Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ns


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
sejarah dialek negeri sembilan, perbezaan dialek negeri sembilan dengan bahasa baku?Sejarah dialek Negeri Sembilan (NS) semestinya sama dengan sejarah NS. Sila rujuk buku Sejarah Negeri Sembilan. Perbezaan dialek NS dengan bahasa baku ialah, dialek NS dituturkan oleh orang Negeri Sembilan dan dialek ini tidak digunakan dalam situasi rasmi. Bahasa baku ialah bahasa standard yang dituturkan dalam situasi rasmi, di seluruh negara. Bahasa Melayu baku juga ialah bahasa pengantar yang digunakan di sekolah-sekolah dan pusat pengajian tinggi.Lain-lain24.01.2007
saya sangat berminat dalam bidang penulisan. Dulu pernah menyertai Persatuan Penulis NS (PEN) dibawah bimbingan Mahaya Mohd Yassin, Zaharuddin Pilus dan Arshad Rawian. Malang sekali, saya menyambung belajar dan menetap di tempat lain. Kesibukan belajar membataskan saya untuk meneruskan minat tersebut. Walau bagaimana pun, kini minat yang begitu mendalam itu datang kembali dan saya ingin terus berkecimpung dalam bidang penulisan. Bagaimanakah jika saya ingin terlibat dalam bengkel-bengkel penulisan dan sesuatu yang berkaitan dengan penulisan kreatif? Harap dapat [penjelasan dari pihak DBP. Terima Kasih..

Untuk makluman saudara, bengkel penulisan kreatif ditangani oleh Bahagian Pengembangan Sastera (BPS). Setiap tahun, lazimnya BPS merancang mengadakan bengkel penulisan mengikut genre yang berkaitan. Misalnya, pada tahun 2008, fokus BPs ialah pada penulisan cerpen; 2009, apresiasi puisi, dan tahun 2010, fokusnya ialah pada drama (kepada penulis yang telah menulis skrip/sedia ada skrip drama pentas).

DBP akan mewujudkan satu Bahagian baharu, iaitu Bahagian Pembinaan Bakat, mulai (kemungkinan) pada Mei 2010. Oleh itu, saudara bolehlah menghubungi pegawai di Bahagian tersebut untuk maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih. 

Lain-lain14.04.2010
Tuan/ Puan, Saya harap mendapatkan pengesahan bahasa dari pihak tuan/puan untuk iklan baru saya. Sila merujuk kepada fail lampiran. Terima Kasih. Yang benar, Hew NSUntuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain21.09.2015

Kembali ke atas