Salam sejahtera. Apakah terjemahan untuk "Nursery Rhyme"? Sajak nurseri? Rima nurseri? Lagu kanak-kanak? Saya sudah semak laman prpm dan mendapati bahawa terjemahan "Rhyme" ialah "rima". Akan tetapi nampaknya macam perkataan "rima nurseri" belum pernah digunakan (hasil google searh = 0). Apakah nasihat Tuan/Puan? Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu untuk perkataan "nursery rhyme" ialah lagu kanak-kanak atau puisi kanak-kanak bergantung pada kesesuaian mengikut konsep. | Makna | 23.11.2021 |
Saya ingin tahu adakah perkataan/istilah "tapak semaian" boleh ditukar / digantikan dengan "nurseri". Adakah DBP mengiktiraf "nurseri" boleh digunapakai? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, nurseri bermaksud 1. tempat anak-anak pokok disemai atau ditanam utk dijual dsb; 2. bp taska. Oleh itu, nurseri boleh diguna pakai untuk tapak semaian. | Lain-lain | 10.03.2010 |
Bolehkah saya menggunakan perkataan NURSERI SAWIT bagi menggantikan perkataan TAPAK SEMAIAN SAWIT? Adakah perkataan dan ejaan NURSERI boleh digunapakai? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, nurseri bermaksud 1. tempat anak-anak pokok disemai atau ditanam utk dijual dsb; 2. bp taska. Oleh itu, nurseri boleh diguna pakai untuk tapak semaian. | Lain-lain | 11.03.2010 |
Adakah ayat ini betul? Murid-murid melawat sambil belajar ke nurseri bunga orkid. | Ayat yang betul dan sesuai digunakan ialah “Murid-murid mengadakan lawatan sambil belajar ke Nurseri Bunga Orkid.” | Tatabahasa | 17.09.2024 |
saya ingin bertanya, bolehkah saya mendapatkan katalog buku2 dalam keluaran dbp, yang berkaitan dengan hotikultur dan lanskap. saya mengajar matapelajaran lanskap dan nurseri tingkatan 4 dan 5. sangat susah untuk mendapatkan buku rujukan untuk pelajar dan guru. terima kasih | Salam, Salah satu cara untuk saudara mendapatkan senarai rujukan dalam bidang tersebut adalah dengan melayari laman Pusat Rujukan Persuratan Melayu http://prpm.dbp.gov.my dan klik pada e-Perkhidmatan. Kemudian klik Katalog Awam dalam Talian. Taipkan subjek yang dicari dalam petak Kata Carian. Saudara boleh mendapatkan buku terbitan DBP Hortikultur Hiasan dan Landskap Tingkatan 4 dan 5 hasil tulisan Fakhrul Izhar Ramlee, Mohd. Taslim Kostor dan Nawawi Mohd. Jan. Buku tersebut berharga RM23.50 (ISBN 9836286268). | Lain-lain | 26.01.2011 |