definisi nilai kemanusiaan | Saudara Shashaerika, Makna nilai ialah taksiran harga: berapa ~ gelang ini? 2. harga sesuatu dibandingkan dgn harga yg lain: berapa ~ paun Sterling pd masa ini? 3. kadar, nisbah: buah limau mempunyai ~ vitamin C yg tinggi; 4. darjat, kualiti, mutu, taraf: Tuhfatul-Nafis ialah sebuah buku Melayu yg tinggi ~nya; 5. sifat ketinggian (pemikiran, agama, kemasyarakatan, dll): kemajuan yg kita kejar dan perjuangkan bukanlah kemajuan dlm kebendaan tetapi kemajuan dlm ~ pergaulan dan kemasyarakatan; 6. Id markah; ~ kalori (Kim) kuantiti haba yg dibebaskan apabila seunit jisim bahan api dibakar; ~ pasaran (Eko) nilai semasa sesuatu sekuriti atau aset yg ditentukan oleh penawaran dan permintaan; ~ pH (Kim) nilai yg mewakili keasidan atau kealkalian sesuatu larutan akueus; ~ tara (Eko) harga tawaran asal bagi sesuatu sekuriti atau saham. Makna kemanusiaan ialah perihal manusia, sifat-sifat manusia: tetapi sekarang ia pandai berhujah tentang manusia dan ~, tentang dunia dan keduniaan. Oleh yang demikian, frasa nilai kemanusiaan bermaksud kualiti/mutu atau taraf yang berkaitan dengan manusia/perihal atau sifat manusia. | Makna | 10.02.2010 |
Tuan/ Puan, Mohon pandangan pihak tuan/ puan, apakah terminologi yang bersesuaian untuk tajuk ucapan YAB Perdana Menteri, YB Menteri, YB Timbalan Menteri dan Ketua Setiausaha Kementerian dalam sesebuah penerbitan dokumen atau buku sama ada "Prakata", "Perutusan", "Kata Alu-aluan" atau lain-lain. Terima kasih. | Salam sejahtera, Berdasarkan data kami, prakata bermaksud kata alu-aluan oleh tokoh tertentu utk sesebuah buku dll, mukadimah. Perutusan bermaksud 1. kumpulan wakil (kerajaan dll), beberapa orang yg diutus, delegasi; 2. berita (khabar dll) yg diutus: Perdana Menteri hari ini telah mengirim ~ kpd Tuan Harold Wilson; 3. sesuatu yg (hendak) disampaikan atau dilahirkan: sebenarnya tarian dan lain-lain itu adalah sistem lambang yg terkandung dalamnya bukan sahaja ~ idea bahkan nilai-nilai etos yg penting; 4. ucapan orang besar pd hari-hari penting, pesan, amanat: perkara ini telah disentuh oleh PM dlm ~ tahun baru-nya;. Kata alu-aluan bermaksud ucapan (katakata) sbg menyambut kedatangan seseorang ke sesuatu majlis dsb (penerbitan sesebuah buku dsb);. Berdasarkan ini kami mencadangkan pihak tuan menggunakan Prakata atau Kata Alu-aluan berdasarkan kesesuaian pihak tuan. Sekian. | Lain-lain | 03.08.2017 |
mengenai masalah bahasa rojak yang di gunakan di malaysia, bagaimana kah cara mengatasi nya? adkah ia memudaratkan bahasa melayu? atau menjatuhkan martabat bahasa melayu? | Sila rujuk bahan ini : 1. Bahasa rojak jejaskan bahasa MElayu : Lia, Agatha. Dewan Siswa.1/06/2006. 2. Bahasa rojak mencemarkan bahasa Melayu . Juanaidah Ahmad Ghazali.Pelita Bahasa. 1/06/2004 3. Bahasa rojak nilai rasmi bahasa kebangsaan luntur. Awang Sariyan. Dewan Masyarakat.1/07/2004 4. Bahasa rojak perosak bahasa Melayu. Nik Safiah Karim. Pelita Bahasa.1/06/2004 | Lain-lain | 18.01.2008 |
MAKNA ATRIBUT- ATRIBUT | Saudara Roslina, Makna atribut ialah 1. sifat (ciri) khusus pd seseorang atau sesuatu benda: kenyataan itu harus terdiri drpd jisim dan ~nya; 2. sesuatu yg menjadi lambang atau simbol: sifat yg kita anggap sbg ~ yg memberi sifat kpd golongan orang bujang; 3. kumpulan atau kelas manusia (tumbuhan dll) drpd berbagai-bagai tingkat kualitatif; 4. (Komp) nilai atau ciri tertentu data, struktur data, unsur model data, atau sistem; 5. (Komp) kata yg menerangkan cara sesuatu pemboleh ubah dikendalikan oleh komputer. | Makna | 23.03.2010 |
SAYA BERLU PASATIKAN TENTANG PERKATAAN TRIBUT ADA ATAU TIDAK?HARAP DAPAT JAWAPAN SEGERA | Tiada perkataan "tribut" dalam bahasa Melayu tetapi "atribut" ada. Atribut bermaksud:- 1. sifat (ciri) khusus pd seseorang atau sesuatu benda: kenyataan itu harus terdiri drpd jisim dan ~nya; 2. sesuatu yg menjadi lambang atau simbol: sifat yg kita anggap sbg ~ yg memberi sifat kpd golongan orang bujang; 3. kumpulan atau kelas manusia (tumbuhan dll) drpd berbagai-bagai tingkat kualitatif; 4. (Komp) nilai atau ciri tertentu data, struktur data, unsur model data, atau sistem; 5. (Komp) kata yg menerangkan cara sesuatu pemboleh ubah dikendalikan oleh komputer. | Lain-lain | 16.10.2008 |