apakah bentuk kata dan golongan kata bagi perkataan oh? | Perkataan "Oh' merupakan kata seru untuk menyatakan rasa terkejut (hairan, kecewa). Bentuk katanya pula ialah kata tunggal. | Tatabahasa | 12.02.2013 |
Ayat yang manakah gramatis ? 1. Oh, rupa-rupanya Encik Borhan ! 2. Oh, Encik Borhan rupa-rupanya ! 3. Tiga orang murid sedang makan makanan di bawah pokok. 4. Tiga orang murid sedang minum minuman di kantin. Terima kasih. | Ayat yang gramatis: 1. Oh, rupa-rupanya Encik Borhan! 2. Oh, Encik Borhan rupa-rupanya! 3. Tiga orang murid sedang makan di bawah pokok. 4. Tiga orang murid sedang minum di kantin. | Tatabahasa | 29.02.2012 |
Mohon semakan terjemahan Oh no, I can’t believe that it is raining here again! Oh tidak, saya tak percaya hujan turun lagi di sini! | Kami hanya menyemak penggunaan kata dan ayat dalam Bahasa Melayu. Oh tidak, saya tidak percaya hujan turun lagi di sini! | Penyemakan dan penterjemahan | 07.11.2017 |
Nurislamuddin Saruddin oh...jika saya ingin emelkan artikel, saya perlu emelkan ke emel yang mana satu yang betul? sbb ada banyak saluran emel. sekian. | Terima kasih saudara. Sila layari laman sesawang DBP dan lihat panduan no telefon atau emel melalui rujukan Bahagian Majalah. Tuan boleh menelefon mana-mana pegawai berkenaan untuk mengetahui di mana artikel tuan sesuai diterbitkan. Jumlah majalah terbitan DBP ialah 12 majalah, iaitu Dewan Pelajar, Dewan Siswa, Dewan Sastera, Dewan Bahasa, Pelita Bahasa, Dewan Kosmik, Dewan Ekonomi, Dewan Masyarakat, Tunas Cipta, Dewan Bahasa dan Dewan Budaya. | Lain-lain | 16.01.2014 |
1. ( Eh / Oh ), payung yang kamu pakai ini kepunyaan kakak saya! Apakah jawapan yang sesuai tentang soalan ini ? Terima kasih. | 1. Eh, payung yang kamu pakai ini kepunyaan kakak saya! | Tatabahasa | 20.05.2011 |
(Oh , Eh) tidak sangka Sandra mahu menyertai pertandingan silat itu! Maaf saya ingin bertanya tentang jawapan tersebut adakah eh jawapan yang tepat? | Untuk makluman puan, eh ialah kata seru untuk menyatakan kehairanan (terkejut, terperanjat, dll) , manakala oh pula ialah kata seru untuk menyatakan terkejut (hairan, kecewa, menjadi yakin, dll). Oleh itu, kedua-duanya boleh digunakan kerana membawa maksud yang hampir sama. Puan boleh merujuk laman web http://prpm.dbp.gov.my/ untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 21.05.2020 |
APAKAH KATA SERU YANG SESUAI BAGI:- COMELNYA ADIK KAMU?ADAKAH BOLEH OH..TERIMA KASIH. | Puan Lynnie, Untuk makluman puan, kata seru ialah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan perasaan. Ia digunakan dalam ayat seru. Berkaitan dengan pertanyaan puan, kata seru amboi lazimnya digunakan untuk menyatakan perasaan kagum atau hairan. Oleh itu, ayat puan dibina seperti yang berikut: 1. Amboi, comelnya adik kamu! 2. Amboi, mahal sekali pakaian ini! Manakala, kata seru oh lazimnya digunakan untuk menyatakan perasaan kecewa, terkejut, hairan dan sebagainya . Misalnya; 1. Oh, sanggup engkau berbuat begitu! 2. Oh, baru aku teringat! 2. Oh, baru aku teringat! | Tatabahasa | 28.05.2009 |
Assalamualaikum, Ayat seru yang manakah betul? 1.Eh, di sini rupa-rupanya kamu berada! 2.Oh, disini rupa-rupanya kamu berada! | 1.Eh, di sini rupa-rupanya kamu berada! 2.Oh, disini rupa-rupanya kamu berada! Kedua-dua ayat ini betul. | Tatabahasa | 16.10.2012 |
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya untuk Kata Seru dimana kami mempunyai sedikit perbalahan pendapat: 4. “_______, rupa-rupanya kamulah yang merosakkan lukisanku selama ini!” kata Lim kepada Cheah. A. Ah B. Eh C. Oh D. Cis dimana jawapan yang kami persetujui ialah D.Cis, namun begitu terdapat beberapa sangkalan dimana mengatakan kata seru C.Oh juga boleh diterima kerana menggunakan perkataan (rupa-rupanya). Di harap pihak tuan dapat membantu kerana saya merupakan guru Matematik yang mengajar BM di SJKC dan berseorangan. Saya juga akan mendapatkan tunjuk ajar dari pensyarah BM di IPG berdekatan untuk masalah ini. Terima Kasih. | “_______, rupa-rupanya kamulah yang merosakkan lukisanku selama ini!” kata Lim kepada Cheah. A. Ah B. Eh C. Oh D. Cis dimana jawapan yang kami persetujui ialah D.Cis, namun begitu terdapat beberapa sangkalan dimana mengatakan kata seru C.Oh juga boleh diterima kerana menggunakan perkataan (rupa-rupanya). oh = sr kata utk menyatakan terkejut (hairan, kecewa, menjadi yakin, dll): ~, baru ini kau tahu!; ~! kata Ros terkejut; o II. cis = sr kata utk menyatakan perasaan marah (mencemuh, benci, dll); mengeciskan mencemuh, mengatakan cis (kpd): kerana perbuatan kau yg keji itu, nanti aku diciskan oleh orang di sini. Yang lebih tepat ialah kata seru 'cis'. | Tatabahasa | 13.10.2012 |
Tuan/Puan, 1. Perlukah kata pemeri 'ialah' digunakan untuk ayat-ayat berikut? (a) Aku ialah pemburu burung yang hebat. (b) Pantas berfikir, kelawar itu menjawab, "Oh, tapi aku bukan burung, aku ialah tikus." (c) "Oh, tapi aku bukan tikus," jawab kelawar. "Aku ialah kelawar." Kalau 'ialah' tidak perlu, mengapa? 2. Adakah penggunaan 'adalah' betul bagi ayat di bawah? Tikus yang bijiak itu berkata, "Apa yang aku ingin tahu adalah siapa yang berani untuk pergi dan mengikat loceng di leher kucing?" Harap tuan/puan boleh menjawab seawal yang boleh. Sekian. Terima kasih. | 1. Kata pemeri "ialah" boleh ada atau tiada dalam ayat tersebut. Sebagai kata pemeri "ialah" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. 2. Penggunaan yang gramatis dalam ayat tersebut "ialah" sesuai dengan fungsinya sebagai kata pemeri yang hadir sebelum frasa nama. | Tatabahasa | 03.08.2011 |