Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan “total nitrogen”? Sebagai contoh seperti dalam peruntukan di bawah ini— “ (b) shall contain not less than— (i) 0.6 per cent weight per volume of total nitrogen; and (ii) 7 per cent salt. (b) hendaklah mengandungi tidak kurang daripada— (i) 0.6 peratus berat bagi setiap isipadu nitrogen total; dan (ii) 7 peratus garam.” Adakah padanannya ialah “jumlah nitrogen”, “nitrogen total” atau adakah ada padanan yang lain. | Sekiranya bersesuaian dengan konteks penulisan puan, istilah total nitrogen boleh dipadankan dengan nitrogen total atau nitrogen penuh dalam bahasa Melayu. | Istilah | 07.07.2021 |
Kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, Saya ingin mendapatkan pandangan DBP berkenaan terjemahan istilah teknikal “nitrogen purging” ke dalam Bahasa Malaysia yang tepat. Dalam industri minyak dan gas, nitrogen purging merujuk kepada proses memasukkan gas nitrogen ke dalam tangki atau paip untuk menyingkirkan oksigen, wap hidrokarbon, atau udara, dengan tujuan memastikan keadaan selamat sebelum operasi. Mohon panduan sama ada istilah yang sesuai digunakan dalam Bahasa Malaysia ialah “pembersihan nitrogen”, “penyahgasan nitrogen”, atau bentuk lain yang lebih tepat. Sekian, terima kasih atas bantuan pihak DBP. | Padanan bahasa Melayu bagi istilah nitrogen purging ialah pembersihan nitrogen. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 23.09.2025 |
Apa beza hati dan jantung | Hati dan jantung kedua-duanya merupakan organ dalam tubuh yang menjalankan fungsi yang tertentu. Berdasarkan analisis data korpus, didapati hati juga merujuk kepada jantung, misalnya dalam ayat 'Hatinya berdebar-debar.' Kata hati dan jantung terdapat dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) dan olahannya adalah seperti yang berikut, iaitu: hati n 1 organ yg terletak di bahagian perut dlm badan manusia atau binatang vertebrata yg berfungsi utk merembeskan hempedu ke dlm saluran makanan, mengawal kandungan gula dlm darah, menawarkan kesan keracunan nitrogen, menghasilkan urea dan menyimpan glikogen; 2 tempat menyimpan perasaan, keinginan, anggapan dsb dlm diri sso; kalbu: Hatinya bersih drp segala bentuk dendam dan iri hati. 3 jantung: Tidak ada yg menarik perhatiannya selain berita yg mendebarkan hatinya. 4 bahagian tengah yg agak keras pd buah-buahan, pokok dll: Hati nanas diparut dan dibubuhi gula secukupnya sebelum diminum. Hati kayu gaharu dr India dianggap paling mahal dan mempunyai mutu yg paling baik. jantung n 1 organ berotot yg terletak di dlm rongga dada, yg mengepam darah ke seluruh badan: Otot jantung terpaksa bekerja keras utk memastikan darah beroksigen dapat disalurkan ke seluruh tubuh. 2 benda yg berbentuk spt jantung, berbunyi spt bunyi jantung, atau bergerak spt gerakan jantung: Hanya detak jantung jam di dinding dan putaran bilah-bilah kipas di siling mencipta gelombang yg menyentuh gegendang telinga. 3 sst yg perlu bagi membolehkan industri, politik dsb terus bergerak atau hidup: Queensland, negeri kedua terbesar di Australia ialah jantung industri pelancongan negara itu. | Makna | 24.08.2023 |