Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ob.jék] | اوبجيک

Definisi : (objék) 1. sesuatu yg dapat disentuh atau dilihat, benda, barang; 2. perkara yg menjadi tajuk atau pokok pembicaraan (tulisan, lukis­an, dll): mengapa hanya rupa wanita men­jadi ~ lukisan? 3. matlamat, sasaran, tujuan; ~ pembangunan sesuatu yg hendak (sedang) dibangunkan; 4. (Lin) penyambut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ob.jék] | اوبجيک

Definisi : /objék/ 1 perkara yg menjadi pokok atau tajuk sesuatu perbincangan dll; hal. 2 tujuan sesuatu tindakan dll; sasaran. 3 penderita dlm sesuatu ayat aktif; penyambut: Selepas kata kerja transitif, terdapat kata nama atau frasa nama yg bertugas sbg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata objek


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
contoh dan alasan frasa dua objek. objek tepat dan objek sipiDalam binaan ayat, objek yang mengikuti secara langsung kata kerja disebut objek tepat, sementara objek yang mengikuti objek tepat disebut objek sipi, contoh ayat: Hasnah membelikan Asri sebuah buku. Asri - objek tepat dan sebuah buku - objek sipi. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 195.Tatabahasa28.10.2010
Frasa : Ali mencarikan ayah sebuah rumah sewa (gramatis)?

Ayat 'Ali mencarikan ayah sebuah rumah sewa.' adalah gramatis. Ayat ini ialah ayat aktif transitif dengan dua objek. Objek yang mengikuti secara langsung kata kerja disebut objek tepat (ayah), sementara objek yang mengikuti objek tepat ialah objek sipi (sebuah rumah sewa). 

Tatabahasa04.07.2011
APAKAH PERBEZAAN ARKIB DAN MUZIUM?Arkib ialah tempat menyimpan naskhah-naskhah, rekod umum dan dokumen-dokumen sejarah sesebuah negara; manakala muzium ialah bangunan tempat menyimpan, memelihara, mengkaji, atau mempamerkan objek-objek yg mempunyai nilai sejarah, seni, saintifik, dsb. Berdasarkan makna dalam kamus perbezaan yang paling ketara ialah arkib menyimpan dokumen sejarah dalam bentuk teks dan tidak dipamerkan untuktontonanumum, tetapi muzium ialah bangunan khusus yang mempamerkan bahan-bahan sejarah.Makna13.08.2008
Bagaimana membezakan penggunaan apitan men..., men...i dan men...kan dalam ayat. Terdapat buku yang menerangkan penggunaannya berdasarkan status objek iaitu sama ada objek itu bergerak atau tidak bergerak dan objek bernyawa atau tidak bernyawa.Apitan meN...i  diikuti objek yang bernyawa, contohnya; Ayah mengirimi Ali surat, manakala apitan meN...kan diikuti objek yang tidak bernyawa, contohnya; Ayah mengirimkan surat kepada Ali. Dalam hal ini penggunaan apitan meN...i dan meN...kan akan menentukan objek yang mengikutinya sama ada objek bernyawa atau tidak bernyawa. Pada kelazimannya juga apitan meN...kan menunjukkan objek yang mengikutinya bergerak, contohnya; Ayah menaikkan tangga (tangga - objek bergerak), dan apitan meN...i menunjukkan objek yang mengikutinya itu tidak bergerak, contohnya Ayah menaiki tangga (tangga - tidak bergerak). Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 191 - 207. Tatabahasa06.04.2009
( tuan,inilah penerangan tuan sebelum ini.) 1. Ayah memberi wang sakukepada saya. 2. Ayah membeli sepasang sepatu untuk saya. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 194 - 196. apabila objek sipi asal (wang saku dansepasang sepatu) berubah kedudukannya selepas kata kerja dan menjadi objek yang baharu manakala objek tepat yang asal (saya) berpindah ke bahagian akhir ayat dan menerima kata sendi namakepada atau untuk, kata kerjanya tidak mengandungi -kan. ( tuan, bagaimana pula dengan soalan sejumlah RM50000 diberi kepada pesakit jantung yang akan menjalani pembedahan secepat mungkin.) diberi atau diberikan digunakan.

1. Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 392 di bawah tajuk 13.4.2 Frasa Kerja dengan Dua Objek. Perhatikan contoh ayat yang diberi:

74. Ahmad menghadiahkan buku kepada Ali.

75. Wanita itu membeli baju untuk anaknya.

Kedua-dua contoh ayat tersebut mempunyai dua objek (objek tepat dan objek sisi) dan kata sendi nama.  Tidak timbul isu perubahan kedudukan objek tepat dan objek sisi. 

2. Perkataan memberi dan memberikan merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan memberi hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala memberikan hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Diberi dan diberikan adalah bentuk pasif memberi dan memberikan. Oleh itu ayat "Sejumlah RM50000 diberi kepada pesakit jantung yang akan menjalani pembedahan secepat mungkin" adalah betul.

Tatabahasa20.07.2011
Ada berapakah objek dalam ayat "Abang membeli sebuah buku untuk adik". Adakah "adik" ialah objek sipi ?

Ada 2 objek:

1. Buku - objek tepat 

2. adik - objek sipi 

Tatabahasa07.04.2009
Tolong selesaikan kekeliruan ini:KK transitif dalam frasa 'membelikan Ahmad' dan 'membeli kasut' adalah tepat.pada fahaman saya kktr membelikan disertai objek yag bernyawa manakala kktr membeli untuk objek tidak bernyawa. Bagaimana pula antara 'memberi' dengan 'memberikan'.Kenapa memberikan Ahmad(objek bernyawa) dan memberi kasut(objek tidak bernyawa) salah pula? Tolong jelaskan kerana saya semakin pening kerana menentukan sama ada mahu menggunakan meN.... atau meN....kan.Frasa "membelikan Ahmad" ialah frasa kata kerja transitif yang membawa maksud benefaktif atau manfaat. Dalam hal ini ayat yang terbentuk memerlukan dua objek dan objek pertama ialah objek yang bernyawa. Manakala frasa "membeli kasut" ialah frasa kata kerja transitif yang membawa maksud melakukan sesuatu. Kata kerja berawalan meN- boleh terdiri daripada kata kerja aktif transitif dan kata kerja aktif tak transitif. Bagi perkataan memberi dan memberikan pula, perkataan 'memberi' digunakan untuk objek yang bernyawa, manakala perkataan 'memberikan' digunakan untuk objek yang tidak bernyawa. Hal ini sedemikian kerana aspek makna yang dibawa oleh kedua-dua perkataan tersebut. Memberi membawa maksud menyampaikan (sesuatu) kepada seseorang, manakala memberikan membawa maksud memberikan sesuatu. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan.Tatabahasa07.04.2012
Salam sejahtera Tuan/Puan, Sila mengesahkan ayat manakah yang gramatis: 1) Misalnya apabila kita mengukur berat sesuatu objek, kita sebenarnya mengukur magnitud daya graviti ke atas objek tersebut. 2) Apabila kita mengukur berat sesuatu objek misalnya, kita sebenarnya mengukur magnitud daya graviti ke atas objek tersebut. 3) Apabila kita mengukur berat sesuatu objek, kita sebenarnya mengukur magnitud daya graviti ke atas objek tersebut. Sekian, terima kasih. CKAyat yang gramatis ialah: Apabila kita mengukur berat sesuatu objek misalnya, kita sebenarnya mengukur magnitud daya graviti objek tersebut.Tatabahasa11.01.2012
Apakah perbezaan binaan Frasa Kerja tanpa objek dengan Frasa Kerja dengan objek.Contoh frasa kerja tanpa objek ialah Ali sedang tidur, manakala frasa kerja dengan objek ialah Saya menjawab surat itu. Untuk keterangan lanjut saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 385.Tatabahasa20.11.2009
Salam sejahtera, Tuan / Puan Bolehkah Tuan/Puan nyatakan ayat manakah yang betul? 1a) Cuba anda kenal pasti aplikasi kestabilan dalam situasi harian kita. 1b) Cuba anda kenal pastikan aplikasi kestabilan dalam situasi harian kita. 2a) Berat seluruh objek tertumpu di pusat graviti objek itu. 2b) Berat seluruh objek tertumpu pada pusat graviti objek itu. 3a) Objek menjadi tidak stabil apabila disokong di luar pusat graviti. 3b) Objek menjadi tidak stabil apabila disokong pada luar pusat graviti. Sekian, terima kasih. CK

Yang betul adalah seperti yang berikut:

12) Cuba anda kenal pasti aplikasi kestabilan dalam situasi harian kita.

2b) Berat seluruh objek tertumpu pada pusat graviti objek itu.

3b) Objek menjadi tidak stabil apabila disokong di luar pusat graviti.

Tatabahasa08.12.2011
12345678910...

Kembali ke atas