Nyah, terbitannya mengenyahkan. Nyah toksik, terbitannya mengenyahtoksikkan. Mohon penjelasan. | Kata dasar nyah menjadi mengenyah apabila menerima awalan menge- yang diimbuhkan pada kata dasar yang bersuku kata satu. Nyahtoksik (dieja sebagai satu perkataan) menjadi menyahtoksik apabila menerima awalan meN-. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 155 untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 18.05.2010 |
Rujukan saya: SK3/22/5/2018 1. Perkataan nyah. Boleh tak perkataan nyah ditambah imbuhan selain daripada yang diketahui dan perkataan yang digunakan secara meluas. Cth. Dinyahsahkan. Penyahgunaan. 2. Ada tak istilah khas untuk "usul yang dah diluluskan". Satu atau 2 perkataan pendek. 3. perbahasan tentang usul-usul lulus pada mesyuarat lepas << adakah betul ayat ni? “usul lulus” boleh tak pakai? 4.Adakah semua perkataan boleh ditambah imbuhan? Semua jenis imbuhan maksud saya. Spt pendelegasian. Mendelegasikan. Di dalam buku apakah boleh saya menemukan formula/kaedah dalam menentukan boleh atau tidak imbuhan ditambah dalam mana-mana perkataan. | 1. Secara umumnya, setiap perkataan baharu boleh diwujudkan dengan syarat betul dari segi morfologi. Sekiranya pihak tuan ada perkataan baharu boleh dicadangkan kepada DBP dan pihak DBP akan mengesahkan penggunaan perkataan tersebut secara rasmi. 2. Usul diluluskan. 3. Perbahasan tentang usul yang diluluskan. 4. Boleh. Perkataan "Pendelegasian" digunakan oleh pihak Indonesia, Malaysia mencadangkan "perwakilan". Tuan boleh rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk mempelajari pembetukan kata terbitan.
| Lain-lain | 22.05.2018 |
Di halaman 1087 Kamus Dewan Edisi Keempat ada masukan -nyah- yang dikatakan awalan asing yang bermaksud buang atau hapus. Perkataan contoh yang diberikan ialah nyahcas dan nyahwarna. Mohon nyatakan bahasa sumber bagi awalan -nyah- itu. Terima kasih. | Awalan "nyah-" ialah padanan bahasa Melayu untuk awalan bahasa Inggeris de- atau dis-. Contohnya, discharge menjadi nyahcas, deceleration menjadi nyahpecutan. | Istilah | 29.12.2012 |
apakah imbuhan awalan men- untuk kata nyah(buang/hapus) menyah atau mengnyah? mana satu betul? | Kata dasar nyah menjadi mengenyah apabila menerima awalan menge- yang diimbuhkan pada kata dasar yang bersuku kata satu.Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 155 untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 06.08.2014 |
Nyah engkau dari sini …! Ayat ini menggunakan elipsis sebelum tanda seru untuk menunjukkan penegasan, kepanjangan atau gema. Adakah DBP menerima gaya ini? | Penggunaan tanda baca yang betul ialah "Nyah engkau dari sini!". Penggunaan elipsis lazimnya digunakan dalam ayat penyata bagi menyebut sebahagian sahaja daripada petikan, manakala ayat seru lazimnya tidak panjang (tidak perlu tanda elipsis) dan senafas. | Lain-lain | 13.01.2013 |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya ingin bertanya ejaan yang betul. Adakah nyah beku atau nyahbeku? Adakah perkataan pengsubkulturan betul? Sekiranya salah, apakah penggunaan imbuhan apitan yang betul untuk proses subkultur? Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah "nyah beku" dan tidak ada imbuhan "pensubkulturan" dalam data kami.
| Istilah | 10.07.2019 |
Penggunaan perkataan yang betul. 1. 'penyahsenaraian' dari bursa saham; atau 2. 'pengenyahsenaraian' dari bursa saham. Sekian, terima kasih. | Awalan nyah- bermaksud hapus, buang. Apabila awalan nyah- digabungkan dengan kata senarai maka terbentuk kata nyahsenarai, dan akan membentuk kata terbitan penyahsenaraian. Frasa yang betul ialah penyahsenaraian daripada bursa saham (bukan dari bursa saham). | Tatabahasa | 14.01.2015 |
saya ingin menyemak alih bahasa English - Bahasa Melayu berikut. Hydrate - Terhidrasi Dehydrated - (membawa mak tidak terhidrasi) tapi boleh kah saya mengalih bahasa ke nyah-hidrasi atau dehidrasi? Terima Kasih | Puan Nur Aisya, Padanan bagi perkataan "hydrate" ialah menghidratkan. Padanan bagi perkataan "dehydrated" ialah dinyahhidratkan. | Istilah | 08.02.2010 |
Disinfect bermaksud menyahjangkit. Disinfeksi pula merupakan kata nama yang menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua bermaksud "pembasmian kuman yg boleh menyebabkan penyakit, biasanya dgn menggunakan bahan pembunuh kuman". Adakah hanya kata nama "disinfeksi" ini sahaja yang telah dimelayukan, manakala kata kerja disinfect (disinfek) tidak? Bagaimana dengan perkataan nyah cemar? Adakah mempunyai padanan maksud yang sama dengan "nyahjangkit"? Adakah padanan bahasa Inggerisnya "disinfect"? Mohon khidmat nasihat. Terima kasih. | Sebagaimana yang terdapat dalam Pangkalan Data PRPM padanan istilah Disinfect yang telah diguna pakai ialah nyahjangkit. | Istilah | 30.03.2020 |
Sekadar ingin tahu. mungkin menjadi suatu pengetahuan baharu~ "Perkataan yang terpanjang dalam Bahasa Malaysia ialah diketidaknyahcasdiversifikasielektrostat (mengandungi 40 huruf), merupakan istilah yang digunakan dalam bidang saintifik. Manakala perkataan umum yang terpanjang ialah mempertanggungjawabkan (mengandungi 22 huruf)". Betulkah? maaf, soalan agak kebudak2kan. Namun , cukup menarik utk di masa hadapan.. :D | Perkataan mempertanggungjawabkan hasil gabungan apitan memper-...-kan dengan kata dasar tanggungjawab dan perkataan ini terakam dalam Kamus Dewan. Manakala perkataan diketidaknyahcasdiversifikasielektrostat tidak ada dalam pangkalan data kami. Untuk makluman tuan, dalam pembentukan perkataan/istilah, perkataan ketidak dan nyah tidak hadir sekali atau berurutan kerana kedua-duanya membawa maksud yang hampir sama seperti ketidakhadiran dan nyah padat. Dan lazimnya dalam pembentukan istilah apabila ada apitan di-...-kan atau ke-...-an baharulah perkataan yang terhasil itu digabungkan. | Istilah | 25.10.2012 |