KKM ada Perkhidmatan 'Occupational Therapy'. Kalau diterjemah, mana satu yang betul Perkhidmatan Pemulihan Perubatan (Carakerja) atau Perkhidmatan Pemulihan Perubatan (Cara Kerja)? | Menurut data kami, dalam bidang perubatan, istilah untuk Occupational Therapy ialah Terapi Cara Kerja. Oleh itu, terjemahan yang sesuai ialah Perkhidmatan Terapi Cara Kerja. | Istilah | 06.03.2017 |
Terdapat tuntutan dari ahli-ahli untuk mencari istilah yang sebenar untuk Occupational Therapy. Buat masa kini Jawatan: Jurupulih Carakerja, Diploma/IJazah Jurupulih Carakerja, Kolej/fakulti Jurupulih Carakerja Adakah istilah yang digunakan ini bertepatan? Sekiranya ditukar kpd Terapi Carakerja bagaimana istilah ini boleh diguna untuk Kolej pengajian, Diploma/ijazah, dan nama jawatan. Bolehkah kami retain perkataan Occupational Therapy(Okupational Terapi??seperti Fisioterapi) dengan tidak dialih bahasa dalam semua keadaan diatas. Sekian terima kasih saya amat menghargai nasihat tuan | Istilah bahasa Inggeris yang betul ialah "occupational therapist" dan padanannya ialah jurupulih pekerjaan. | Istilah | 26.11.2009 |
Saya ingin mendapatkan pandangan perterjemahan nama persatuan dalam Bahasa Malaysia bagi Sabah Occupational Safety, Health and Environment Association (SOSHEA). | Persatuan Keselamatan Pekerjaan, Kesihatan dan Alam Sekitar | Makna | 26.03.2020 |