Pohon terjemahan yang sesuai bagi perkataan "offset". Berdasarkan carian, "offset" diterjemah sebagai "mengimbangi" dalam prpm. Walau bagaimanapun, penggunaan "offset" yang diingini adalah berkaitan pelepasan gas rumah kaca dan perkataan "mengimbangi" adalah tidak sesuai. "Offset" adalah bertujuan untuk mengurangkan pelelasan gas rumah kaca dengan beberapa cara termasuklah "reduction emission, mitigation". Mohon panduan perkataan yang bersesuaian untuk digunapakai. Apabila perkataan "ofset" ditaip untuk mendapatkan cadangan perkataan, terjemahan yang diberi mempunyai maksud yang berbeza dalam konteks yang diingini. | Padanan bagi istilah offset dalam bahasa Melayu ialah imbangan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam bidang Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG). | Istilah | 08.10.2025 |
Apa perkataan yang sesuai untuk offset press? | Padanan istilah dalam bahasa Melayu untuk perkataan offset press ialah pencetakan ofset. | Istilah | 08.12.2018 |