Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : neither ... ~, tdk ... dan tdk (juga); (when it begins a sentence) baik... mahupun...tdk: after the accident she could neither walk ~ talk, selepas kemalangan itu, dia tdk boleh berjalan dan tdk boleh bercakap; neither man ~ beast survived the flood, baik manusia mahupun binatang tdk terselamat drpd banjir itu. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : conj 1. neither, begitu juga: he can’t go, ~ can I, dia tdk boleh pergi, begitu juga saya; I can’t speak their language ~ can they speak mine, saya tdk boleh bercakap dlm bahasa mereka, begitu juga mereka tdk boleh bercakap dlm bahasa saya; 2. or, atau(pun); (after "not" at the beginning of a sentence), [baik]...mahupun... tdk: she does not like reading, ~ writing, ~ drawing, dia tdk suka membaca, atau menulis ataupun melukis; it’s not a mammal ~ a reptile, binatang itu bukan mamalia atau reptilia; not a man ~ a child was spared, baik orang dewasa mahupun kanak-kanak tdk terkecuali; 3. and not, dan tdk (pula): I have never been to England, ~ do I intend to go there, saya tdk pernah ke England dan tdk pula bercadang hendak ke sana; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nor


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Nor Aiman ISN 12.31 PTG Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin mengetahui bagaimana untuk menjemput DBP untuk menjalankan Audit Bahasa di agensi kerajaan ya? Terima kasih.Untuk maklumat lanjut berkaitan Audit Bahasa, sila hubungi Ketua Bahagian Promosi dan Pengiktirafan: Puan Aminah binti Awang Basar, melalui talian 03-2147 9656. Terima kasih.Lain-lain07.08.2017
Nor Liana SUN 21:50 Pustakawan kepala batas Tinggal di permatang sintuk. Ada jawatan kosong tak? Mcmana mahu mohonPihak puan boleh melayari laman sesawang kami http://laman.dbp.gov.my/lamandbp/ untuk mendapat maklumat lanjut berkenaan jawatan kekosongan tersebut. Sila klik pada menu "Tawaran Kerja Kosong". Permohonan perlu dihantar secara manual ke Dewan Bahasa dan Pustaka. Terima kasih.Lain-lain01.01.2017
Nor Hazlin Ramli Nov 26th, 3:54pm Assalamualaikum wbt. Saya ingin bertanya kepada pihak DBP, sekiranya diadakan jualan istimewa sempena akhir tahun dan cuti sekolah bagi pengguna online. Banyak ekspo-ekspo buku diadakan sekitar kawasan Kuala Lumpur. Bagi saya yang menetap jauh dari kawasan tersebut, kekangan masa dan beberapa faktor lagi tidak mengizinkan kesana. Semasa jualan gudang DBP pada tahun lepas, saya amat teruja kerana terdapat banyak buku-buku lama yang sukar untuk didapati di mana-mana kedai buku sekarang.Diharap pihak DBP dapat mendengar cadangan saya mewakili pembaca dan pembeli online.Program ini dirancangkan pada 19 - 27 Disember 2015, di Kedai Buku DBP Hulu Kelang. Sila layari laman web kami dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat mutakhir.Lain-lain26.11.2015
Nor Hidayah Sulaiman Sep 6th, 10:09pm Salam..sy seorang guru di sebuah sekolah agama..sy nk tanya...blh ke DBP membuat sumbangan buku2 dan bahan2 bacaan berbentuk ilmiah utk pusat sumber sek sy?utk pengetahuan,sek sy baru berpindah bangunan baru..seblum ni kami berkongsi bangunan dgn sekolah menengah n xde kemudahan pusat sumber...Terima kasih cikgu. Sila buat permohonan dengan memberi surat rasmi kepada Tuan Haji Razali Che Mat, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Aras 11 Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Sila hubungi pegawai kami, Cik Nur Liayana Aqilah Zulkefli no. tel. 03-2147 9486 atau e-mel kepada razali3@dbp.gov.my dan cc kepada aqilah@dbp.gov.my Moga ia membantu cikgu. Sekian. Terima kasih.Lain-lain06.09.2015
Nor Sa'adah May 18th, 3:13pm Assalam... saya Sa'adah pelajar PhD (Library&Information Science) UIA dengan topik kajian berkaitan kepenggunaan bahan Manuskrip Melayu. Boleh maklumkan kepada saya siapa pegawai yang harus dihubungi untuk membantu saya mendapatkan statistik kepenggunaan bahan Manuskrip Melayu di DBP? Mohon respon daripada pihak DBP, terima kasih.Waalaikumussalam, Puan Sa'adah, Untuk menjawab persoalan puan ini, puan boleh menghubungi Puan Kamariah Abu Samah, Ketua Pusat Dokumentasi (PDM) Dewan Bahasa dan Pustaka melalui telefon 03-2147 9545 ataupun melalui e-mel, kamariah@dbp.gov.my. Sekiranya beliau tidak dapat dihubungi, puan juga boleh menghubungi pegawainya, Encik Nik Aman bin Nik Yusoff melalui telefon 03-2147 9555 ataupun melalui e-mel, aman@dbp.gov.my.Lain-lain18.05.2015
Nor Ashikin Mohd Saad Aug 2nd, 10:13am Salam, saya tengah mencari maklumat mengenai BBK 2014 tetapi tidak menemui tema pada tahun ini. boleh saya tahu tema tahun niTema Bulan Bahasa Kebangsaan 2014 ialah 1 Bahasa, 1 Bangsa, 1 Negara.Lain-lain02.08.2014
Che' Nor Nov 23rd, 9:46am Assalamualaikum.. merujuk kpd pembelian buku d DBP.. sehingga kini sy tidak menerima sebarang buku dari pihak tuan.. harap maklum. kerjasama amat dperlukan. Maklumat penting Shipping Adress Nor Azizah Adnan 42, Jln Megah 9, Taman Megah, Batu Pahat, Johor 83000 Malaysia Billing Adress Nor Azizah Adnan 42, Jln Megah 9, Taman Megah, Batu Pahat, Johor 83000 Malaysia Your order is confirm RHB Bank Name : Alam Murni Sdn. Bhd. Account Number : 21242400031720 Email: payment@dbp.gov.my Order : Topologi RM7.50 Calendar in Islamic Civilization Modern RM12.50 Langganan Majalah DBP RM60.50 Seni Bina Islam Berdasarkan Seni Bina Organik dan Nilai Islamiah RM28.00 Total : RM108.50 Shipping : RM5.50 Taxe : RM0.00 Total : RM114.00Kami panjangkan aduan tuan kepada pegawai di Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my.Lain-lain23.11.2015
Mardhiyyah Nor Azizan Oct 23rd, 10:21pm Salam alaik. Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya tidak dapat menghantar mesej ke akaun Facebook rasmi Bajet 2016. Hal ini demikian kerana akaun tersebut tidak menyediakan pilihan tersebut. Saya berharap agar pihak Tuan dapat menegur pihak penyelia laman, agar menggunakan ejaan lengkap, bukan singkatan, bagi memartabatkan bahasa dan menjaga kredibiliti agensi kerajaan. ini adalah url untuk ditegur atau dipantau https://m.facebook.com/bajet2016Terima kasih atas makluman puan berhubung dengan perkara tersebut.Lain-lain23.10.2015
Assalamualaikum. sy Nor Idayu Azmi pelajar Universiti Putra Malaysia di bawah tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya ingin bertanya tentang kata seerti untuk "enakmen" di dalam konteks Bahasa Melayu. Bolehkah ia diertikan sebagai "tindak balas" terhadap persekitaran? Sy telah menerima maklum balas seperti berikut Enakmen menurut Kamus Dewan Perdana ialah undang-undang bertulis yang diluluskan oleh parlimen atau badan lain yang berkuasa membuat undang-undang. Selain undang-undang, enakmen juga boleh membawa maksud statut (Kamus Dewan). Mohon juga penerangan mengapa “tindak balas” terhadap persekitaran dipilih sebagai cadangan perkataan seerti? Bolehkah sy mentafsirkan ia seperti berikut? Maksudnya enactment adalah tindak balas terhadap perkara penting yang berlaku dalam kehidupan (persekitaran). Enakmen merupakan tindak balas sebagai cadangan perkataan yang diambil daripada kamus psikologi. Ini merupakan link yang dirujuk dan makna yang dijumpai : https://dictionary.apa.org/enactment enactment APA Dictionary of Psychology A trusted reference in the field of psychology, offering more than 25,000 clear and authoritative entries. n. 1. the acting out of an important life event rather than expressing it in words. See psychodrama. Sekian, Terima ksih

Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi perkataan “enakmen” dalam konteks psikologi ialah pelakonan atau perbuatan melakonkan semula.  

Lain-lain02.12.2021
Assalamualaikum. sy Nor Idayu Azmi pelajar Universiti Putra Malaysia di bawah tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya ingin bertanya tentang kata seerti untuk "enakmen" di dalam konteks Bahasa Melayu. Bolehkah ia diertikan sebagai "tindak balas" terhadap persekitaran? Saya berharap, pihak DBP dapat membantu saya dalam menggunaan istilah yang betul dan sesuai. Segala kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih

Enakmen menurut Kamus Dewan Perdana ialah undang-undang bertulis yang diluluskan oleh parlimen atau badan lain yang berkuasa membuat undang-undang. Selain undang-undang, enakmen juga boleh membawa maksud statut (Kamus Dewan).

 Mohon juga penerangan mengapa “tindak balas” terhadap persekitaran dipilih sebagai cadangan perkataan seerti?

Lain-lain11.10.2021
123456789

Kembali ke atas