Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) pohon kelapa yg agak kekuning-kuningan warna pelepah dan buahnya (biasanya ditanam sbg perhiasan), Cocos plumosa; b) Kl anak gadis yg comel-comel (kesayangan ibu bapa); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kelapa yg keku­ning-kuningan warna pelepah dan warna buahnya, Cocos plumosa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nyiur gading

Puisi
 

Nyiur gading puncak mahligai,
     Sayang ketupat berisi inti;
Hancur daging tulang berkecai,
     Kasih sayang sampai ke mati.


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tolong cari maksud. Nyiur gadingSila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=nyiur+gading untuk mendapatkan maksud perkataan tersebut.Makna27.12.2012
Tolong cari maksud. Nyiur gadingSila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=nyiur+gading untuk mendapatkan maksud perkataan tersebut.Makna26.12.2012
Assalamualaikum....saya nak tau makna bagi 'nyiur gading puncak mahligai' Boleh saya tau dimana / dengan siapa saya boleh rujuk? Terima kasihTidak ada maklumat tentang ungkapan tersebut dalam pangkalan data kami. Ungkapan dalam lagu terhasil daripada kreativiti penulisnya sendiri, hanya dia yang mengetahui maksud sebenar yang hendak disampaikan.Makna24.03.2015
Pemancing itu .........(menyentak/menarik/merentap/merenggut) kailnya apabila umpan kailnya diragut ikan. Pilihan jawapan yang mana satu yang paling tepat kerana apabila saya merujuk kamus maksud kesemua perkataan berkenaan hampir sama terutama menyentak/ merentap dan merenggut. Terima kasih.

Saudara,

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat:

Menyentak bermaksud menarik kuat-kuat, merengkuh, merenggut: di­sentak-nya nyiur gading dr mulut ular itu dgn tangan kiri; 2. menarik dgn pantas (keris, pedang, dll), mencabut, menyendal: maka Terung Pipit disentaknyalah keris panjang, dilambungnya naik ke perahu; 3. menarik (mengecut, mengendur) dgn tiba-tiba: mesti-lah ada sebab otot itu ~ semasa tersentuh pd tembaga atau besi

Menarik pula membawa maksud 1. menghela supaya bergerak ke arah diri sendiri (maju ke hadapan, keluar, tercabut, dll), menyentak, menyeret: ~ perahu ke darat;

Merentap bermaksud menarik dgn paksa atau ke­kerasan, menyentak, merenggut: dgn marah, ia ~ tangan gadis itu;

Manakala, merenggut didefinasikan sebagai 1. menarik (mengambil, mencabut, menyentak, merebut) dgn ke­kerasan, merampas: perompak itu ~ beg dr tangannya; Ratna dgn tiba-tiba ~ surat khabar yg sedang dibaca Mansor; 2. meraih, merengkuh: ~ dayung; ~ kaki menarik-narik kaki, hampir mati.

Seperti yang diterangkan oleh saudara, ketiga-tiga perkataan iaitu menyentak, merentap dan merenggut  memiliki maksud yang hampir sama, jadi ketiga-tiga perkataan tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.

Tatabahasa05.08.2012

Kembali ke atas