Mana kesalahan bagi ayat II dan III? | Ayat II yang betul ialah “ Jenifer memperagakan baju tradisional kaum Iban semasa sambutan Hari Kebudayaan di sekolahnya.”<o:p>o:p> Ayat III yang betul ialah “Dayang mengunjungi Festival Tari dan Lagu Asli bersama-sama keluarganya.”<o:p>o:p> Untuk maklumat lanjut mengenai ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 432-575.<o:p>o:p> | Tatabahasa | 10.10.2024 |
Salam, ayat yang manakah betul? 1. Tukar/Tukarkan pecahan kepada peratus. 2. Lukis/Lukiskan graf pada ruang jawapan. 3. Tulis/Tuliskan jawapan yang betul. 4. Ramal/Ramalkan isi padu air di dalam bekas. 5. Isi/Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul. Boleh terangkan penggunaan imbuhan akhiran-kan? Terima kasih. | Semua ayat tersebut betul:<o:p>o:p> 1. Tukar/Tukarkan pecahan kepada peratus. <o:p>o:p> 2. Lukis/Lukiskan graf pada ruang jawapan. <o:p>o:p> 3. Tulis/Tuliskan jawapan yang betul. <o:p>o:p> 4. Ramal/Ramalkan isi padu air di dalam bekas. <o:p>o:p> 5. Isi/Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.<o:p>o:p> Semua golongan kata utama, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan beberapa jenis kata tugas boleh bergabung dengan akhiran -kan untuk membentuk kata kerja. <o:p>o:p> Contohnya: <o:p>o:p> i. kata nama - bukukan, pasarkan, dirikan; <o:p>o:p> ii. kata kerja transitif - bacakan, belikan, masakkan; <o:p>o:p> iii. kata kerja tak transitif - lahirkan, tidurkan, terbangkan;<o:p>o:p> iv. kata adjektif - panjangkan, besarkan; <o:p>o:p> v. kata tugas - sudahkan, sertakan. Akhiran - kan boleh juga hadir dalam ayat dengan beberapa imbuhan lain, iaitu meN-...-kan, beR-...-kan, mempeR-...-kan, di-...-kan, dan dipeR-...-kan. <o:p>o:p> Akhiran –kan juga merupakan salah satu daripada imbuhan yang membentuk kata kerja transitif. <o:p>o:p> Terdapat dua pengertian khusus yang dikaitkan dengan penggunaan akhiran –kan, iaitu: (i) memberi pengertian kausatif atau menyebabkan jadi, contohnya: buku-bukukan (menyebabkan jadi buku) waris-wariskan, panjang-panjangkan. (ii) memberikan pengertian benefaktif atau melakukan sesuatu untuk manfaat orang lain, contohnya: beli-belikan (membelikan untuk orang lain), masak-masakkan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 183 - 186. <o:p>o:p> | Lain-lain | 23.10.2023 |
Ayat-ayat yg berikut manakah betul mengenai penggunaan kata ganda separa tunggal? Tolong terangkan. Terima kasih. (1)tetamu I Tetamu-tetamu II Kedua-dua orang tetamu III Kedua-dua orang tetamu-tetamu IV Banyak tetamu (2)kekuda I Kekuda-kekuda II Empat batang kekuda III Banyak kekuda (3)tetulang I Tetulang-tetulang II Banyak tetulang III Dua batang tetulang besi (4)jejentik I Terdpt banyak jejentik / jentik-jentik di dlm akuarium II Banyak jentik III Jejentik-jejentik IV Sekumpulan jejentik / jentik-jentik muncul di dalam kolam V Sekumpulan jejentik-jejentik (5)sesiku I Sesiku-sesiku II Banyak sesiku III Dua batang sesiku L (6)kekabu I Banyak pokok kekabu II Kekabu-kekabu III Lima batang pokok kekabu (7)tetupai I Dua buah tetupai II Tetupai-tetupai III Banyak tetupai (9)lelangit I Banyak lelangit II Lelangit-lelangit III Lelangit rekah (10)lelayang I Banyak lelayang / layang-layang II Lelayang-lelayang III Dua lelayang / layang-layang bertebangan (11)lelabi I Banyak lelabi II Lelabi-lelabi III Menangkap seekor lelabi / labi-labi (12)pepijat I Dua ekor pepijat tilam II Pepijat-pepijat tilam III Banyak pepijat tilam (13)rerama I Banyak rerama / rama-rama bertebangan II Rerama-rerama III Dua ekor rerama / rama-rama IV Rerama-rerama | Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh terdiri daripada kata tunggal atau kata terbitan. <o:p>o:p> Contoh Penggandaan Separa Kata Tunggal: laki - lelaki pohon - pepohon gelang - gegelang tikus - tetikus siku - sesiku Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau sila layari laman web PRPM.<o:p>o:p> | Tatabahasa | 21.01.2022 |
Mengapakah kesalahan penggunaan huruf besar dan huruf kecil dikategorikan sebagai kesalahan ejaan? | Tuan boleh merujuk buku terbitan DBP untuk maklumat lanjut, seperti:<o:p>o:p> (i) Modul Tatabahasa dan Asas Penulisan Dokumen Rasmi<o:p>o:p> (ii) Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu<o:p>o:p> (iii) Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga <o:p>o:p> (iv) Gaya Dewan Edisi Keempat<o:p>o:p> (v) Kamus Dewan Perdana<o:p>o:p> (vi) Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu Edisi Baharu<o:p>o:p> <o:p>o:p> | Tatabahasa | 16.05.2025 |
Salam sejahtera tuan dan puan. Saya ingin bertanyakan beberapa jenis soalan tentang pola ayat. Bolehkah tuan dan puan memberikan penjelasan kepada saya? 1. Abang saya berasal dari Kuala Lumpur. Pola Ayat: FN + FK atau FN + FS? 2. Saya suka melukis gambar pemandangan. Pola Ayat: FN + FA atau FN + FK? 3. Cahaya dari rumah itu hanya melalui lampu minyak. Pola Ayat: FN + FK? Bolehkah tuan dan puan memberikan penjelasan tentang jawaban kepada saya? Saya ingin mengucapkan terima kasih atas bantuan tersebut. | <o:p> o:p> 1. Abang saya berasal dari Kuala Lumpur. (FN + FS)<o:p>o:p> <o:p> o:p> Abang saya berasal – FN<o:p>o:p> dari Kuala Lumpur – FS<o:p>o:p> <o:p> o:p> <o:p> o:p> 2. Saya suka melukis gambar pemandangan. (FN + FK)<o:p>o:p> <o:p> o:p> Saya – FN<o:p>o:p> suka melukis gambar pemandangan – FK<o:p>o:p> <o:p> o:p> 3. Cahaya dari rumah itu hanya melalui lampu minyak. (FN + FS)<o:p>o:p> <o:p>o:p> Cahaya – FN<o:p>o:p> dari rumah itu hanya melalui lampu minyak – FS<o:p>o:p> <o:p> o:p> Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku terbitan DBP seperti yang berikut:<o:p>o:p> (i) Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), halaman 431 – 440<o:p>o:p> (ii) Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah Binaan Ayat (DBP, 2015)<o:p>o:p> (iii) Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Menengah Jilid 1 – 3 (DBP, 2016)<o:p>o:p> | Tatabahasa | 12.06.2025 |
Adalah sukar untuk mengatasi masalah berita palsu pada masa ini. Adakah boleh perkataan "adalah" duduk di hadapan ayat dan kemukakan sebab. | Kata pemeri adalah digunakan untuk:<o:p>o:p> i. menerangkan subjek dengan predikat yang terdiri daripada frasa adjektif atau frasa sendi nama dalam ayat bagi menghuraikan subjek atau menekankan predikat.<o:p>o:p> ii. menghubungkan ayat dengan wacana sebelumnya.<o:p>o:p> iii. menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. <o:p>o:p> <o:p> o:p> Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 263 hingga 264, kata pemeri adalah tidak digunakan pada permulaan ayat. <o:p>o:p> <o:p> o:p> Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), halaman 11.<o:p>o:p> | Tatabahasa | 05.05.2025 |
Penterjemahan perkataan saintifik kepada nahasa melayu, sperti napthaldehyde aldol condensation, alkoxynapthaldehyde, enolate, hydoxyphenyl, acetophenone, decoxynapthaldehyde Penterjemahan perkataan cooperated | Padanan bahasa Melayu untuk istilah yang diberikan adalah seperti yang berikut: i. napthaldehyde aldol condensation – pemeluwapan aldol <o:p>o:p>naftaldehid ii. alkoxynapthaldehyde - alkoksinaftaldehid<o:p>o:p> iii. enolate - enolat<o:p>o:p> iv. hydoxyphenyl - tidak ada dalam pangkalan data kami. Istilah yang ada ialah hydroxyphenyl dan padanan bahasa Melayunya ialah hidroksifenil v. acetophenone - asetofenon<o:p>o:p> vi. decoxynapthaldehyde - dekoksinaftaldehid<o:p>o:p> | Istilah | 09.05.2013 |
Bagaimanakah saya dapat melihat semula semua bantuan tentang bahasa yang sebelum ini saya dapat lihat di PRPM? | Salam sejahtera, Dokumentasi Soalan dan Jawapan dalam Khidmat Nasihat DBP<o:p>o:p> Masuk melalui pautan http://kndbp.dbp.gov.my/ <o:p>o:p> Log in Masuk Log Masuk Individu (masukkan e-mel) Sekiranya ingin melihat soalan yang kerap ditanya:<o:p>o:p> i. Pada bahagian kiri tekan FAQ (Soalan kerap ditanya) - gambar seperti pada lampiran (i) Sekiranya ingin melihat soalan yang pernah ditanya: <o:p>o:p> ii. Pada bahagian atas tekan Rekod Pertanyaan - gambar seperti pada lampiran (ii) <o:p>o:p> Sekiranya ingin melibat perkataan dalam PRPM <o:p>o:p> iii. Masuk melalui pautan https://prpm.dbp.gov.my/ a. Taip perkataan yang ingin dicari b. Tekan pada kiri (Khidmat Nasihat) - gambar seperti pada lampiran (b) Paparan soalan yang berkaitan swafoto yang pernah ditanyakan dalam Khidmat Nasihat DBP. gambar seperti pada lampiran (c) <o:p>o:p> i. Rak tempat menaruh barang-barang dan lain-lain. <o:p>o:p> ii. Kata (yang mendahului kata-kata lain) yang menyatakan ramai. <o:p>o:p> iii. Bahan kenyal dan kalis air daripada susu getah atau bahan sintetik, biasanya digunakan untuk membuat tayar, sarung tangan, bola dan lain-lain. <o:p>o:p> iv. “Paragraf”. <o:p>o:p> 2. “Pepara” bermaksud sejenis tumbuhan (rumpai), rumput sendayan, Rhynchospora corymbosa. 3. “Para-para” bermaksud “para”, iaitu rak tempat menaruh barang-barang dan lain-lain. <o:p>o:p> Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1617 dan 1670.<o:p>o:p> | Lain-lain | 18.05.2024 |
Apakah hari perkahwinan anda? Bilakah hari perkahwinan anda? Hari apakah mesyuarat diadakan? Hari bilakah mesyuarat diadakan? Mengapa penggunaan kata tanya berbeza anata dua perkara ini? Apakah waktu sekarang? | Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu, contohnya mengapa, berapa, bila dan bagaimana. Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Sekiranya dikedepankan kehadirannya dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel –kah. <o:p>o:p> Ayat tanya yang betul adalah seperti yang berikut:<o:p>o:p> (i)Hari perkahwinan anda bila ? atau Bilakah hari perkahwinan anda?<o:p>o:p> (ii)Mesyuarat diadakan bila? atau Bilakah mesyuarat diadakan?<o:p>o:p> <o:p> o:p> Ada tiga bentuk kata ganti nama yang digunakan juga sebagai kata tanya, iaitu apa, siapa dan mana, contohnya:<o:p>o:p> (i)Yang di dalam kotak itu apa? atau Apakah yang di dalam kotak itu?<o:p>o:p> (ii) Baju baharu saya mana? atau manakah baju baharu saya?<o:p>o:p> (iii) yang datang semalam siapa? Atau Siapakah yang datang semalam?<o:p>o:p> Jelasnya, kata tanya apa memerlukan jawapan nama benda, siapa memerlukan<o:p>o:p> jawapan nama orang dan mana memerlukan jawapan nama tempat. <o:p>o:p> | Tatabahasa | 24.02.2014 |