Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nu.jum] | نجوم

Definisi : 1. bintang, bintang-bintang; 2. ilmu bintang utk mengetahui nasib orang, per­bintangan; 3. = kitab ~ kitab utk membuat ramalan, kitab perbintangan; melihat ~ membuat ramalan dgn melihat kitab nujum; 4. = ahli ~ = ahlulnujum orang yg ahli dlm membuat ramalan dgn melihat bintang, tukang tilik, penilik; ~ Pak Belalang ki tukang tilik yg palsu (pura-pura); bernujum berjumpa nujum utk meramalkan sesuatu; menujumkan membuat ramalan (dgn me­lihat kitab nujum), meramalkan, menenung; mempernujumkan melihat nujum utk, me­ramalkan utk; nujuman ramalan; pernujuman perbuatan atau hal bernujum; penujuman perihal menujumkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nu.jum] | نجوم

Definisi : 1 ilmu bintang utk melihat nasib orang. 2 = ahli ~ orang yg pan­dai melihat nasib seseorang atau mem­buat ramalan dgn melihat bin­tang; tukang tilik: ~ Pak Belalang tukang tilik yg hanya mengagak-agak saja (pura-pura). 3 = kitab ~ kitab yg digunakan utk membuat ramalan atau utk melihat nasib. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nujum (kata nama)
1. Bersinonim dengan ilmu bintang: perbintangan, ilmu tenung, ilmu ramalan,

2. Dalam konteks ahli nujum
bersinonim dengan tukang renung, penilik, tukang tilik,

Kata Terbitan : menujumkan, nujuman,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
'Nujum berkelipan di angkasa' adakah ayat ini sama maksudnya dengan Bintang berkelipan di angkasa? Terima kasih dan Assalamualaikum wbt

Nujum juga bermaksud objek di angkasa yang mengeluarkan cahaya yang kelihatan seperti titik-titik cahaya yang berkerdipan pada waktu malam: bintang. (Kamus Dewan Perdana). Ayat “Nujum berkelipan di angkasa” sama maksudnya dengan “Bintang berkelipan di angkasa”.

Lain-lain01.03.2022
Jangan percaya pada/kepada ramalan tok nujum.Jangan percaya pada ramalan tok nujum.Tatabahasa20.12.2011
Salam sejahtera. Apakah perbezaan huru-hara dan haru-biru dari segi penggunaan? Harap dapat keterangan yang jelas. Terima kasih.Haru-biru ialah haru-hara, huru-hara, kacau-bilau, porak-peranda, kekalutan, kerusuhan: kota yang dahulunya sangat tenang telah menjadi haru-biru;

Mengharu-birukan 1. menimbulkan keru­suh­­an (kekacauan dan lain-lain), mengelam-kabutkan, mengacau-bilaukan: rusuhan itu telah mengharu-birukan suasana di bandar itu; 2. menyebabkan sangat gelisah (runsing dan sebagainya): yang sangat mengharu-birukan fikir­annya ialah perceraian anaknya; masalah itu mengharu-birukan fikirannya;
 
keharu-biruan keadaan haru-biru: keharu-biruan yang ber­laku dalam mimpinya itu pasti akan menambah tekanan jiwanya.

Huru-hara ialah  dalam keadaan tidak tenteram, kacau-bilau: negeri yang aman akan huru-hara akibat hasutan daripada anasir-anasir komunis; 2. dalam keadaan kelam-kabut (tidak keruan dan sebagainya): dia bimbang kalau diisytiharkan pada waktu itu, akan huru-haralah tentera yang berperang di bawah pemerintahannya; 3. bp berjalan dengan tidak tentu tujuan: janganlah huru-hara ke sana ke mari dengan kawan-kawan pada waktu malam; 4. keadaan kacau-bilau: ahli nujum meramal­kan bahawa huru-hara akan berlaku di negeri itu dalam tahun 1990-an;
Tatabahasa08.07.2013

Kembali ke atas