Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
niat (kata nama)
1. Bersinonim dengan maksud: tujuan, ingat di hati, hajat, hasrat, kemahuan, keinginan, kehendak, cita-cita, fikiran, harapan, jangkaan, cadangan, nazar,

2. Bersinonim dengan janji dalam hati: kaul, nazar, tekad, ikrar, azam,

Kata Terbitan : berniat, berniat-niat, meniatkan, terniat,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Adik menjawab soalan ibu dengan takut-takut. 2. Tapisan air itu kelihatan jernih. 3. Lelaki itu tercampak keluar dari keretanya dalam perlanggaran itu. 4. Bantuannya tercantum niat buruk. 5. Jam yang tergantung pada dinding itu sudah berhenti berdetik. 6. Kakak membuat ulang kaji selepas kelas tuisyen. 7. Dia menyanyi hingga urat lehernya timbul. 8. Dia menamakan Si Comel kepada kucingnya. 9. Kakak suka membaca buku, abang pula gemar bersukan. Terima kasih.Salam sejahtera,
Semua ayat-ayat di bawah adalah betul, iaitu:

1. Adik menjawab soalan ibu dengan takut-takut. 2. Tapisan air itu kelihatan jernih. 3. Lelaki itu tercampak keluar dari keretanya dalam perlanggaran itu. 4. Bantuannya tercantum niat buruk. 5. Jam yang tergantung pada dinding itu sudah berhenti berdetik. 6. Kakak membuat ulang kaji selepas kelas tuisyen. 7. Dia menyanyi hingga urat lehernya timbul. 8. Dia menamakan Si Comel kepada kucingnya. 9. Kakak suka membaca buku, abang pula gemar bersukan.
Tatabahasa14.03.2013
Putera Pg Azlan Sep 30th, 1:42pm Assalammualaikum yang berbahagia Datuk, saya Wan Amir Azlan Bin Wan Haniff dari UUM, salah seorang peserta Program pembinaan Bakat Siswa... seperti yang tuan sudah sedia maklum mengenai surat semalam, saya ingin respons dengan berharap agar perkara ini dapat disiasat dengan teliti Tuan, bukan niat saya untuk mengeruhkan keadaan memandangkan program ini telah pun berakhir, saya cuma berharap agar selepas ini ia tidak berlaku lagi, dan untuk makluman tuan, saya telah bersedia 5 bulan lamanya untuk pertandingan ini dan setiap persediaan tersebut mempunyai harga yang perlu pihak kami bayar untuk jayakannya ditambah pula jarak universiti kami yang sangat jauh. kami cuma berharap pertandingan ini dapat diadili dengan lebih adil dan teliti tanpa ada miring kepada mana2 pihak. .. Saya meminta maaf jika saya tersilap kata, segala kerjasama tuan sangatlah saya hargai..Syabas atas pelibatan dan komitmen tuan dalam Program Bakat Siswa. Semua peserta layak untuk menang tetapi hanya seorang yang akan dipilih sebagai pemenang, iaitu peserta yang mempunyai markah tertinggi dalam kumplan tersebut. Perlu diingat, panel hakim yang dipilih adalah dalam kalangan mereka yang berwibawa dan berintegriti. Walau bagaimanapun, untuk sebarang aduan, tuan boleh menghubungi pihak urus setia di Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran, di talian 03-21479222/9216/9217 atau e-mel aduan kepada Ketua Bahagian Puan Siti Aisah Murad di talian aisah@dbp.gov.my.Lain-lain30.09.2014
Pengertian: 1.prima facie 2.bonafide 3.malafide 4.habeas courpus 5.alibiPengertian: 1.prima facie –jelas sendiri 2. bonafide – asli, ikhlas, 3.malafide - berkaitan dgn sesuatu tindakan atau keputusan yg ber­dasarkan niat yg buruk. 4. habeas courpus -(habéas korpus) perintah yg dikeluarkan oleh mahkamah supaya sese­orang dilepaskan drpd tahanan yg tidak meng­ikut undang-undang ~.5. alibi-bukti atau keterangan (bahawa seseorang yg dituduh itu) berada di tempat lain ketika berlaku sesuatu perbuatan jenayah: saksi alibi-saksi yang tidak melihat sesuatu peristiwa ketika dituduh, ia tidak mempunyai alibi.Makna25.07.2011
Satu pertanyaan. Adakah perkataan SALAM boleh digunakan untuk menggantikan Assalamualaikum? Terdapat sumber mengatakan perkataan SALAM memberi erti Celakalah Kamu. Mohon penjelasan. Terima kasih.Kamus Dewan Edisi Empat menyatakan salam ialah 1. sejahtera, damai; 2. (pemberian) hormat, (penyataan) hormat: baginda duduk di atas kuda, melambai-lambai membalas salam rakyat baginda; salam takzim salam dan hormat; berjabat salam berjabat tangan; memberi salam mengucapkan kata hormat (seperti assalamualaikum dsb);. Assalamualaikum (Arab) pula ialah selamat sejahtera kepada kamu semua (lelaki dan perempuan).

Kita berbahasa menggunakan bahasa Melayu yang difahami dan segalanya niat kerana Allah. Dia maha mengetahui niat seseorang. Wallahualam.
Makna18.02.2013
Selamat pagi dan terima kasih kerana membantu. 1) "Software Localization" merujuk kepada proses menyesuaikan produk perisian untuk memenuhi keperluan bahasa, kebudayaan dan teknikal sesuatu pasaran. Bolehkah "Penyetempatan Perisian" dan/atau "Penyesuaian Tempat Perisian" diterima sebagai terjemahan "Software Localization"? 2) "Transcreation" merujuk kepada proses kreatif yang mengadaptasikan sesuatu mesej daripada satu bahasa kepada bahasa lain, sambil mengekalkan niat, gaya, nada dan konteksnya. Proses ini merangkumi terjemahan serta "penciptaan semula" (Translation & Re-creation). Apakah terjemahan yang sesuai untuk "Transcreation" (jika ada)? Sekali lagi, terima kasih.Untuk makluman, istilah software Localization dan Transcreation tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Namun begitu, pihak kami mencadangkan terjemahan bagi software Localization ialah Penyetempatan perisian dan terjemahan bagi Transcreation ialah penciptaan semula terjemahan. 


Penyemakan dan penterjemahan02.05.2019
Adakah kesalahan dalam perenggan ini? Kesimpulannya,kelas tuisyen mempunyai kebaikan dan keburukan terserah kepada anak.Niat ibu bapa untuk mengelakkan anak-anak terlibat dalam gejala sosial sebenarnya baik tetapi beberapa anak telah menyalahgunakan peluang ini.Oleh itu,ibu bapa perlu berfikir dahulu dan mendengar keinginan anak-anak sebelum menghantar mereka ke kelas tuisyen.Ibu bapa tidak harus lepas tangan terhadap anak-anak dan perlu mengawasi gerak-geri anak-anak walaupun telah menghantar mereka ke kelas tuisyen.Untuk lebih lebih memahami binaan ayat dan penggunaan perkataan yang betul, sila bertanya kepada guru di sekolah dan banyakkan berbincang dengan rakan pelajar. Ruang yang terhad ini tidak dapat membimbing pelajar dengan rinci dan jelas. Kami juga tidak menyediakan perkhidmatan menyemak esei atau tulisan, sekalipun dihantar satu demi satu.1">Tatabahasa29.09.2015
Assalamualaikum dan salam sejahtera. saya ingin mendapatkan khidmat bantuan pihak DBP untuk menentukan istilah Bahasa Melayu yang sesuai bagi setiap perkataan Bahasa Inggeris seperti yang berikut: 1. Employee Work Passion 2. Employee Work Intention 3. Organizational Citizenship Behavior 4. Social Cognitive Theory of Appraisal 5. Work Cognition 6. autonomy 7. connectedness with leader 8. connectedness with colleagues 9. collaboration 10. distributive justice 11. feeback 12. growth 13. meaningful work 14. intent to use discretionary effort 15. intent to endorse 16. intent to perform 17. intent to be an organizational citizen Segala maklum balas dan perhatian pihak tuan didahului dengan terima kasih. sekian.Waalaikumsalam, berikut ialah cadangan perkataan/istilah dalam bahasa Melayu bagi perkataan bahasa Inggeris yang dikemukakan.
1. Employee Work Passion – keghairahan bekerja
2. Employee Work Intention – niat bekerja
3. Organizational Citizenship Behavior –Sikap staf organisasi
4. Social Cognitive Theory of Appraisal – Teori penilaian kognitif sosial
5. Work Cognition – kognisi kerja
6. autonomy - autonomi
7. connectedness with leader – Hubungan dengan ketua/pemimpin
8. connectedness with colleagues –hubungan dengan rakan sekerja
9. collaboration – kerjasama
10. distributive justice – keadilan teragih
11. feeback – maklum balas
12. growth - berkembang
13. meaningful work – kerja yang bermakna/bermanfaat
14. intent to use discretionary effort – berniat menggunakan budi bicara
15. intent to endorse – bersungguh-sungguh menyokong
16. intent to perform – bersungguh-sungguh/berazam untuk maju
17. intent to be an organizational citizen – berniat untuk menjadi sebahagian daripada warga organisasi
Istilah04.06.2018
Bilakah kita menggunakan perkataan "pakai' dan 'guna'? dan perkataan 'sampai' dan 'hingga'? Apakah maksud dengan "...dia minggir diri tiga kali" Terima kasih

guna 1. manfaat, faedah: kelapa sawit banyak ~nya; 2. peranan, fungsi: guru menerangkan ~ akar pd pokok; 3. untuk, bagi: dia datang ke bandar ~ mencari keselamatan hidup; 4. budi baik, kebaikan: tidak tahu membalas ~;
~ tenaga (Eko) penggunaan tenaga manusia; ~ tenaga penuh (Eko) penggunaan seluruh tenaga manusia yg sanggup bekerja; ~ tenaga tak penuh (Eko) penggunaan tenaga manusia yg tidak sepenuhnya; guna 1. manfaat, faedah: kelapa sawit banyak ~nya; 2. peranan, fungsi: guru menerangkan ~ akar pd pokok; 3. untuk, bagi: dia datang ke bandar ~ mencari keselamatan hidup; 4. budi baik, kebaikan: tidak tahu membalas ~;
~ tenaga (Eko) penggunaan tenaga manusia; ~ tenaga penuh (Eko) penggunaan seluruh tenaga manusia yg sanggup bekerja; ~ tenaga tak penuh (Eko) penggunaan tenaga manusia yg tidak sepenuhnya;

pakai 1. = memakai: semua ~ baju tangan panjang; boleh ~ kasut; makan ~; 2. dgn cara, dgn jalan: tiap-tiap kali ibunya membeli tidak ~ bayar, tetapi ~ tulis sahaja; ~ paksa sahaja;

sampai I 1. tiba (di): tidak berapa lamanya belayar itu, ~lah ia ke Riau; 2. mencapai tujuan (maksud, niat, dll): maka terlalulah susah hati sahaya sebab surat itu tiada ~ ke dalam; apa lagi yg kaufikirkan? Maksudmu telah ~; 3. sehingga menjadi: mengapa mak ~ begini melarat; 4. mencapai had, cukup: gajinya tidak ~ seratus ringgit tetapi berlagak macam orang kaya; 5. hingga ke, sehingga: ~ hari ini, kami tidak pernah mempedulikan dia lagi;

hingga 1. garis yg terakhir, batas: tiap-tiap sesuatu ada ~ batasnya; 2. sampai ke (had tempat, waktu, dll): percakapan terhenti ~ itu, masing-masing berdiri mencari tempat sujud; ~ kini sampai pd ketika ini; ~ kini ke atas pd masa sekarang dan selanjutnya; 3. = sehingga, hinggakan, sehinggakan sampai pd keadaan (masa dll), sampai menjadi: ~ matahari telah condong benar ke barat barulah si Tanggang berkayuh balik; 4. sl setelah (sudah);

Makna05.12.2007
Salam Khidmat Nasihat DBP, Saya ingin mengetahui maksud yang setepat-tepatnya peribahasa "di mana ada kemahuan, di situ ada jalan' dan saya juga ingin mengetahui kegunaan 'maksud' dan 'makna' Adakah betul 'maksud' untuk frasa/ayat 'makna' untuk kata/perkataan? Terima kasih

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan bermaksud seseorang itu mesti berusaha dengan gigih semasa melakukan sesuatu dan segala kesukaran yang dihadapi perlu ditempuhi agar segala keinginan dapat diperoleh.

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna didefinisikan sebagai erti atau maksud (sesuatu perkataan dll).  Maksud didefinisikan sebagai 1. tujuan, hajat, kehendak, niat  2. erti yang tersimpul dalam sesuatu ayat (perbuatan dll).

Lain-lain27.10.2011

Kembali ke atas