OK | Sila layari http://dbpsahbahasa.my/ untuk penyemakan dan pengesahan iklan. | Lain-lain | 20.11.2018 |
Pengujian | OK | Makna | 11.11.2010 |
Dia menyikat rambut dengan kemas. Dia menajamkan pensel dengan tajam. Adakah penggunaan 'dengan' dalam ayat-ayat di atas OK? TK. | Dalam ayat-ayat di atas OK? TK. Dalam ayat pertama dengan menunjukkan alat yang digunakan untuk menyikat rambut manakala dalam ayat kedua tajam menunjukkan cara bagaimana pensel diasah - tajam. | Makna | 07.11.2006 |
pengujian jenis komunikasi = kunjungan peribadi oleh rajabi pada 5/6/2014 | ok tiada masalah | Lain-lain | 05.06.2014 |
Slm. Minta pengesahan bahasa untuk ayat di bawah: 1) Bagaimanakah strawberi bertumbuh/membesar? 2)Nenek tak apa-apa kah? (atau bolehkah guna "Nenek ok kah?" dalam ayat BM. TQ | Waalaikumsalam. Ayat yang betul ialah: 1) Bagaimanakah strawberi membesar? 2) Nenek sihatkah? Atau "Bagaimanakah keadaan nenek?" | Tatabahasa | 28.05.2015 |
terima kasih ttg jawapan no pendaftaran 23155/2016 jadi maksudnya papan iklan tu saya kena letak ayat RESTORAN ye? Ayat CHEF IN ACTION TWO tu ok ke? | Sila letak perkataan RESTORAN di bahagian atas dalam visual dan hantar semula untuk pengesahan. Nam restoran CHEF IN ACTION TWO boleh dikekalkan kerana sama dengan nama syarikat yang didaftarkan. | Lain-lain | 06.06.2016 |
Ina Daud Oct 30th, 10:00am Saya nak share sikit.. rasanya elok untuk penambahbaikan di DBP. Saya mengikuti program Teater utk anak saya di Dewan Teater DBP.Semua ok tp apa yg saya ralatkan ialah tiadanya kemudahan surau untuk orang awam atau peserta program sepanjang hari minggu sabtu dan ahad kerana surau hanya akan dibuka pada hari bekerja. Jadi, tiada tempat untuk solat disana. Diharap pihak Tuan dapat memberi perhatian kepada perkara besar seperti ini atau ada saluran lain yang saya boleh isukan hal ini? Terima Kasih | Terima kasih atas makluman dan cadangan tuan. Untuk makluman tuan, surau di Aras 5 boleh digunakan dengan memaklumkan terlebih dahulu kepada pengawal keselamatan di Kaunter Pengawal bagi tujuan keselamatan, selain prosedur keselamatan yang perlu dipatuhi. | Lain-lain | 30.10.2015 |
Salam, TBD menerangkan "kata komplemen" sbg menghubungkan {klausa utama} dengan [klausa komplemen/pelengkap]. 1) Guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin. 2) Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar. OK. Saya faham "klausa" terdiri dari subjek dan predikat. Berbanding dengan "frasa", "klausa" berupaya berdiri dengan sendiri, jika keadaan membenarkan. Dalam ayat-ayat 1) dan 2) di atas, saya tidak nampak "Guru itu menyatakan" dan "adalah tidak wajar" dlm bentuk subjek dan predikat. TK | Soalan saudara sedang disemak dan akan kami jawab dengan kadar segera. | Tatabahasa | 28.11.2011 |
Kami sedang membuat "edible garden" - ada sayuran dan buahan yang boleh dimakan. Apa perkataan sesuai untuk taman tersebut dalam BM? Laman sayur? tak sesuai, sebab ada buah bukan sayur. Taman dapur? ok tapi kwsn tu besar 15mx15m Taman makanan? tak sesuai Harap dapat menolong. TK | Cadangan kami Taman/Laman Buah-buahan dan Sayur-sayuran atau Taman/Laman Sihat. | Lain-lain | 09.11.2009 |
Salam Sejahtera DBP, Saya ingin mendapatkan penjelasan tentang penggunaan perkataan "lah" di dalam Bahasa Malaysia. Setahu saya, penggunaan "lah" boleh dikatakan sebagai bahasa tidak rasmi dan tidak diiktiraf semasa acara / percakapan rasmi. Dan, adakah perkataan "Ok" boleh digunakan di dalam Bahasa Malaysia? | Dalam Kamus Dewan kata Lah ditakrifkan sebagai partikel atau kata tugas yang digunakan untuk menegaskan kata yang mendahuluinya serta terikat dengannya: seperti contoh ayat, Makanlah kuih itu, Janganlah kamu berasa segan. DalamĀ Bahasa Melayu, ejaan yang betul ialah okey. | Tatabahasa | 20.09.2012 |