Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ob.jék.tif] | اوبجيکتيف

Definisi : (objéktif) 1. sesuatu yg khusus yg ingin dicapai, matlamat, tujuan; 2. berasaskan ke­nyataan atau fakta sebenar; 3. tidak di­kuasai atau dipengaruhi oleh perasaan atau pra­sangka sendiri; ujian ~ ujian (peperiksaan) yg menghendaki jawaban antara beberapa pilih­an dan markah yg diberikan tidak ber­gantung pd penilaian pemeriksa; berobjektifkan mempunyai sesuatu sbg objektif;mengobjektifkan menjadikan objektif; keobjektifan perihal objektif, objektiviti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ob.jék.tif] | اوبجيکتيف

Definisi : /objéktif/ 1 hanya mengenai hal atau pokok yg dibicarakan saja dan tidak termasuk pendapat atau prasangka sendiri. ujian ~ ujian yg dlm kertas soalannya terdapat jawapan dlm bentuk pilihan dan calon ujian dikehendaki menandai jawapan yg betul saja. 2 tujuan sesuatu perkara: Sebarang projek, sama ada kegiatan ekonomi atau kebudayaan, mestilah mempunyai ~ ke arah perpaduan kebangsaan. 3 sesuatu yg khusus yg ingin dicapai; matlamat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
objektif
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan faktual
( empiris, saintifik, sebenar, rasional, wajar, waras, berpatutan, tidak peribadi, tidak emosional, tanpa prasangka, saksama, adil, tidak berat sebelah, tidak memihak, berkecuali, )
(adjektif:)
Berantonim dengan subjektif

2. Bersinonim dengan tujuan
( matlamat, sasaran, bulan-bulan, sekip, kehendak, hajat, hasrat, niat, maksud, impian, cita-cita, harapan, misi, motif, destinasi, aspirasi, haluan., )
(kata nama:)



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah objektif pengurusan Islam.Objektif pengurusan Islam ialah melahirkan sistem kerja berteraskan nilai-nilai Islam, menghindari salah laku dalam pengurusan yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam, membentuk petugas yang amanah dan cekap, telus dan adil. Maklumat lanjut boleh diperoleh daripada pihak MAMPU, Jabatan Perdana Menteri.Makna17.10.2006
apakah perbezaan istilah matlamat dengan objektif?Matlamat dan objektif mempunyai makna yang sama, iaitu sesuatu yang hendak dicapai atau tujuan sesuatu yang khusus yang ingin dicapai.Makna20.01.2010
Manakah antara berikut adalah betul? a. Jawap semua soalan di dalam Kertas Jawapan Objektif. b. Jawap semua soalan pada Kertas Jawapan Objektif.Ayat yang betul ialah "Jawab semua soalan pada kertas jawapan objektif."Tatabahasa05.05.2024
apakah maksud matlamat dan objektifMatlamat ialah sesuatu yang hendak dicapai.Objektif ialah sesuatu yang khusus yang ingin dicapai; matlamat; tujuan. Kedua-duanya mempunyai maksud yang sama. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna11.07.2009
Antara susunan berikut mana yang betul? Visi, Misi, Falsafah dan Objektif atau Falsafah, LVisi, Misi dan Objektif jabatan

Susunan tersebut bergantung pada keutamaan sesebuah organisasi.

Lain-lain13.11.2025
apakah skop perniagaan dan objektif perniagaan? ulasan sukatan pembelajaran yang menjurus kepada bidang perniagaanPerniagaan ialah proses jual-beli antara dua pihak atau lebih. Objektif perniagaan umumnya ialah mendapatkan keuntungan, di samping memenuhi keperluan asas yang lain, serta sumbangan sosial. Berkenaan dengan sukatan perniagaan, sila berhubung dengan Fakulti Perniagaan di pusat pengajian tinggi.Makna14.02.2007
Selamat pagi, tuan/puan. Saya berharap tuan/puan dapat menjawab kemusykilan saya. I. Objektif penganjuran kursus ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dan penguasaan para peserta tentang kaedah atau teknik pembacaan pruf yang betul dan berkesan. 2. Objektif penganjuran kursus ini adalah meningkatkan kemahiran dan penguasaan para peserta tentang kaedah atau teknik pembacaan pruf yang betul dan berkesan. Yang manakah betul? Adakah perkataan "untuk" diperlukan? Adakah ia dianggap lewah? Terima kasih.

Ayat yang betul ialah “Objektif penganjuran kursus ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dan penguasaan peserta tentang teknik pembacaan pruf yang betul dan berkesan.”

 

Perkataan untuk diperlukan dalam ayat ini kerana perkataan ini berfungsi sebagai kata hubung keterangan tujuan yang menerangkan maksud bagi sesuatu perbuatan atau kejadian.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), halaman 497-519.

Tatabahasa24.09.2025
Adakah ayat majmuk mengalami proses peluasan? Dalam kerja kursus pelajar saya, objektif yang ditulis adalah seperti berikut: menghuraikan proses peluasan dalam ayat majmuk dan membuat rajah pohon untuk menganalisis ayat-ayat itu. Pertanyaan saya : Adakah penulisan objektif kajian itu betul?Peluasan boleh sahaja berlaku dalam mana-mana fungsi perkataan, makna atau ayat. Namun begitu, untuk mendapatkan jawapan yang tepat sila rujuk pihak yang berkaitan. Dalam hal ini guru di sekolah ialah orang yang tepat untuk dirujuk.Tatabahasa04.08.2015
1. DEFINISI PERBANKAN ELEKTRONIK 2. DEFINISI MISI, VISI DAN OBJEKTIF 3. ARTIKEL2 MENGENAI PERBANKAN ELEKTRONIKPerbankan elektronik bermaksud sistem perbankan yang sepenuhnya menggunakan komputer atau peralatan elektronik lain (bukan lagi secara manual), misi bermaksud tugas khusus yg dipertanggungjawabkan, visi bermaksud wawasan, objektif bermaksud tujuan atau matlamatMakna31.10.2007
Assalamualaikum, Saya berpandangan ayat ini kurang tepat : "Teknologi A adalah alat sokongan dan bantuan kepada pencapaian objektif dasar B". Mohon pandangan tuan. Terima kasih.Salam,

Ayat yang tepat: "Teknologi A ialah alat sokongan dan bantuan dalam pencapaian objektif dasar B".
Tatabahasa08.12.2015
1234567

Kembali ke atas