Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nya.ris] | ڽاريس

Definisi : , nyaris-nyaris hampir (berlakunya sesuatu), cemas-cemas: barisan pertahanan mereka menjadi huru-hara sehingga ~ keselamatan panglima mereka terancam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nya.ris] | ڽاريس

Definisi : hampir-hampir terjadi; cemas-cemas: Dia ~ terjatuh ke dlm parit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nyaris

Puisi
 

Anak ikan anak angsa,
     Anak kala makan api;
Patuk tedung abang tak bisa,
     Jeling janda nyaris nak mati.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perkataan 'nyaris-nyaris' sama maksud dengan perkataan 'cemas-cemas'? Bolehkah perkataan 'nyaris'nyaris' dalam ayat 'Malek nyaris-nysris dilanggar sebuah kereta ketika mengayuh basikal ke sekolah' diganti dengan perkataan 'cemas-cemas'? Sekian.Dalam Kamus Dewan, nyaris-nyaris sama maksudnya dengan cemas-cemas. Oleh itu, salah satu daripada perkataan tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.Makna08.04.2013
Wujudkah perkataan "kenyarisan" dalam bahasa Melayu? Sy lihat ia diguna di Bahasa Indonesia. Pada hemat saya ia melebarkan maksud "nyaris" sebagai "noun".

Encik Zulhaidi,

Perkataan kenyarisan tidak ada dalam istilah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks bahasa Melayu, kata nyaris membawa maksud hampir (berlakunya sesuatu), cemas-cemas:  Contoh ayat;

Barisan pertahanan mereka menjadi huru-hara sehingga nyaris-nyaris keselamatan panglima mereka terancam.

 

Makna07.04.2009
Apakah perbezaan antara cemas, gemuruh dan gementar? Apakah maksud dalam Bahasa inggeris pula? Nervous, anxious? Ketiga-tiga perkataan mengelirukan saya.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, ketiga-tiganya mempunyai maksud yang berbeza, iaitu Cemas bermaksud 1. berasa takut dan risau (gelisah, bimbang), 2. cemas-cemas, hampir­hampir terjadi sesuatu, 3. nyaris-nyaris. Gemuruh pula bermaksud  1. bergemuruh berbunyi seperti guruh (bunyi kapal terbang, air terjun, dan lain-lain), 2. berdebar-debar hati (kerana ketakutan, berasa sangat bimbang, dan sebagainya), agak gementar. Manakala Gementar ialah gentar, menggigil (kerana ketakutan, demam, dan lain-lain).

Padanan terjemahan bagi Nervous ialah gementar. Manakala anxious ialah bimbang, risau, cemas, khuatir


 







Penyemakan dan penterjemahan12.03.2021
Tuan, "Muthu dan Ali _____tersesat di dalam hutan ketika mereka sedang mencari akar-akar kayu." Pilihan jawapan : A.sipi B. hampir C.dekat D.nyaris Adakah perkataan "hampir" dan "nyaris" boleh diisi di tempat kosong? Adakah penggunaan kedua-dua perkataan sama? Terima kasih.Jawapan yang betul ialah hampir/nyaris kerana kedua-duanya membawa maksud yang sama. Contoh dalam ayat: “Muthu dan Ali hampir/nyaris tersesat di dalam hutan ketika mereka sedang mencari akar kayu”.Tatabahasa07.06.2020
Adakah tajuk artikel ini silap atau betul?Penggunaan tajuk yang betul  dalam artikel ini ialah Lelaki nyaris maut melanggar pokok  atau  Lelaki nyaris maut terlanggar pokok.Tatabahasa04.02.2021
Seorang 'ulat bilik' berusia 31 tahun nyaris maut selepas ditikam oleh sekumpulan lelaki kerana cuba memonopoli semua bilik sebuah hotel di pusat peranginan Genting Highlands semalam. - Mstar online Apakah maksud 'ulat bilik' ? Terima kasih.Contoh penggunaan kata ulat yang  selalu digunakan dalam frasa ialah ulat buku yang bermaksud seseorang yang sangat rajin membaca buku. Manakala bagi contoh yang membawa maksud negatif ialah seseorang yang menjalankan kegiatan tidak mengikut peraturan yang betul seperti ulat teksi. Dalam contoh ayat yang diberikan, gambaran  ulat bilik  tidak ada dalam rujukan kami. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk mendapatkan maklumat lanjut.Makna03.09.2009

Kembali ke atas