Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nya.mu/] | ڽاموق

Definisi : sj serangga kecil bersayap dua dan menghisap darah; ~ aedes (rimau) sj nyamuk, Aedes aegypti; ~ biasa sj nyamuk, Culex fatigans; ~ tiruk (jenis nyamuk yg membawa penyakit malaria) a) Anopheles maculatus; b) Anopheles sundaicus; c) Anopheles um­brosus; ~ pers Id bp pemberita surat khabar, wartawan; tamparan ~ bahagian badan antara tulang belikat dgn tulang leher; ~ mati gatal tak lepas prb menaruh dendam terhadap orang yg berbuat jahat kpd kita walaupun ia sudah dihukum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nya.mu/] | ڽاموق

Definisi : beberapa jenis serangga ber­sayap yg suka menggigit dan meng­hisap darah. ~ aedes (rimau) nya­muk yg membawa demam denggi dan demam kuning, Aedes aegypti. ~ biasa nyamuk yg biasa terdapat tetapi tidak berbahaya, Culex fatigans. ~ tiruk nyamuk yg membawa penyakit malaria, Anopheles maculatus (sundaicus, umbrosus). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nyamuk

Puisi
 

Banyak nyamuk di hutan Tengar,
     Buah betik dipanggil papaya;
Kicau murai lagi didengar,
     Inikan pula cerita manusia.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Nyamuk lepas pijat-pijat kena pirik.

Bermaksud :

Mendapat celaka kerana kesalahan orang lain. pirik = memipis, menumbuk lumat-lumat.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
nyamuk Aedes atau nyamuk aedes?

nyamuk Aedes.

Tatabahasa15.08.2008
nyamuk tiruk atau nyamuk Tiruk?Jawapan yang betul ialah nyamuk tirus.Lain-lain25.06.2010
perkataan "nyamuk Aedes" atau "nyamuk aedes" yang betul?

Ejaan yang betul ialah nyamuk Aedes.

Ejaan08.08.2011
nyamuk Aedes atau nyamuk aedes? orang utan atau Orang Utan atau orang Utan? yang mana satu betul? tq

Ejaan yang betul ialah nyamuk Aedes dan orang utan.

Ejaan27.03.2010
Bolehkah kita kata "nyamuk menyengat manusia"? ataupun "nyamuk menggigit manusia"? Terima kasih.Jawapan yang betul ialah "nyamuk menggigit manusia". Menyengat digunakan untuk serangga atau binatang kecil yang mempunyai sengat seperti lebah, lipan dan kala jengking.Tatabahasa28.04.2012
Jauhi ubat nyamuk daripada / dari langsir. Jawapan ialah dari / daripada???

Jawapan yang betul ialah 'Jauhi ubat nyamuk daripada langsir.'

Tatabahasa17.05.2011
nymuk tiruk atau nyamuk TirukSoalan anda telah dijawab.Lain-lain25.06.2010
1. Jauhkan ubat nyamuk dari / daripada langsir? Apakah jawapan untuk soalan ini? Soalan ini ada dalam buku teks bm sjk tahun 2.

Kedua-dua boleh digunakan. harap maklum.

Tatabahasa22.05.2008
Selamat sejahtera. Saya ingin bertanya penggunaan imbuhan/kata sendi yg betul dlm ayat di bawah ini. a. Dimintai @ diminta semua pelajar membawa .... b. Jauhi ubat nyamuk dari @ daripada langsir itu. c. Ibu pejabat @ Pejabat ibu (Hukum DM) Sekian, ribuan terima kasih

Ayat/frasa yang betul ialah:

A. Diminta semua pelajar membawa ....

B. Jauhi ubat nyamuk daripada langsir itu. - merujuk punca

C. Ibu pejabat - kekecualian Hukum D-M kerana kebiasaan dalam penggunaan sama seperti perdana menteri.

Tatabahasa20.04.2010
tuan, adakah aedes mesti ditulis dalam huruf besar dalam karangan?Aedes atau nyamuk Aedes ialah kata nama khas dan ditulis dengan huruf besar.Ejaan03.08.2011
12

Kembali ke atas