Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ni.lam] | نيلم

Definisi : ; ~ bukit a) sj tumbuhan (herba), rumput kuku, Pogostemon heyneanus; b) sj tumbuhan (herba), Scutellaria discolor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ni.lam] | نيلم

Definisi : ; burung ~ sj burung, ketilang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ni.lam] | نيلم

Definisi : ; batu ~ sj batu permata yg biru warnanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ni.lam] | نيلم

Definisi : , = batu ~ sj batu permata ber­warna biru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nilam

Puisi
 

Inginkan hidup permata nilam,
     Jatuh tersorok batang entimu;
Tuan rindu pandang ke bulan,
     Di dalam bulan kita bertemu.


Lihat selanjutnya...(6)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya membeli sebuah buku nilam. Saya membeli sebuah buku Nilam. Saya membeli sebuah buku NILAM. Penggunaan ejaan yang manakah lebih tepat merujuk kepada buku NILAM atau Nilam atau nilam. Nilam bermaksud Nadi Ilmu Amalan MembacaEjaan yang betul ialah Nilam (Nadi Ilmu Amalan Membaca). Iaitu merujuk kepada akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan. Contoh lain Mara, Intan dan lain-lain.Ejaan21.09.2017
Ada atau tidak bagi perkataan pembugaran?. Jika ada mohon berikan penjelasan. Sebab saya terlibat dengan program nilam. Ramai yang gunakan perkataan pembugaran nilam... Adakah perkataan ini sesuai digunakan untuk dibuat banting?

“Pembugaran” berasal daripada kata dasar “bugar” yang bermaksud segar atau sangat sihat (Kamus Dewan Edisi Keempat). Konteks Pembugaran Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) boleh digunakan pada paparan kain rentang, gegantung dan seumpamanya.

Lain-lain21.04.2022
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya samaada DBP boleh menaja buku-buku untuk Anugerah Tokoh NILAM yang dijalankan oleh pihak sekolah. Anugerah ini akan diberikan kepada murid & guru yang aktif membuat bacaan NILAM sepanjang tahun 2015. Sekiranya boleh, bagaimanakah caranya untuk saya membuat permohonan? Saya berharap pihak DBP boleh membuat tajaan untuk anugerah ini. Terima kasih.Tuan boleh menghubungi Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP iaitu Tuan Haji Razali bin Che Mat melalui talian 03-21479464 atau e-mel razali3@dbp.gov.my untuk maklumat lanjut.Lain-lain13.09.2015
Bagi maksud sambutan 65 tahun (misalnya untuk sambutan 65 tahun penubuhan jabatan/agensi/syarikat), adakah frasa "Sambutan Jubli Nilam 65 Tahun" tepat pada konteks dan penggunaannya? Sekiranya tidak, adakah frasa/istilah alternatif lain yang bersesuaian untuk menggambarkan sambutan 65 tahun tersebut? Terima kasih.

Bagi maksud sambutan 65 tahun (misalnya untuk sambutan 65 tahun penubuhan jabatan/agensi/syarikat), frasa yang sesuai ialah Sambutan Ulang Tahun xxx (nama jabatan/agensi/syarikat) yang Ke-65.

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, jubli bermaksud perayaan untuk memperingati ulang tahun sesuatu peristiwa (hari perkahwinan, hari pertabalan raja dan lain-lain).

Berdasarkan rujukan dan carian kami, jubli nilam tiada dalam maklumat kami. Hanya empat jubli yang ditemui, iaitu jubli perak (perayaan memperingati ulang tahun yang kedua puluh lima), jubli emas (perayaan memperingati ulang tahun yang kelima puluh), jubli intan (perayaan memperingati ulang tahun yang keenam puluh atau kadang-kadang ketujuh puluh lima) dan jubli platinum (perayaan memperingati ulang tahun yang ketujuh puluh).

Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (hlm.915, 2021) untuk maklumat lanjut.

Makna06.08.2024
Saya ingin bertanya.. apakah prosedur yang perlu Sy ikuti sekiranya pihak sekolah ingin menjemput pihak DBP untuk menjalankan aktiviti pelancaran nilam di sekolah.Sila hantarkan surat kepada Ketua Pengarah DBP melalui e-mel hazami@dbp.gov.my dan salinan kepada (cc) dina@dbp.gov.my.Lain-lain17.03.2025
Manakah jawapannya I Guru-guru diminta untuk memastikan murid-murid tiada bermasalah disiplin di sekolah. II Ibu bapa yang hadir ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah menyesal sikap murid-murid yang tidak menghormati tetamu. III Program Nilam dianjurkan bertujuan untuk memupuk sikap suka membaca dalam kalangan murid-murid di sekolah. IV Para pemimpin Palestin bersetuju untuk berbincang di meja perundingan sebagai langkah penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi. A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IVHanya ayat no. 4 sahaja yang betul. Ayat yang betul ialah i. Guru-guru diminta untuk memastikan murid-murid tiada masalah disiplin di sekolah. ii. Ibu bapa yang hadir ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah kesal akan sikap murid-murid yang tidak menghormati tetamu. iii. Program Nilam dianjurkan bertujuan memupuk sikap suka membaca dalam kalangan murid di sekolah.Lain-lain19.08.2010
Pihak DBP ada bahan bentuk PDF untuk kami unit PSS letak dalam Rak Maya sekolah tak? Kalau ada bahan dalam bentuk PDF, saya nak. Untuk urusan perekodan bacaan NilamSalam,

Bahan Penerbitan DBP dalam bentuk PDF

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk

Dimaklumkan bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka telah melancarkan pelantar digital yang mengandungi Sohor Kini, Majalah (e-majalah DBP), E-Buku (PDF Koleksi Nadir, E-PUB dan i-Buku DBP), Pemasaran (medium jualan buku DBP secara maya) dan TV/Radio Digital DBP.

Sehubungan dengan itu, untuk maklumat lanjut sila layari: 
https://jendeladbp.my/


Sekian,

Terima kasih.
Lain-lain10.12.2021

Kembali ke atas