Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nuh


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Nuh ialah/adalah manusia pertama mencipta kapal besar.Nuh ialah manusia pertama mencipta kapal besar. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 263.Tatabahasa29.11.2011
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang penggunaan 'Nabi', jika Nabi Muhammad, Nabi Nuh, menggunakan huruf besar untuk perkataan Nabi. Bagaimana pula jika 'nabi' sahaja, nabi atau Nabi (penggunaan dalam ayat).Waalaikumsalam,
Jika perkataan "nabi" sahaja, penggunaan dalam ayat ialah huruf kecil.
Tatabahasa12.12.2014
Patutkah "nabi" kedua ditulis "Nabi"?: Nabi Muhammad, nabi Allah dalam IslamSalam sejahtera, 

Perkataan nabi merupakan kata nama am dan lazimnya ditulis menggunakan huruf kecil. Walau bagaimanapun, perkataan nabi dieja menggunakan huruf besar sekiranya merujuk kepada Nabi Muhammad SAW dan sekiranya diikuti oleh kata nama khas (orang) seperti Nabi Musa dan Nabi Nuh

Oleh yang demikian, perkataan nabi dalam ayat tersebut dieja menggunakan huruf besar - Nabi Muhammad, Nabi Allah dalam Islam​. (Rujuk Kamus Dewan Perdana, 2020:1510)

Terima kasih.
Ejaan09.03.2025

Kembali ke atas