Salam Tuan/Puan Bolehkah pihak DBP memberi komen kepada hasil nukilan saya seperti di bawah. Untuk pengetahuan pihak DBP saya tidak berapa pasti apakah hasil nukilan saya ini puisi atau sebaliknya. Saya juga ingin mendapatkan komen daripada pihak DBP sama ada hasil nukilan ini layak untuk di siarkan di mana-mana majalah atau surat khabar. Terima kasih dengan komen yang akan diberikan. Anak-anakku kau umpama cahaya matahari Yang tidak pernah jemu menyinari bumi Begitu juga kalian menyinari kehidupan ayah dan umi Anak-anakku Kecerian terpancar di wajah dan senyum di bibir kalian Sungguh mendamaikan dan menyejukkan umpama air sungai yang mengalir tenang Anak-anaku Kaulah harta yang paling bernilai di dunia ini Diri kalian tidak boleh di jual beli Jika hilang tidak akan muncul kembali Anak-anakku tanpamu kalian di sisi umpama langit yang gelap yang tidak berbintang penuh diselubungi awan hitam Anak-anakku Ayah dan ibu sentiasa mendoakan kesejahteraan kalian Agar menjadi anak-anak yang soleh dan taat Dengan perintah Tuhan | Waalaikumsalam puan, Bagi mendapatkan sebarang ulasan entang hasil nukilan puan, sebaik-baiknya puan hantarkan puisi tersebut mengikut format puisi yang sebenar kepada e ditor Dewan Sastera di Bahagian Majalah DBP, atau fadhli@dbp.gov.my. Setiap puisi yang dihantar perlu dinilai terlebih dahulu oleh editor bagi memastikan bahawa puisi tersebut menepati kriteria yang ditetapkan dan sesuai untuk diterbitkan.Terima kasih. | Lain-lain | 30.11.2013 |
Adakah pihak tuan mempunya sajak yg diperlukan, butiran seperti berikut. tajuk sajak : mahasiswa. nukilan : A.Samad Said. Saya sudah mencari,tetapi tidak jumpa. munkin tajuk tidak tepat, tetapi tentang mahasiswa. ataupun pihak tuan mempunyai laman untuk saya mencari koleksi nukilan A.Samad Said.t.kasih | Sila rujuk bahan ini : 1. A.Samad said : sebuah antologi puisi yang menghimpunkan karya-karya selama lebih setengah abad Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2005 . 2.Koleksi terpilih Sasterawan Negara A.Samad Said Dewan Bahasa dan Pustaka 2005 . Sekian, terima kasih | Lain-lain | 05.09.2007 |
Tuan/Puan, Bagaimanakah caranya untuk menghantar karya sajak nukilan saya sendiri untuk dinilai oleh pihak-pihak profesional? Saya seorang pencinta bahasa yang meminta pandangan jujur mengenai karya saya. Saya menyediakan dua buah sajak berbahasa Inggeris bertajuk I Am About To Die dan Drowned In Mind untuk penilaian tuan/puan. Terima kasih. Yang benar, Noor Ashyima 901120085810 | Untuk makluman saudara DBP menerbitkan buku dan majalah dalam bahasa Melayu (kecuali buku teks) dan semua karya yang terkandung dalamnya juga mestilah ditulis dalam bahasa Melayu. Oleh itu, karya saudara tidak sesuai untuk diserahkan kepada kami untuk dinilai atau diterbitkan. | Lain-lain | 09.02.2011 |
Assalamualaikum , Saya ingin bertanya dimanakah perlu saya hantar cerpen atau puisi hasil daripada nukilan saya kepada pihak media ? | Saudara boleh menghantar karya saudara ke mana-mana akhbar di Malaysia yang menyiarkan cerpen atau puisi seperti Berita Harian, Utusan Malaysia, dan beberapa akhbar yang alin. Sekiranya saudara mahu menghantarnya ke Dewan Bahasa dan Pustaka, sila alamatkan kepada Ketua Bahagian Majalah, Dewan Bahsa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 09.12.2009 |
Perkataan bahasa melayu asal mengikut pendeta Zaaba. T.K. | Sila rujuk buku nukilan Za'ba, iaitu Pelita Bahasa (Jilid 1 dan Jilid 2) dan Ilmu Mengarang Melayu. Kedua-duanya diterbitkan oleh DBP. | Lain-lain | 17.01.2008 |
Ucapan syabas kepada DBP kerana memudahkan saya membuat rujukan tentang istilah dan menggunakan puisi nukilan dan dalam simpanan DBP | Salam. Ucapan terima kasih juga kepada sdr. atas ucapan tersebut. Semoga sdr. beroleh kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi. Sekian dan wassalam. | Lain-lain | 08.07.2009 |
Salam saya Nurul Hsima Binti Zainal dari Kolej MARA Seremban. Saya ingin menjalankan kajian tentang novel Diari Seorang Guru nukilan S. Hawa yang diterbitkan oleh Alaf 21. Saya tidak berjaya mendapatkan mana-mana maklumat tentang penulis tersebut. Oleh itu saya ingin meminta jasa baik DBP untuk mendapatkan maklumat, biodata ataupun nomboor dan alamat yang saya boleh gunakan untuk menghubungi penulis. saya juga ingin meminta maaf kerana sebelum ini saya telah mendaftar dan bertanya soalan menggunakan alamat e-mel nurulhasimaz@yahoo.com tetapi alamat itu tidak boleh digunakan. Jasa baik DBP amat dihargai. Sekian Terima Kasih | Untuk mendapatkan maklumat tentang penulis S.Hawa, saudara boleh menghubungi editor Penerbit Alaf 21 dengan membuka laman web penerbit berkenaan iaitu www.alaf21.com.my | Lain-lain | 16.08.2010 |
assalamualikum dan salam sejahtera. sebenarnya, saya adalah salah seorang peminat dewan sastera. jadi, soalan saya, bagaimanakah mahu menghantarkan puisi-puisi nukilan saya kepada pihak tuan | Karya sdr hendaklah dihantar kepada Editor Dewan Sastera, Bahagian Majalah, Aras 20, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau karya sdr boleh dihantar melalui e-mel: rozninah@dbp.gov.my. Sekiranya sdr penulis baru, karya boleh dihantar kepada Puan Noraini Abdul Hamid, Editor Tunas Cipta atau e-mel:noraini3@dbp.gov.my | Lain-lain | 29.01.2009 |
saya telah menulis beberapa puisi dan saya berminat untuk menerbitkan puisi saya itu tetapi saya tidak tahu bagaimana dan dimana harus saya kemukakan semua puisi nukilan saya sendiri untuk disiarkan atau diterbitkan | Sdr. boleh mengirimkan puisi yang telah siap dikarang itu kepada pihak akhbar dan majalah untuk tujuan penerbitan. Pada kebiasaannya, akhbar mingguan tempatan menyediakan ruangan untuk menyiarkan puisi. Sdr. boleh mengirimkannya kepada Editor Sastera dan Budaya, (pilih akhbar mana yang difikirkan perlu dan dapatkan alamat akhbar tersebut - yang pada kebiasaanya tertera di sudut kaki bahagian belakang akhbar tersebut). Pihak sdr. juga boleh mengirimkan puisi tersebut di majalah terbitan DBP kepada: Editor, Majalah Dewan Pelajar/Majalah Dewan Siswa/Majalah Dewan Sastera/Majalah Pelita Bahasa (pilih yang mana difikirkan perlu), Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur. Akhirnya, selamat mencuba! Menulis teruskan menulis! Selamat berjaya! | Lain-lain | 17.12.2008 |
Mengapa ayat-ayat yang berikut salah? 1. Ali yang benar bersalah dalam pergaduhan itu. 2. Tanah itu milik Pak Ali yang benar. 3. Fius berfungsi memutuskan elektrik apabila voltan yang mengalir berlebihan dan menyelamatkan peralatan elektrik daripada rosam. 4. Adik sering berlawan cakap kakak apabila kakak memarahinya. 5. Sudah menjadi lumrah kehidupan yang kaya sentiasa dikenang. 6. Menjadi gila anak-anak muda dengan nyanyian lagu artis popular itu. 7. Penyair terkenal itu mendendangkan syair hasil nukilan sasterawan negara. | Berikut ayat yang telah dipinda. 1. Ali yang bersalah dalam pergaduhan itu. 2. Tanah itu sebenarnya milik Pak Ali. 3. Fius berfungsi mematikan aliran elektrik apabila voltan mengalir berlebihan dan menyelamatkan peralatan elektrik daripada rosak. 4. Adik sering melawan cakap kakak apabila dimarahi. 5. Sudah menjadi lumrah kehidupan, yang kaya sentiasa dipuji. 6. Nyanyian lagu artis popular itu menjadi kegilaan anak-anak muda. 7. Penyair terkenal itu mendeklamasikan syair hasil nukilan sasterawan negara. | Tatabahasa | 19.07.2013 |