Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : adj terkenal: a ~ Malay linguist, ahli lingustik Melayu yg terkenal; this region is ~ for its wine, kawasan ini terkenal dgn wainnya. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata noted


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, apakah padanan untuk perkataan "noted"?Menurut Kamus Bahasa Inggeris, maksud noted ialah terkenal. Contoh ayat ialah  a noted Malay linguist yang bermaksud ahli lingustik Melayu yang terkenal. Istilah29.11.2018
Apakah terjemahan yang sesuai digunakan bagi perkataan “noted”?

Maksud noted adalah terkenal, ternama dan termasyhur seperti contoh ayat, an island noted for its beautiful beaches yang bermaksud sebuah pulau yang terkenal kerana pantainya yang indah-indah.

Walau bagaimanapun, makna noted sebagai “maklum” sering juga digunakan dalam konteks bahasa percakapan.

Penggunaan padanan bahasa Melayu yang sesuai bagi perkataan noted perlulah mengikut konteks dalam ayat dan bidang tertentu.

Sila rujuk Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris-Melayu Edisi Kedua (DBP, 2002), halaman 822.

Penyemakan dan penterjemahan20.02.2025
Salam sejahtera, apakah padanan untuk kata "noted"? Soalan kedua, mengikut rumus tatabahasa, adakah kata "akankah" diterima pakai? Partikel "kah" hanya untuk kata tanya atau bagaiamana? Sekian,1. Menurut Kamus Bahasa Inggeris, maksud noted ialah terkenal. Contoh ayat ialah  noted Malay linguist yang bermaksud ahli lingustik Melayu yang terkenal.  

2. Dalam data Pusat Rujukan Persuratan Melayu kami, perkataan akankah tidak wujud.

3. Menurut Kamus Bahasa Melayu kah ialah partikel untuk menyatakan pertanyaan. Contoh ayat bolehkah kau menyanyi?
Makna05.12.2018
Apakah ayat bahasa Melayu yang sesuai utk menterjemah "noted with thanks"?

Cadangan terjemahan yang bersesuaian ialah “Maklum dan terima kasih”.

Lain-lain04.01.2024
Tuan, Saya ingin mendapat khidmat nasihat dari pihak tuan berkenaan soalan seperti berikut: Soalan : Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan “against the issue” dalam konteks ayat di bawah: 7. After the goods are loaded the bill of lading to be issued by the carrier, master or agent of the carrier, to the shipper shall, if the shipper so demands, be a “shipped” bill of lading, provided that if the shipper shall have previously taken up any document of title to such goods, he shall surrender the same as against the issue of the “shipped” bill of lading, but at the option of the carrier such document of title may be noted at the port of shipment by the carrier, master, or agent with the name or names of the ship or ships upon which the goods have been shipped and the date or dates of shipment, and when so noted the same shall for the purpose of this Article be deemed to constitute a “shipped” bill of lading. Mohon kerjasama agar jawapan tersebut dikemukakan pada atau sebelum 1 Oktober 2021. Sekian, terima kasih.Untuk makluman puan, terdapat 13 makna bagi perkataan “against“ yang berbeza mengikut konsep dan konteks. Hasil terjemahan yang baik memerlukan penterjemah dan penyemak memahami keseluruhan bidang dan laras teks terjemahan tersebut. Puan dicadangkan untuk menterjemahkan dahulu keseluruhan teks ini kepada bahasa Melayu agar pihak kami dapat memberikan cadangan padanan yang tepat bagi frasa yang diberikan. 

Puan juga boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.
Penyemakan dan penterjemahan28.09.2021

Kembali ke atas