| Memohon senarai nama antibiotik berikut di dalam bahasa melayu iaitu: (a) Avoparcin (b) Chloramphenicol (c) Nitrofurans: animals (i) Nitrofurantoin (ii) Nitrofurazone (iii)Furazolidone (iv) Furaltadone (d) Teicoplanin (e) Vancomycin (f) Carbadox (g) Olaquindox (g) Colistin (h) Erythromycin (i) Enrofloxacin (j) Tetracycline (k) Ceftiofur (l) Tylosin (m) Fosfomycin mohon kerjasama dari pihak tuan kerana DVS ingin membuat pindaan peraturan dan ingin memastikan sama ada nama antibiotik berikut ada diterjemah ke bahasa melayu | Padanan bahasa Melayu bagi istilah chloramphenicol ialah kloramfenikol, nitrofuran ialah nitrofuran, nitrofurantoin ialah nitrofurantoin, nitrofurazone ialah nitrofurazon, furazolidone ialah furazolidon, vancomycin ialah vankomisin, colistin ialah kolistin, erythromycin ialah eritromisin, tetracycline ialah tetrasiklina dan tylosin ialah tilosin, manakala cadangan istilah bahasa Melayu bagi istilah furaltadone ialah furaltadon, teicoplanin ialah teikoplanin, carbadox ialah carbadoks, olaquindox ialah olakuindoks, avoparcin ialah avoparcin, enrofloxacin ialah enrofloksasin, ceftiofur ialah seftiofur dan fosfomycin ialah fosfomisin. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam bidang tertentu.
| Istilah | 06.09.2022 |