Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nyiur] | ڽيور

Definisi : sj tumbuhan (palma dan buahnya), kelapa, Cocos nucifera; ~ bawang = ~ manis kelapa yg boleh dimakan dgn sabut-sabutnya; ~ bisu Kl orang tua yg pendiam tetapi berakal; ~ cungkilan = ~ sungkuran buah kelapa yg isinya baru hendak keras; ~ dara pohon kelapa yg belum berbuah; ~ gading a) pohon kelapa yg agak kekuning-kuningan warna pelepah dan buahnya (biasanya ditanam sbg perhiasan), Cocos plumosa; b) Kl anak gadis yg comel-comel (kesayangan ibu bapa); ~ ingusan buah kelapa yg baru hendak berisi; ~ kapal Kl nyiur yg berbatang kecil dan rendah; ~ koman Kl, ki orang yg tidak berguna kpd masyarakat; ~ masam Kl a) nyiur yg busuk kerana rosak; b) perempuan yg tidak berguna; apabila patah tumbuh ~ itu, tumbuh ~ juga akan gantinya prb ganti yg hilang itu mestilah yg sama pula; laksana ~, mumbang dibuat pincuk hendak menghilangkan kelat prb tidak boleh orang yg bukan bangsawan itu disuruh mengatur kedudukan orang besar-besar dlm sesuatu majlis; orang yg bertanam pokok ~, terkadang-kadang tiada makan buahnya prb orang yg menghimpun harta atau berbuat sesuatu itu adakalanya tidak mendapat faedah daripadanya; umpama memerah ~, santan diambil hampas dibuang prb mendengar perkataan orang hendaklah dipilih mana-mana yg baik dan benar, dan yg buruk dibuang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nyiur] | ڽيور

Definisi : nama sj pokok palma atau buahnya (buahnya bersabut dan bertempurung, dan isinya boleh dimakan); kelapa, Cocos nucifera. ~ gading kelapa yg keku­ning-kuningan warna pelepah dan warna buahnya, Cocos plumosa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nyiur

Puisi
 

Nyiur manis baru gugur,
     Dibawa nyonya keluar pagar;
Jasad menangis di pintu kubur,
     Menyesal di dunia tidak belajar.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Nyiur setandan tetapi berlain-lain jadinya.

Bermaksud :

Walaupun anak-anak itu daripada seibu sebapa tetapi tabiatnya jauh berbeza.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tolong cari maksud. Nyiur gadingSila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=nyiur+gading untuk mendapatkan maksud perkataan tersebut.Makna27.12.2012
Tolong cari maksud. Nyiur gadingSila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=nyiur+gading untuk mendapatkan maksud perkataan tersebut.Makna26.12.2012
mencari perkataan selaian (lorong dan denai) untuk digunakan ,yg memgambarkan suasana kampong lama

Sawah bendang,  pepohon nyiur, atap rumbia, wakaf, tok penghulu, perigi, jamung, manjung, dan banyak lagi. Saudara boleh merujuk KD4 pada entri yang berlabel sl (sastera lama).

 

Lain-lain05.10.2009
Apa beza antara "tuak" dan "todi"?Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, tuak bermaksud sejenis minuman keras yang dibuat daripada nira (kelapa, enau, dan lain-lain).  Todi pula bermaksud sejenis minuman yang memabukkan (dibuat daripada nira nyiur yang dimasamkan).Makna31.05.2012
Salam. saja ingin ajukan pertanyaan tentang: adakah unta betina boleh berkolokasi dengan perawan atau dara. apakah perkataan yang sesuai bagi' unta betina yang muda (dara).Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, dara juga bermaksud sudah tiba (cukup) waktunya untuk bertelur (beranak, berbuah, dan sebagainya) seperti ayam dara dan nyiur dara.

Unta dara boleh digunakan bagi menunjukkan unta betina yang muda.
Tatabahasa12.01.2013
Pemancing itu .........(menyentak/menarik/merentap/merenggut) kailnya apabila umpan kailnya diragut ikan. Pilihan jawapan yang mana satu yang paling tepat kerana apabila saya merujuk kamus maksud kesemua perkataan berkenaan hampir sama terutama menyentak/ merentap dan merenggut. Terima kasih.

Saudara,

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat:

Menyentak bermaksud menarik kuat-kuat, merengkuh, merenggut: di­sentak-nya nyiur gading dr mulut ular itu dgn tangan kiri; 2. menarik dgn pantas (keris, pedang, dll), mencabut, menyendal: maka Terung Pipit disentaknyalah keris panjang, dilambungnya naik ke perahu; 3. menarik (mengecut, mengendur) dgn tiba-tiba: mesti-lah ada sebab otot itu ~ semasa tersentuh pd tembaga atau besi

Menarik pula membawa maksud 1. menghela supaya bergerak ke arah diri sendiri (maju ke hadapan, keluar, tercabut, dll), menyentak, menyeret: ~ perahu ke darat;

Merentap bermaksud menarik dgn paksa atau ke­kerasan, menyentak, merenggut: dgn marah, ia ~ tangan gadis itu;

Manakala, merenggut didefinasikan sebagai 1. menarik (mengambil, mencabut, menyentak, merebut) dgn ke­kerasan, merampas: perompak itu ~ beg dr tangannya; Ratna dgn tiba-tiba ~ surat khabar yg sedang dibaca Mansor; 2. meraih, merengkuh: ~ dayung; ~ kaki menarik-narik kaki, hampir mati.

Seperti yang diterangkan oleh saudara, ketiga-tiga perkataan iaitu menyentak, merentap dan merenggut  memiliki maksud yang hampir sama, jadi ketiga-tiga perkataan tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.

Tatabahasa05.08.2012

Kembali ke atas