Apakah terjemahan yang sesuai bagi "certifying officer". Certifying officer dalam konteks ini adalah pegawai yang memastikan premis pemprosesan di bawah tanggungjawabnya adalah mematuhi perundangan | Untuk makluman belum ada istilah yang khusus untuk certifying officer. Walau bagaimanapun, istilah yang ada dalam pangkalan data kami ialah Certified Public Accountant (Akauntan Raya Bertauliah) dan Certified Midwife (Bidan Bertauliah). Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk Certifying Officer ialah Pegawai Pentauliah. | Istilah | 06.04.2011 |
Terjemahan "Desk Officer" ke Bahasa Melayu. Sama ada pegawai bertanggungjawab atau pegawai rujuk | Tidak ada padanan Bahasa Melayu untuk"Desk Officer " dalam data kami. Menurut carian kami "Desk Officer" merujuk kepada penyelia yang bertugas di balai polis yang bertanggungjawab memastikan keselamatan barangan berharga, menjaga bahan bukti dan lain-lain yang berkepentingan. Oleh itu, cadangan terjemahan yang sesuai ialah pegawai bertanggungjawab. | Makna | 24.04.2019 |
Chief Officer Aternative Distribution and Channel Support | Ketua Pegawai Pengeluaran Alternatif dan Sokongan Saluran | Lain-lain | 15.07.2008 |
CHIEF OPERATING OFFICER | KETUA PEGAWAI OPERASI | Istilah | 12.01.2011 |
Regimal Compliance Officer | Pegawai Pemantulan kawasan? | Lain-lain | 27.03.2007 |
Jawatan 'Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran' sekiranya diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris akan menjadi 'Assistant Environmental Health Officer' atau 'Environmental Health Assistant'? Sehingga kini, kami menggunakan Assistant Environmental Health Officer | Padanan yang tepat dalam bahasa Inggeris bagi nama jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran ialah "Assistant Environmental Health Officers". Untuk makluman, perkataan "officer" juga perlu diterjemahkan sebagai "pegawai" (Rujukan tambahan: Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia) | Lain-lain | 15.10.2020 |
Minta terjemahan berikut: Chief Business Officer Development Finance Business | Cadangan padanan perkataan “Chief Business Officer, Development Finance Business” ialah Ketua Pegawai Kewangan, Pembiayaan Pembangunan Perniagaan bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Makna | 07.08.2023 |
Terjemahan perkataan Officer In-Charge kepada bahasa Melayu | Istilah bahasa Melayu untuk officer-in-charge ialah pegawai penjaga. | Istilah | 01.02.2012 |
Apakah padanan bagi perkataan "compounding officer"? Adakah pegawai pengkompaun atau pegawai pekompaun. | Cadangan terjemahan bagi compounding officer ialah "pegawai pengkompaunan" | Makna | 29.03.2022 |
Minta terjemahan berikut: Chief Global Business Solutions Officer | Sila nyatakan konsep atau konteks penggunaan perkataan "Chief Global Business Solutions Officer" untuk mendapatkan padanan perkataan bahasa Melayu. | Makna | 31.05.2024 |