Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nor.mal] | نورمل

Definisi : 1. menurut aturan, keadaan, atau pola yg lazim; 2. biasa: keadaan ~ keadaan biasa; guru ~ guru yg terlatih dgn cara menghadiri kursus tertentu (tidak memasuki maktab latihan tertentu); 3. garisan (pancaran cahaya dll) yg bertemu lurus dgn sesuatu permukaan; menormalkan 1. menjadikan normal; 2. menjadikan akur dgn sesuatu standard; kenormalan keadaan normal: ~ fungsi jantung; ketaknormalan keadaan tidak normal: sekiranya ~ berlaku, lawatan ke klinik atau hospital adalah perlu; penormalan proses menormalkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nor.mal] | نورمل

Definisi : 1 spt yg biasa; menurut keadaan yg biasa. 2 ist garis (pancaran cahaya dll) yg bertemu dgn sesuatu permukaan secara tegak lurus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata normal


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
perbezaan penggunaan baharu dan baru?Kata baru sama maksudnya dengan baharu. Menurut Kamus Dewan, normal;">baharu ataunormal;"> baru bermaksud membaharui, memperbaharui, membaiki semula (melakukan sesuatu, mengubah dll). Bagi menjawab pertanyaan saudara, normal;">baru kebiasaannya merujuk kepada masa. Bagi membantu saudara memahaminya, dalam bahasa Inggeris kata normal;">just digunakan untuk mempamerkan penggunaan kata ini. Contohnya, normal;">Dia baru tiba dari Kuala Lumpur. Kata normal;">baharu pula merujuk kepada sesuatu yang baru. Terjemahan dalam bahasa Inggeris ialah normal;">new, contohnya, buku baharu dan kereta baharu.Tatabahasa07.01.2012
Pertanyaan saya: 1. Apakah perbezaan perkataan "baharu dan baru" serta bagaimana penggunaannya?Bagi menjawab pertanyaan saudara, normal">baru kebiasaannya merujuk kepada masa. Bagi membantu saudara memahaminya, dalam bahasa Inggeris kata normal">just digunakan untuk mempamerkan penggunaan kata ini. Contohnya, normal">Dia baru tiba dari Kuala Lumpur. Kata normal">baharu pula merujuk kepada sesuatu yang baru. Terjemahan dalam bahasa Inggeris ialah normal">new, contohnya, buku baharu dan kereta baharu.Tatabahasa22.03.2013
salam hormat, bagaimanakah untuk menerangkan perbezaan makna pelaksanaan dan perlaksanaan. tolong berikan ayat yang menggunakan perkataan tersebut.normal; font-family: Verdana">Merujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiganormal; font-family: Verdana">, halaman 132; menyatakan bahawa  kata nama terbitan yang menggunakan imbuhan per-...-an normal; font-family: Verdana">berasal daripada bentuk kata kerja yang menggunakan awalan beR-. Contohnya, normal; font-family: Verdana">pelaksanaannormal; font-family: Verdana"> berasal daripada kata kerja melaksanakan; oleh sebab bentuk berlaksana tidak wujud, maka bentuk perlaksanaan tidak boleh digunakan untuk menyatakan maksud proses melaksanakan sesuatu perkara. Contoh ayat; Pelaksanaan KBSR (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Tatabahasa18.03.2009
Salam sejahtera, (i) Kita difahamkan patut digunakan istilah 'baharu' menggantikan istilah 'baru' dalam semua penulisan rasmi. Ada maklumat lanjut/laman rujukan mengenainya? (ii) Makluman: Ada ralat dalam laman ini di bawah subtajuk 'Pengesahan Bahasa', iaitu tertaip 'samada ada': Ruangan Iklan adalah merupakan satu kemudahan ... samada ada iklan bergambar, ... Sekian, terima kasih. Liong1. Kata normal">baru dannormal"> baharu kedua-duanya betul, namun penggunaannya dibezakan mengikut konteks ayat. Menurut Kamus Dewan, normal">baharu ataunormal"> baru bermaksud membaharui, memperbaharui, membaiki semula (melakukan sesuatu, mengubah dll). Bagi menjawab pertanyaan saudara, normal">baru kebiasaannya merujuk kepada masa. Bagi membantu saudara memahaminya, dalam bahasa Inggeris kata normal">just digunakan untuk mempamerkan penggunaan kata ini. Contohnya, normal">Dia baru tiba dari Kuala Lumpur. Kata normal">baharu pula merujuk kepada sesuatu yang baru. Terjemahan dalam bahasa Inggeris ialah normal">new, contohnya, buku baharu dan kereta baharu. Walau bagaimanpun penggunaan frasa buku baru dan kereta baru juga adalah betul.
2. Terima kasih atas maklumat yang diberikan, kami akan menyemak dan membetulkannya dengan kadar segera.
Tatabahasa14.04.2012
Apakah perbezaan antara agong dan agung?normal; orphans: 2; letter-spacing: normal; color: #000000; word-spacing: 0px; -webkit-border-horizontal-spacing: 0px; -webkit-border-vertical-spacing: 0px; -webkit-text-decorations-in-effect: none; -webkit-text-size-adjust: auto; -webkit-text-stroke-width: 0px" class="Apple-style-span">Sdr., bezanya ialah Agong hanya merujuk kepada Yang di-Pertuan Agong sahaja, manakala agung bermakna besar, luas, tertinggi, teristimewa, terbuka kepada semua (spt mesyuarat agung).Lain-lain20.01.2011
Hello Khidmat Nasihat DBP Saya ingin mengetahui sama ada ayat-ayat di bawah ini gramatis/betul atau tidak. 1. Walaupun Osman tergolong antara pemain yang terkecil dalam pasukannya, namun kelincahannya sehebat rakan-rakannya yang lain. 2. Permuafakatan dalam bidang ekonomi antara negara kita dengan negara jiran sudah termenterai dari awal lagi. 3. Supaya jawapan tidak terpesong, kamu hendaklah menjawab soalan mengikut arahan yang diberikan. Pihak tuan/puan BELUM menjawab soalan-soalan saya sebelum ini. Terima kasih

1.     Walaupun Osman normal">normal">tergolong antara pemain yang normal">normal">terkecil dalam pasukannya, namun kelincahannya normal">normal">sehebat rakan-rakannya yang lain.

 

2.     Permuafakatan dalam bidang ekonomi normal">normal">antara negara kita normal">normal">dengan negara jiran sudah termeterai normal">normal">dari awal lagi.

 

3.     Supaya jawapan tidak terpesong, normal">normal">kamu hendaklah menjawab soalan mengikut arahan yang diberikan.

Tatabahasa12.10.2013
apakah definisi belia dan konsep belia di malaysia?

normal; font-size: 12pt; font-family: Verdana">1.    normal; font-size: 12pt; font-family: Verdana">Mengikut Kamus Dewan definisi "belia" ialah : a) muda; muda ~ sangat muda (muda remaja); b) pemuda; c) golongan muda secara keseluruhannya (baik lelaki mahupun wanita), pemuda dan pemudi: kelab~

normal; font-size: 12pt; font-family: Verdana">2.    normal; font-size: 12pt; font-family: Verdana">Konsep Belia di Malaysia pula, saudara bolehlah menghubungi Kementerian Belia dan Sukan untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pertanyaan tersebut. Sekian, terima kasih.

Lain-lain19.06.2008
Salam, saya ingin tahu tahun berapakah mulanya ejaan rumi diperkenalkan di Tanah melayu, adakah sejak Munshi Abdullah lagi? Setahu saya zaman Abdullah munsyi menggunakan ejaan jawi dalam semua aspek penulisan baik penterjemahan dari B.Inggeris dan persuratan. Siapakah yang menerajui atau memperkenalkan ejaan rumi di tanah melayu?

normal; margin: 0cm 0cm 0pt; undefined: " class="MsoNormal">    Merujuk Ensiklopedia Bahasa Melayu, sistem ejaan dan tulisan bahasa Melayu yang berasal daripada huruf Latin (Roman) dan mempunyai sejarah lebih daripada 450 tahun. Huruf  Latin yang mula-mula digunakan untuk menulis bahasa Melayu ditemui dalam senarai pelayaran Pigafetta dari Itali pada tahun 1521. Bermula pada abad ke-16 itu, bahasa Melayu terus ditulis dengan huruf Roman oleh pedagang, pengembara dan penjelajah dari Eropah ke Nusantara. Penggunaan huruf Roman untuk menulis kata-kata Melayu ini dapat dilihat dalam catatan dan tulisan yang dihasilkan dalam tempoh hingga akhir abad ke-17. 
    Untuk makluman tuan dalam perancangan bahasa Melayu tumpuan diberikan kepada aspek pembakuan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu. Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu bermula pada tahun 1904 dan disempurnakan pada tahun 1972.

normal; text-indent: -36pt; margin: 0cm 0cm 0pt 72pt; undefined: " class="MsoNormal"> 

normal; margin: 0cm 0cm 0pt; undefined: " class="MsoNormal">normal">    Sistem ejaan rumi yang pernah wujud:

normal; text-indent: -36pt; margin: 0cm 0cm 0pt 72pt; undefined: " class="MsoNormal">normal">  

normal; margin: 0cm 0cm 0pt; undefined: " class="MsoNormal">    a.      Sistem Ejaan Wilkinson (1904) – ejaan sekolah Melayu di Malaya.

normal; margin: 0cm 0cm 0pt; undefined: " class="MsoNormal">    b.      Ejaan Za’ba (1949) – ejaan sekolah hingga 1972;

normal; margin: 0cm 0cm 0pt; undefined: " class="MsoNormal">    c.      Sistem Ejaan Fajar Asia – ejaan majalah normal">Fajar Asia (1945-1954);

normal; margin: 0cm 0cm 0pt; undefined: " class="MsoNormal">    d.      Ejaan Rumi Kongres 1956 – ejaan normal">Asas  ‘50’ (Angkatan Sasterawan ’50)

normal; text-indent: -1cm; margin: 0cm 0cm 0pt 1cm; undefined: " class="MsoNormal">    e.      Kaedah Ejaan PBMUM (Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya) – ejaan majalah normal">Bahasa

normal; margin: 0cm 0cm 0pt; undefined: " class="MsoNormal">    
    Penyatuan ejaan Rumi antara bahasa Melayu di  Malaysia dengan yang di Indonesia bermula pada tahun 1959.  Walau bagaimanapun, ejaan bersama yang dipersetujui (Ejaan Malindo tahun 1959) ini tidak dapat dilaksanakan.  Persetujuan tentang Sistem Ejaan Rumi Bersama yang ditandatangani pada 27 Jun 1967, telah diisytiharkan penggunaannya serentak di Malaysia dan Indonesia pada 16 Ogos 1972.  Di Malaysia sistem ini dikenali dengan nama Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu.
 

normal">        

Tatabahasa19.03.2013
Selamat petang, soalan: tahun baru cina atau tahun baharu cina betul? Adakah pengguna baru untuk masa dan baharu untuk barang yang baru dibeli?Ungkapan "Tahun Baru Cina" dan "Tahun Baharu Cina" kedua-duanya adalah betul.

Bagi menjawab pertanyaan saudara, normal">baru kebiasaannya merujuk kepada masa. Bagi membantu saudara memahaminya, dalam bahasa Inggeris kata normal">just digunakan untuk mempamerkan penggunaan kata ini. Contohnya, normal">Dia baru tiba dari Kuala Lumpur. Kata normal">baharu pula merujuk kepada sesuatu yang baru. Terjemahan dalam bahasa Inggeris ialah normal">new, contohnya, buku baharu dan kereta baharu.
Tatabahasa29.04.2013
Apakah status terkini mengenai ejaan `baru' dengan `baharu' kerana saya difahamkan situasi sebelum ini `baru' merujuk kepada masa sedangkan `baharu' merujuk sifat sesuatu. Contoh: Dia baru sampai dengan kereta baharunya. Atau apakah `baru' dan `baharu' saling boleh ditukar seperti yang berlaku dulu.Bagi menjawab pertanyaan saudara, normal">baru kebiasaannya merujuk kepada masa. Bagi membantu saudara memahaminya, dalam bahasa Inggeris kata normal">just digunakan untuk mempamerkan penggunaan kata ini. Contohnya, normal">Dia baru tiba dari Kuala Lumpur. Kata normal">baharu pula merujuk kepada sesuatu yang baru. Terjemahan dalam bahasa Inggeris ialah normal">new, contohnya, buku baharu dan kereta baharu.Tatabahasa01.06.2013
12345

Kembali ke atas