malu yg paling besar dlm sejarah negara kita walaupun ~ hanya separuh drpd yg dituntut. 2. Penggunaan kata tanya "apa, di mana, yang mana". Adakah "apa" juga dibolehkan sebagaimana contoh ayat berikut: i. Saya tidak dapat dengar apa yang kamu cuba katakan. ii. Mereka mengadakan pertandingan itu di dewan serbaguna, di mana tempat itu sememangnya menjadi tempat tumpuan orang ramai. iii. Telefon bimbit berjenama Lenovo, yang mana telah diuji oleh Rashid itu mempunyai ketahanan bateri yang lama. Menurut Kamus Dewan, penggunaan "apa" dalam konteks ini dibolehkan. 1. kata utk menanyakan nama (jenis, sifat, dll) sesuatu: ~ yg kaubeli tadi? 2. pengganti sesuatu yg kurang tentu (kurang terang): tidak terdengar ~ yg kaucakapkan Sekian. Mohon pencerahan. Terima kasih.1. Untuk makluman, ia merupakan kata ganti nama diri ketiga atau kependekan bagi kata 'dia' dan 'ia' boleh merujuk benda yang dibicarakan tetapi bukan binatang. 2. Penggunaan yang betul adalah seperti yang berikut: i. Saya tidak dapat dengar apa-apa yang kamu cuba katakan. ii. Mereka mengadakan pertandingan itu di dewan serbaguna yang sememangnya menjadi tempat tumpuan orang ramai. iii. Telefon bimbit berjenama Lenovo yang telah diuji oleh Rashid itu mempunyai ketahanan bateri yang lama.Tatabahasa19.06.2017

Kembali ke atas