Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. nothing, tdk ada langsung: the profit this year was ~, keuntungan tahun ini tdk ada langsung; 2. (in game scores) kosong: Johore beat Kelantan three ~, Johor mengalahkan Kelantan tiga kosong. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nil


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya tentang peraturan huruf besar dan huruf kecil. Bagi menterjemahkan frasa seperti "the king of Denmark", perlukah saya menghurufbesarkan raja, "Raja Denmark" atau "raja Denmark" yang betul? Bagaimana pula dengan "the river of Nile"? Sungai Nil atau sungai Nil? Terima kasihEjaan yang betul ialah Raja Denmark dan Sungai Nil kerana kedua-dua frasa ialah kata nama khas.Ejaan18.06.2013
Saya ingin tanya, patutkah nama-nama negara yang tidak mengikut ejaan fonetik bahasa melayu (seperti Scotland/Ireland/Côte d'Ivoire) dieja mengikut ejaan fonetik bahasa Melayu/diterjemah ke maksud sama dalam bahasa Melayu sepertimana Melaka dieja Malacca dalam bahasa Inggeris? Contohnya, Scotland -> Skotland/Tanah Skot (bhs Indonesia: Skotlandia, bhs Gaelik: Alba), Côte d'Ivoire -> Kot Divwar/Pantai Gading (bhs Inggeris: Ivory Coast, bhs Indonesia: Pantai Gading)
Nama negara di luar Malaysia hendaklah dieja dalam bahasa Melayu atau diterjemahkan (penyesuaian ejaan) jika perlu. Nama yang digunakan hendaklah berdasarkan senarai nama negara dalam bahasa Inggeris yang diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Nama negara dan ibu negara yang telah biasa dikenali dengan nama dalam bahasa Melayu dikekalkan untuk penggunaan dalam konteks kebangsaan. Istilah-istilah umum/rupa bumi/istilah khas yang  berkaitan dengan penamaan geografi  hendaklah diterjemahkan sesuai dengan konteksnya ke dalam bahasa Melayu. Contohnya Nile Valley diterjemahkan sebagai Lembah NilAndes Ranges sebagai Banjaran Andes dan sebagainya.


Penyemakan dan penterjemahan24.11.2020

Kembali ke atas