Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nod] | نود

Definisi : (Komp) 1. titik tumpuan, temuan, atau sambungan dlm rajah, carta, graf, litar, rang­kaian, dll; 2. terminal komputer atau stesen perhubungan dlm rangkaian perhubungan komputer; ~ saudara nod dlm struktur pokok yg berada di bawah cabang yg sama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nod


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
istilah Pengalamatan
Pengalamatan (di bawah entri alamat1) bermaksud tindakan yang membolehkan ingatan, peranti, rutin atau nod dalam rangkaian komputer dikenal pasti (Kamus Dewan Perdana, 2020:24). Perkataan ini berlabel bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Berdasarkan makna tersebut, perkataan pengalamatan tidak sesuai digunakan dalam konteks proses atau perbuatan memberikan alamat kepada rumah atau premis. Terima kasih. 


Makna05.11.2024
Salam, Dalam aplikasi tablet atau ipad, apa terjemahan dalam Bahasa Melayu yang sesuai bagi : a) placeholder b) Placeholder image c) Ground/Sky color d) Fetching Chapter e) There may be a slight jiggering effect. therefore only enable this feature if you are targeting older devices. f) Can't load nodes g) Remove from Favorites Terima kasih.Cadangan terjemahan kami ialah.
(a) Sandaran
(b) Imej sandaran
(c) Warna alam
(d) Pengambilan bab
(e) Kemungkinan terdapat sedikit kesan kejorongan, maka perlu menggunakan peranti lain
(f) Tidak boleh muat nod
(g) Sisihkan daripada Carian
Penyemakan dan penterjemahan03.11.2015

Kembali ke atas