Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. /ceruk, relung/ pd dinding; 2. (fig.) bidang, jurusan: he found his ~ in marketing, dia telah menemui bidangnya, iaitu pemasaran. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata niche


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan untuk 'multidomestic' dan 'niche market' dalam bahasa melayu?Kedua-dua perkataan tersebut tidak ada dalam data kami. Berdasarkan bentuk kata multi- seperti multinasional, kami mencadangkan multidomestic diterjemahkan kepada multidomestik. Bagi perkataan niche market, dalam data kami terdapat marketing niche yang diterjemahkan kepada peluang pemasaran dan terdapat kata lain seperti niche ecological diterjemahkan kepada ceruk ekologi. Mohon puan mengemukakan konteks penggunaannya untuk kami mencadangkan terjemahan yang sesuai.Penyemakan dan penterjemahan31.07.2014
Tuan / Puan Adakah "Pasaran Niche" digunakan dalam Bahasa Melayu? Jika tidak, adakah istilah yang lain? Dan jika ia digunakan, adakah ejaannya sama seperti di dalam Bahasa Inggeris? Terima kasihDalam bidang pentadbiran niche diterjemahkan kepada peluang, marketing niche - peluang pemasaran.Penyemakan dan penterjemahan28.07.2015
Salam Tuan/Puan. "Kebitaraan daerah...", adakah maksud kebitaraan adalah niche? Sekian, terima kasih.Kebitaraan bermaksud hal keadaan tiada taranya itu. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku/artikel yang berkaitan.Makna03.12.2016
Says terjumpa rangkaian kata 'bidang tujahan pertahanan dan keselamatan' dalam majalah Dewan Masyarakat edisi Julai 2015 di muka Surat 11. Setelah merujuk kamus dewan saya dapati ada ketidaksesuaian penggunaan perkataan ' tujahan'. Apakah sebenarnya maksud perkataan ini? Terima kasih.Bidang tujahan ialah bidang kepakaran utama atau bidang pengkhususan. Kata bahasa Inggeris yang sama erti ialah "niche" atau dalam konteks semasa selalu dituliskan sebagai "niche area".Penyemakan dan penterjemahan14.07.2015
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya mengenai daftar kata berikut untuk diterjemahkan ke dalam Bahawa Malaysia: 1. Managerialist contoh ayat: Selain itu, perdebatan tentang pengurusan kes secara amnya dalam bidang kerja sosial berpegang kepada ideologi managerialist 2. Sanction Contoh Ayat: Rajah 2.6. menerangkan Model Praktis Profesion Kerja Sosial. Siporin (1975) mendefinisikan praktis kerja sosial sebagai kumpulan nilai, tujuan, persetujuan(sanction), pengetahuan dan kaedah. 3. Burnout Contoh Ayat: Pekerja kes kanak-kanak memang mengalami tekanan dan burnout akibat pertambahan kes kanak-kanak berdasarkan hasil kajian penyelidik terdahulu 4. Deinstitutionalize 5. Residual Approach 6. Egalitarian 7. Niche Sekian, terima kasih atas kerjasama dan bantuan. SOPIAN 0194892464Cadangan terjemahan kami adalah seperti yang berikut:
1. managerialist - tatacara pengurusan.
2. sanction - isbat.
3. burnout - tekanan luar biasa.
4. Deinstitutionalize - pembebasan.
5. residual approach - *konsep perkataan ini tidak dijelaskan. Cadangan umum kami ialah pendekatan sisa/baki.
6. egalitarian - egalitarian.
7. niche - tujahan.
Penyemakan dan penterjemahan27.11.2015

Kembali ke atas