Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nok.tah] | نقطه

Definisi : Ar titik; menoktahi ki mengakhiri: aku mencari jalan agar pertemuan petang ini dinoktahi dgn perpisahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nok.tah] | نقطه

Definisi : tanda baca dlm tulisan yg digunakan setelah sesuatu ayat selesai; titik. ~ bertindih titik dua (:). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata noktah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Format penulisan masa yang manakah lebih tepat dalam surat atau memo (penggunaan noktah atau noktah bertindih)? Contoh: 8.30 pagi atau 8:30 pagiFormat penulisan masa yang betul dalam surat atau memo ialah 8.30 pagi. Lain-lain27.09.2024
Salam sejahtera, Apakah tanda baca yang betul bagi penggunaan waktu dan masa? Adakah menggunakan tanda baca noktah bertindih atau noktah sahaja? Atau kedua-duanya betul untuk digunakan. Contoh : 8:00 pagi 8.00 pagi Terima kasih.Jawapan yang betul ialah dengan menggunakan satu noktah atau titik sahaja. 8.00 pagiLain-lain27.05.2019
kebanyakan penulis atau wartawan menggunakan penggunaan kata hubung sepelas noktah contohnyadan,tetapi,lalu dan sebagainya.Adakah penggunaan kata hubung selepas noktah betul penggunaannya.

Mengikut hukum tatabahasa, penggunaan kata hubung selepas noktah adalah salah. Penulis atau wartawan selalu menggunakan kata hubung selepas noktah kerana ingin menjimatkan ruang dan melanggar hukum tatabahasa. Untuk itu, sebarang permasalahan tentang tatabahasa, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu dan tidak menjadikan akhbar sebagai rujukan utama dalam konteks tatabahasa.

Tatabahasa06.10.2008
Kita sering kali nampak perkataan singkatan Bahasa Inggeris bitanda dengan tanda baca noktah, apakah peraturan umum penempatan tanda baca noktah Bahasa Inggeris digunasama bagi Bahasa Bangsa Malaysia? Contoh: Mr., Bagagaimana dengan En? En. Atau En ? Terima Kasih.

Penggunaan noktah dalam apa yang saudara maksudkan adalah sama. Dalam bahasa Melayu, kata yang diringkaskan perlulah dibubuh noktah, contoh: tuan = tn.  telefon = tel.  puan = pn.  dan sebagainya.

Tatabahasa04.05.2009
Saya nak bertanya penggunaan noktah untuk subtajuk seperti di bahawh. Perlukah diletakkan noktah pada setiap akhir ayat? Terima kasih. 1.0 Pengenalan Kepada Pengurusan Acara 1.1 Menerangkan asas pengurusan acara 1.1.1 Menerangkan definisi pengurusan acara 1.1.2 Menyatakan proses pengurusan acara 1.1.3 Mengenal pasti kategori acara 1.1.4 Mengenal pasti jenis-jenis acara 1.1.5 Mengenal pasti ciri-ciri saiz acaraNoktah tidak perlu diletakkan pada subtajuk.Lain-lain22.04.2021
Adakah UKM, USM dan UM ialah akronim

UKM, USM dan UM ialah singkatan nama khas. Singkatan nama khas boleh ditulis dengan tanda noktah atau tanpa tanda noktah.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023), halaman 172.

Tatabahasa05.04.2025
Tuan, bagaimana tanda baca dalam teks yang ada mutiara kata seperti berikut? Adakah menggunakan tanda petik dua atau tanda petik tunggal? Bagaimana kedudukan tanda petik itu, adakah sebelum noktah atau selepas noktah: Saya benar-benar percaya kebenaran kata-kata mutiara "semua yang berlaku itu ada sebabnya".Penggunaan tanda baca yang betul - Saya benar-benar percaya kebenaran kata-kata mutiara "semua yang berlaku itu ada sebabnya".Ejaan17.11.2011
Di manakah perlunya penggunaan noktah? Terima kasih.Tanda noktah digunakan pada akhir setiap ayat yang lengkap.Ejaan02.04.2012
Ada dua kekeliruan penggunaan kata noktah dan huruf besar. 1. Contoh ayat : a.Jawapannya ya, ada! Tidak terlewat untuk Malik melakukan "Perancangn Kewangan". - tanda noktah ( . ) selepas tanda petik atau sebelum penutup tanda petik? - Huruf P dan K (perancangan kewangan) perlu huruf besar atau kecil? 2. Purata umur masyarakat meningkat disebabkan jangka hayat yang lebih panjang dan juga pengurang kadar kelahiran.2 - penggunaan perkataan 'pengurang' betul ke? atau 'pengurangan' lebih sesuai. - Nota kaki selepas kelahiran. tanda noktah perlu selepas nombor nota kaki atau selepas nombor nota kaki? harap saudara/saudari dapat membantu saya. Terima kasih

Berikut merupakan penjelasan daripada DBP:

  1. Tidak jelas sama ada ini perikan daripada pembicaraan atau ayat penyata. Sekiranya ayat penyata, penggunaan tanda baca yang betul ialah Tidak terlewat untuk Malik melakukan perancangan kewangan.   
  2.  Purata umur masyarakat meningkat disebabkan jangka hayat yang lebih panjang dan juga kadar kelahiran² yang berkurangan.  

Puan boleh merujuk Buku Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu dan buku Gaya Dewan Edisi Ketiga.

 

 

 

Tatabahasa26.06.2014
Saya keliru bagi tanda bacaan noktah, yang ada dialog seperti berikut, adakah noktah selepas tanda petik,"... ." ATAU "..." . : Musa berkata,: “Jika aku bertanya lagi selepas ini maka tinggalkanlah aku. Kamu telah mempunyai alasan yang cukup untuk berbuat demikian”. 76. Musa berkata,: “Jika aku bertanya lagi selepas ini maka tinggalkanlah aku. Kamu telah mempunyai alasan yang cukup untuk berbuat demikian.”Penggunaan yang betul ialah Musa berkata, “Jika aku bertanya lagi selepas ini maka tinggalkanlah aku. Kamu telah mempunyai alasan yang cukup untuk berbuat demikian."Tatabahasa03.09.2020
12345678910...

Kembali ke atas