Tolong berikan contoh bagi dftong, vokal berganding, konsonan bergabung, dan digraf | Diftong ialah dua huruf vokal, iaitu ai, au, dan oi yang menghasilkan bunyi berangkap; contohnya pantai, pisau dan dodoi. Digraf ialah apabila dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi (ng, ny, sy); contohnya nganga, nyanyi dan syiling. | Tatabahasa | 26.12.2010 |
Selamat sejahtera. Terang tentang digraf dan diftong secara terperinici. Adakah diftong dibahagi dua iaitu, diftong dan bukan diftong? Bagaimana mengenali bukan diftong? Adakah "oi" termasuk dalam diftong? | Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny dan sy. Digraf juga disebut dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi dalam perkataan pandai, pulau dan amboi. Satu lagi bentuk yang hampir sama ialah vokal berganding, tetapi vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi contohnya kuih, buih, air dan laut. Untuk maklumat lanjut rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 20.02.2013 |
Adakah perkataan buai tergolong dalam diftong atau vokal berganding? | Buai merupakan vokal berganding sama dengan cuaca, muafakat, suasana. Diftong hanya ai, au dan oi. | Tatabahasa | 25.02.2013 |
assalam, boleh terangkan perbezaan di antara diftong dengan vokal berganding? Adakah (ATAU) termasuk dalam diftong, tq | Manakala vokal bergabung pula ialah dua huruf vokal yang berdiri secara terasing dan bukan satu bunyi tunggal. Vokal berganding yang dimaksudkan ialah ai, au, oi, ia, io, ea, eo, eu, ua dan ui. contoh perkataan ; puisi, gear, siuman, biak, maut. Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi. Atau merupakan diftong. Vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi. Perkataan yang dieja dengan vokal berganding ialah kuih, buih, air dan laut. | Tatabahasa | 01.02.2013 |
apakah yang dimaksudkan dengan 'bunyi diftong' | Diftong gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi. | Tatabahasa | 01.06.2011 |
bolehkah diftong diterima sebagai vokal berganding | Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi. Vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi. Vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi. Perkataan yang dieja dengan vokal berganding ialah kuih, buih, air dan laut. | Tatabahasa | 02.03.2013 |
Salam sejahtera. Apakah perbezaan antara diftong dan vokal berganding? Terima kasih. | Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi dalam perkataan pandai, pulau dan amboi. Vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi. Perkataan yang dieja dengan vokal berganding ialah kuih, buih, air dan laut. | Tatabahasa | 06.03.2013 |
apakah perbezaan antara diftong dan vokal berganding. | Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi dalam perkataan pandai, pulau dan amboi. Vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi. Perkataan yang dieja dengan vokal berganding ialah kuih, buih, air dan laut. | Tatabahasa | 20.02.2013 |
a.)Apakah perbezaan diftong dan vokal berganding? b) perkataan 'kuih' dan 'kaloi' mempunyai berapa suku kata? Terima kasih. | Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi. Vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi. Perkataan yang dieja dengan vokal berganding ialah kuih, buih, air dan laut. Kuih dan kaloi mempunyai dua suku kata. | Tatabahasa | 02.02.2013 |
Apakah yang dimaksudkan denagn 'digraf' dan 'diftong'? Harap tuan dapat berikan contoh perkataan. Terima kasih. | Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi (seperti ng, ny, sy), atau disebut juga dwihuruf, dwilambang dan huruf rangkap; manakala diftong ialah dua huruf vokal spt ai, au, dan oi yang menghasilkan bunyi berangkap dan puncak kenyaringannya jatuh pada vokal pertama (seperti pantai, pulau dan amboi). | Tatabahasa | 17.03.2010 |