Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nya.nyi] | ڽاڽي

Definisi : gubahan muzik yg dilagukan dgn suara: dr jauh terdengar ~ seorang gadis; peti ~ alat utk memainkan piring hitam; bernyanyi, menyanyi melagukan nyanyi, berlagu: maka biduanda yg baik suara pun ~lah; budak itu berlari-lari ke sekolah sambil menyanyi; menyanyikan melagukan (dgn nyanyi): Salmah ~ lagu itu; nyanyian nyanyi penyanyi orang yg menyanyi, tukang nyanyi, biduan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nya.nyi] | ڽاڽي

Definisi : , = nyanyian gubahan atau ciptaan muzik yg dilagukan dgn suara; bunyi atau suara yg berirama dan berlagu. bernyanyi, menyanyi melafazkan nyanyi; berlagu: Mari kita ~ beramai-ramai. menyanyikan me­lagukan sesuatu nyanyian: Siapa yg ~ lagu itu? Saya suka ~ lagu-lagu Melayu asli. penyanyi orang yg bernyanyi; tukang nyanyi; biduan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nyanyi
Kata Terbitan : bernyanyi, menyanyi, menyanyikan, nyanyian, penyanyi,

Puisi
 

Angin bukan sebarang angin,
     Angin menyusur daun kayu;
Nyanyi bukan sebarang nyanyi,
     Nyanyi menghibur hatiku rindu.


Lihat selanjutnya...(11)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara bernyanyi dan menyanyi?Bernyanyi sama maksud dengan menyanyi, iaitu melafazkan nyanyi.Makna21.08.2015
1. bernyanyi ATAU menyanyi. mana satu betul?Bernyanyi sama maksudnya dengan menyanyi, iaitu melagukan nyanyi atau berlagu.  Kedua-duanya boleh digunakan pada ayat yang sama.Istilah22.07.2014
tulisan jawi untuk : PUSAT LATIHAN NYAYISalam sejahtera,

PUSAT-ڤوست
LATIHAN-لاتيهن
NYANYI-ڽاڽي

Sekian, terima kasih.
Lain-lain30.04.2019
Salam sejahtera Tuan, Macam mana untuk merujuk kepada lagu atau bunyi yang seolah-olah masih kedengaran sungguhpun nyanyi itu sudah habis? Adakah 'baki lagu' itu sesuai digunakan untuk merujuk kepada keadaan sedemikian? Sekian, terima kasih.Untuk makluman tuan, dalam data kami tiada maklumat mengenai baki lagu. Frasa yang boleh digunakan ialah penghujung lagu.Tatabahasa24.09.2013
1. Yang mana betul? a) di hati atau dalam hati atau di dalam hati b) pertandingan menyanyi atau pertandingan nyanyi atau pertandingan nyanyian. c) pertandingan bercerita atau pertandingan cerita d) pertandingan perbahasan atau pertandingan bahas 2. Perasaan bimbang _________ emak kerana abang belum pulang walaupun hari sudah lewat malam. Apakah jawapan yang sesuai untuk diisikan ke dalam tempat kosong di atas?

1. Yang betul ialah a)  dalam hati  b) Pertandingan Nyanyian c) Pertandingan Bercerita  d) Pertandingan Bahas

2. Ayat tersebut tidak jelas, sepatutnya ayat tersebut adalah seperti berikut: Emak berasa bimbang kerana abang belum pulang walaupun hari sudah lewat malam.

Tatabahasa09.07.2009
1.perkataan luar biasa harus dieja rapat atau jauh? 2.adakah ayat- ayat di bawah betiul dari segi ejaan, imbuhan? -sambut baik nyanyi Negaraku di pawagam - Karim dinasihat berdialog dengan bekas pemimpin dahulu. - PM seru pegang 4 asas utama perpaduan1. Ejaan yang betul ialah luar biasa. 
2. Frasa yang betul ialah "...menyambut baik nyanyian Negaraku di pawagam" dan "Karim dinasihatkan oleh ... berdialog dengan bekas pemimpin dahulu" dan "PM menyeru rakyat memegang 4 asas utama perpaduan".
Tatabahasa24.04.2014
Apa perbezaan bernyanyi dan menyanyi? Dalam situasi yang bagaimana atau konteks perkataan bernyanyi dan menyanyi digunakan?Bernyanyi sama maksudnya dengan menyanyi, iaitu melagukan nyanyi atau berlagu.Tatabahasa25.02.2014
Rentetan soalan no.9: Bagaimana dengan vokal berganding & konsonan bergabung

Encik Badarul,

Vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi. Perkataan yang dieja dengan vokal berganding ialah kuih, buih, air dan laut. Konsonan bergabung dalam bahasa Melayu ialah gh, kh, ng, ny dan sy seperti dalam perkataan ghairah, khabar, nganga, nyanyi dan syarat.

 

Ejaan28.12.2010
Beza tepok dan tepuk serta penggunaannya dalam ayat

Perbezaan kata tepok dan tepuk ialah maknanya. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) atau Pusat Rujukan Persuratan Melayu https://prpm.dbp.gov.my/ untuk memperoleh makna dan contoh penggunaan kata ini.

Misalnya bagi kata tepuk (ada homonim) dalam KDP:  
tepuk1

kata nama

1. perbuatan menamparkan kedua-dua tapak tangan supaya berbunyi:

Contoh: Maka dilangsungkanlah adat perkahwinan itu di tengah khalayak yang ramai dengan tepuk dan tempik sorak serta nyanyi-nyanyian.

2. bunyi yang terjadi kerana menamparkan kedua-dua tapak tangan:

Contoh:
a) Suara itu diiringi pula oleh ketawa dan tepuk budak-budak yang ramai di situ.
b) Memecahlah di tengah-tengah kesunyian itu tepuk orang amat riuhnya.

3. tamparan yang tidak kuat dengan tapak tangan:

Contoh: Amalan tepuk bantal sambil berniat untuk bangun awal pagi menjadi rutin neneknya.

4. tangkisan untuk menghindarkan serangan yang cuba mencederakan pesilat dalam seni pencak silat.

kata kerja transitif

5. lihat menepuk.

Makna12.01.2025
Selamat sejahtera kepada Tuan/Puan Soalan saya adalah mengenai apakah perkataan Bahasa Melayu yang paling sesuai yang boleh digunakan untuk menterjemahkan perkataan Bahasa Inggeris 'chanting / chant' (yang membawa masuk 'menyebut/mengucap sesuatu perkataan dan megulanginya berkali-kali'). Contohnya chanting the name of God. (to say/utter the name of God and repeat the name many times) Bolehkah saya menggunakan perkataan seperti 'mengucap & mengulangi'. Adakah terdapat satu perkataan yang paling sesuai untuk membawa maksud 'menyebut dan mengulanginya' seperti mana yang terdapat dalam bahasa Inggeris ('chanting') Bolehkah kita menggabungkan 2 perkataan menjadi satu seperti mengucap & mengulangi menjadi 'mengucap ulangi' atau 'mengucap ulang' dan sebagainya. Penjelasan dan khidmat nasihat daripada pihak anda amatlah dihargai. Kerjasama daripada anda didahului dengan rubuan terima kasih. Yang Benar, S. PonnusamyTerdapat beberapa padanan bahasa Melayu untuk "chant" dalam pangkalan data istilah DBP seperti yang berikut:

chant - canta (Huraian: Nyanyian monofoni yang terhad kepada beberapa pic sahaja dan berirama bebas, Canta biasanya dinyanyikan di gereja seawal Zaman Pertengahan dan juga merujuk kepada muzik jenis plainsong.(bidang Muzik)

chant - canta (Huraian: Nama umum untuk semua jenis lagu gereja.(bidang Kesenian)

chant - nyanyi puja (bidang Kesusasteraan)

Istilah27.06.2016
12

Kembali ke atas