Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
nombor (kata nama)
Bersinonim dengan angka, bilangan.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Maslina Ngadiman Dec 12th, 10:40am Assalamualaikum Tuan/Puan. Saya ingin meminta sebut harga bagi beberapa judul buku. Mohon berikan saya nombor telefon ataupun faks, juga nama pegawai pemasaran yang bertugas. Saya cuba gunakan nombor telefon yang tertera di laman web namun sudah tiada dalam perkhidmatan. Sekian. Segala bantuan saya ucapkan terima kasih. Maslina Ngadiman Kedai buku Pustaka Azhar.Untuk maklumat yang berkaitan mohon hubungi Encik Abdul Khalid bin Mohd Diah, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui talian 03-89611836, 012-3176678 atau e-mel pp@dbp.gov.my.Lain-lain12.12.2014
salam..galeri ade galeri untuk buat pameran ..mcm mane nk booking ye?Terima kasih kerana bersahabat dengan DBP. Berkaitan hal tersebut tuan boleh menghubungi Bahagian Pentadbiran Am, Pegawai Bernama En. Abdul Rasyid Suleiman nombor telefon 03-2147 9797 atau En. Hamidi Baharom nombor telefon 03-2147 9080. Harap ia dapat membantu saudara. Sekian.Lain-lain16.04.2014
salam satu malaysia.saya pelajar universiti putra malaysia... boleh atau tidak saya hendak minta nombor telefon penulis iaitu Zakaria bin Ariffin.adakah alamat En Zakaria yang ada dalam maklumat ini adalah betul atau beliau telah berpindah. saya amat memerlukan maklumat ini.Encik Zakaria Ariffin kini bertugas sebagai pensyarah di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan atau nama singkatannya ASWARA. Sila hubungi agensi tersebut untuk mendapatkan nombor telefon beliau.Lain-lain05.04.2010
Assalamualaikum.... Saya Telah Membuat Pembetulan Pada Bahagian Nombor Telefon Sebagaimana Yang Telah Dimaklumkan...Mohon Semakan Semula Adakah Papan Tanda Terbaru Ini Boleh Digunakan?Terima Kasih Banyak-Banyak...Untuk pengesahan bahasa dalam iklan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.Tatabahasa01.10.2015
BILAKAH DIADAKAN KURSUS ATAU BENGKEL PENULISAN DI KAWASAN UTARAMaklumat boleh dirujuk kepada Puan Khairiyah Ghazali nombor telefon 04-5377240 atau emel dialamat kriyah@dbp.gov.my.Lain-lain27.03.2008
Salam cik, ini nak dapatkan maklumat lanjut untuk perkhidmatan penterjemahan dari bahasa inggeris ke bahasa melayu. Siapa dan nombor telefon untuk saya tanya lanjut

Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.

Penyemakan dan penterjemahan23.04.2020
SYARIKAT KAMI MAHU MENGESAHKAN SIGN BOARD KAMI KEPADA PIHAK TUAN UNTUK KELULUSAN LESEN PERNIAGAAN. KAMI TELAH MENGHUBUNGI PIHAK TUAN TAPI TELEFON TIDAK DIANGKAT DAN NOMBOR TELEFON ADALAH SALAH. TOLONG REPLY EMAIL ATAU TUAN TELEFON NOMBOR NI 03-51919552.Untuk permohonan pengesahan bahasa dalam talian (online), sila layari laman web dbpsahbahasa.my ,
kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan/papan premis perniagaan anda.
Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu. Proses pengesahan mengambil masa antara 1 hingga 3 hari waktu bekerja.

Cara kedua, pihak tuan/puan boleh datang terus ke kaunter DBP Sah Bahasa di Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur dengan membawa dua keping visual iklan (papan premis, kain rentang, gegantung dan sebagainya). Proses penyemakan dan pengesahan akan dilakukan dengan segera di kaunter.
Lain-lain06.05.2019
Assalamualaikum. ..boleh tak saya dapatkan nombor telefon Kedai Buku di bawah DBP Kuala Lumpur. Saya hubungi nombor yang lama tak pernah berangkat.Waalaikumussalam wrt. Terima kasih bersahabat dengan DBP. No tel Koperasi DBP - Kaunter Koperasi DBP 03-21479636 dan pejabat Koperasi DBP 03-21479677/78. Moga membantu. Sekian.Lain-lain22.04.2014
Assalamualaikum. Maaf, kenapa saya tidak boleh mengakses laman web rasmi DBP? Terima kasih.Wassalam, pihak tuan/puan boleh menghubungi nombor telefon yang berikut sekiranya menghadapi masalah untuk akses laman web DBP, iaitu:

03-2147 9389

atau

03-2147 9387

Terima kasih.
Lain-lain10.10.2016
Saya ingin menghubungi Prof Datuk Dr mohamad Hatta Shahrom, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP untuk menjemput beliau ke seminar kami. boleh dapatkan nombor telefon atau emel pembantu peribadi beliau untuk saya hubungi?salam puan budiman,

Bersama-sama ini maklumat Pengerusi Lembaga Pengelola DBP untuk maklumat selanjutnya:


Prof. Datuk Dr. Mohamed Hatta bin Shaharom
Pengerusi Lembaga Pengelola
Dewan Bahasa dan Pustaka
Aras 30, Menara DBP,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur,
MALAYSIA.
 
Tel: 03-21479014/9090
 
E-mel: hatta@dbp.gov.my
Lain-lain17.01.2020
1234567

Kembali ke atas