apakah maksud norma? | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, norma ialah ukuran untuk menentukan sesuatu; Norma juga bermaksud peraturan atau ketentuan yang telah menjadi kebiasaan yang dijangka akan dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat dan sebagainya: dia ingin memelihara ukuran-ukuran dan norma yang telah ditetapkan; tindakan mereka mengikut norma dan peraturan kekeluargaan mereka. | Makna | 18.02.2013 |
Salam. Adakah betul terjemahan New Normal yang sering diguna pakai sekarang ialah Norma Baharu/Baru? Bukankah sepatutnya ialah Kebiasaan Baharu/Baru? Setahu saya, Norma tak sama maksudnya dengan Normal. | Padanan bahasa Melayu bagi new normal ialah kebiasaan baharu manakala new norm pula ialah norma baharu. Kebiasaan baharu merupakan tindakan atau tingkah laku yang baharu atau tidak seperti kebiasaan untuk dijadikan standard atau biasa disebabkan oleh sesuatu perkara seperti pandemik penyakit berjangki, dalam usaha mengadaptasi keadaan baharu. Norma baharu pula merupakan peraturan yang diterima atau diguna pakai oleh masyarakat disebabkan berlakunya sesuatu perkara seperti pandemik penyakit berjangkit. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.06.2020 |
adakah pihak DBP akan memberi kursus berkaitan penulisan ilmiah jika diminta oleh sesuatu jabatan? Bagaimana prosedurnya | Sila berhubung dengan Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui e-mel norma@dbp.gov.my">norma@dbp.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Lain-lain | 01.11.2010 |
(iii) Amalan rasuah dapat dihapuskan jika semua pihak dapat menerima hakikat bahawa amalan itu bertentangan dengan ajaran agama dan etika masyarakat yang bertamadun. bolehkah perkataan etika digantikan dengan kata 'norma'? | Perkataan etika boleh digantikan dengan norma. Amalan rasuah dapat dihapuskan jika semua pihak dapat menerima hakikat bahawa amalan itu bertentangan dengan ajaran agama dan norma masyarakat yang bertamadun. | Lain-lain | 05.05.2010 |
saya ingin bertanya tentang biasiswa yang ditawarkan oleh pihak DBP. Bilakah permohonan untuk biasiswa tersebut bagi tahun 2009 dibuka? | Untuk keterangan lanjut tentang persoalan tersebut kepada Puan Norma binti Mohd. Nazim, Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Dewan Bahasa dan Pustaka, melalui no. telefon 03-21439135 atau e-mel: norma@dbp.gov.my">norma@dbp.gov.my. | Lain-lain | 12.06.2009 |
Assalamualaikum Mohon perhatian dan DBP,penggunaan Norma Baharu atau Normal Baharu yang lebih tepatnya dalam situasi sekarang.Kerana kalau di dalam Bahasa Inggerisnya di sebut NEW NORMAL bukannya NEW NORM. Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu bagi new normal ialah kebiasaan baharu manakala new norm pula ialah norma baharu. Kebiasaan baharu merupakan tindakan atau tingkah laku yang baharu atau tidak seperti kebiasaan untuk dijadikan standard atau biasa disebabkan oleh sesuatu perkara seperti pandemik penyakit berjangki, dalam usaha mengadaptasi keadaan baharu. Norma baharu pula merupakan peraturan yang diterima atau diguna pakai oleh masyarakat disebabkan berlakunya sesuatu perkara seperti pandemik penyakit berjangkit. Puan boleh rujuk laman FB Dewan Bahasa dan Pustaka untuk istilah semasa. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.06.2020 |
Jelaskan maksud penggunaan kata 'normal baharu' dan perbezaan penggunaan kata 'norma baharu'. Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud normal ialah menurut aturan, keadaan, pola yang lazim atau biasa, contoh ayat: Fisioterapi akan membantu otot-otot yang cedera itu untuk pulih ke keadaan normal. Manakala perkataan norma pula membawa maksud ukuran untuk menentukan sesuatu, peraturan atau ketentuan yang telah menjadi kebiasaan yang dijangka akan dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat dan sebagainya, contoh ayat: Dia ingin memelihara ukuran-ukuran dan norma yang telah ditetapkan; Tindakan mereka mengikut norma dan peraturan kekeluargaan mereka. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.04.2020 |
antara 'norma baharu' atau 'normal baharu", mana satu yang betul? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud normal ialah menurut aturan, keadaan, pola yang lazim atau biasa, contoh ayat: Fisioterapi akan membantu otot-otot yang cedera itu untuk pulih ke keadaan normal. Manakala perkataan norma pula membawa maksud ukuran untuk menentukan sesuatu, peraturan atau ketentuan yang telah menjadi kebiasaan yang dijangka akan dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat dan sebagainya, contoh ayat: Dia ingin memelihara ukuran-ukuran dan norma yang telah ditetapkan; Tindakan mereka mengikut norma dan peraturan kekeluargaan mereka. | Penyemakan dan penterjemahan | 13.05.2020 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Antara dua ini, manakah penggunaan yang betul? Normal baharu-Patuh arahan PKPB atau Norma baharu-Patuh arahan PKBP. Terima Kasih. | Penggunaan perkataan yang betul ialah “Norma baharu-Patuh arahan PKBP” kerana “norma” bermaksud “peraturan baharu yang diterima atau diguna pakai oleh masyarakat disebabkan berlakunya sesuatu perkara seperti pandemik penyakit berjangkit”. Manakala normal pula membawa makna, tindakan atau tingkah laku yang baharu atau tidak seperti kebiasaan untuk dijadikan standard atau biasa disebabkan oleh sesuatu perkara seperti pandemik penyakit berjangkit, dalam usaha mengadaptasi keadaan tertentu. | Makna | 12.05.2020 |
Perkataan baharu yang sering digunakan Di media sosial adalah "normal baharu" , yang mana Bahasa Inggerisnya adalah "new norms". Pada pengetahuan saya , norms= norma Soalan: 1. Adakah perkataan 'normal' tepat dan betul 2. Jika tidak tepat, apakah tindakan susulan pembetulan Yang DBP laksanakan supaya perkataan yang betul digunakan. | Padanan bahasa Melayu bagi new normal ialah kebiasaan baharu manakala new norm pula ialah norma baharu. Kebiasaan baharu (new normal) merupakan tindakan atau tingkah laku yang baharu atau, tidak seperti kebiasaan untuk dijadikan standard atau biasa disebabkan oleh sesuatu perkara seperti pandemik penyakit berjangkit, dalam usaha mengadaptasi keadaan baharu. Norma baharu (new norm) pula merupakan peraturan yang diterima atau diguna pakai oleh masyarakat disebabkan berlakunya sesuatu perkara seperti pandemik penyakit berjangkit. DBP menyebarluaskan penggunaan istilah yang betul melalui media sosial DBP seperti melalui laman Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka, Instagram, Twitter dan aplikasi Whatapps. | Penyemakan dan penterjemahan | 15.06.2020 |