Tuan, saya ingin tahu penggunaan kata sendi yang tepat dalam ayat berikut: 1)Obesiti ialah pengumpulan lemak yang berlebihan dalam badan seseorang. atau 2) Obesiti ialah pengumpulan lemak yang berlebihan di dalam badan seseorang. Harap dapat penjelasan daripada tuan. Terima kasih | Obesiti ialah pengumpulan lemak yang berlebihan di dalam badan seseorang. Frasa sendi nama di dalam digunakan kerana badan mempunyai ruang fizikal yang boleh diketahui dengan jelas. | Tatabahasa | 30.05.2012 |
Mengapa 'obesiti' dan 'editor' tidak diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu? | Penggunaan istilah obesiti dan editor telah ditetapkan pada peringkat jawatankuasa istilah bidang yang berkaitan. Kedua-dua bentuk perkataan telah diterima pakai dalam kalangan pengguna. | Istilah | 05.02.2015 |
contoh ayat "masalah obesiti akan menyebabkan masalah di dalam badan" betulkah penggunaan 'di dalam' dalam ayat ini. | Ayat yang betul ialah "Masalah obesiti akan menyebabkan masalah kesihatan dalam badan." | Tatabahasa | 27.11.2013 |
Tuan, Ayat di bawah manakah adalah gramatis? 1. Ramai orang tidak sedar bahawa makan terlalu banyak mengakibatkan masalah obesiti. Atau 2. Banyak orang tidak sedar bahawa makan terlalu banyak mengakibatkan masalah obesiti. Terima kasih. | Kedua-dua ayat betul. | Tatabahasa | 27.08.2019 |