Dia menyikat rambut dengan kemas. Dia menajamkan pensel dengan tajam. Adakah penggunaan 'dengan' dalam ayat-ayat di atas OK? TK. | Dalam ayat-ayat di atas OK? TK. Dalam ayat pertama dengan menunjukkan alat yang digunakan untuk menyikat rambut manakala dalam ayat kedua tajam menunjukkan cara bagaimana pensel diasah - tajam. | Makna | 07.11.2006 |
Salam, TBD menerangkan "kata komplemen" sbg menghubungkan {klausa utama} dengan [klausa komplemen/pelengkap]. 1) Guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin. 2) Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar. OK. Saya faham "klausa" terdiri dari subjek dan predikat. Berbanding dengan "frasa", "klausa" berupaya berdiri dengan sendiri, jika keadaan membenarkan. Dalam ayat-ayat 1) dan 2) di atas, saya tidak nampak "Guru itu menyatakan" dan "adalah tidak wajar" dlm bentuk subjek dan predikat. TK | Soalan saudara sedang disemak dan akan kami jawab dengan kadar segera. | Tatabahasa | 28.11.2011 |
Kami sedang membuat "edible garden" - ada sayuran dan buahan yang boleh dimakan. Apa perkataan sesuai untuk taman tersebut dalam BM? Laman sayur? tak sesuai, sebab ada buah bukan sayur. Taman dapur? ok tapi kwsn tu besar 15mx15m Taman makanan? tak sesuai Harap dapat menolong. TK | Cadangan kami Taman/Laman Buah-buahan dan Sayur-sayuran atau Taman/Laman Sihat. | Lain-lain | 09.11.2009 |
Salam Sejahtera DBP, Saya ingin mendapatkan penjelasan tentang penggunaan perkataan "lah" di dalam Bahasa Malaysia. Setahu saya, penggunaan "lah" boleh dikatakan sebagai bahasa tidak rasmi dan tidak diiktiraf semasa acara / percakapan rasmi. Dan, adakah perkataan "Ok" boleh digunakan di dalam Bahasa Malaysia? | Dalam Kamus Dewan kata Lah ditakrifkan sebagai partikel atau kata tugas yang digunakan untuk menegaskan kata yang mendahuluinya serta terikat dengannya: seperti contoh ayat, Makanlah kuih itu, Janganlah kamu berasa segan. DalamĀ Bahasa Melayu, ejaan yang betul ialah okey. | Tatabahasa | 20.09.2012 |
Saya berminat menulis cerpen, dan telahpun siap satu cerpen. Adakah cara supaya saya boleh mendapatkan pendapat secara kritis bagaimana cara untuk memperbaiki karya saya supaya menjadi lebih baik dan menarik? Terutama dari segi gaya bahasa dan susunan cerita. Kerana setakat ini komen yang diberikan kepada saya lebih kepada ok, not bad, boleh tahan. Saya perlukan komen yang lebih kritis. Aspek mana yang boleh diperbaiki. Di mana kekurangan dan kelebihan karya saya. Untuk pengetahuan, saya banyak menggunakan dialog campuran BM-BI. Jadi konsep ceritanya tidaklah berunsur sastera. Harap maklum. Terima kasih. | Tidak ada khidmat untuk menyemak karya kreatif karya individu. Apa yang dapat kami bantu ialah memberikan beberapa panduan untuk menghasilkan karya yang baik, antaranya ialah: 1. Karya mengandungi pemikiran dan perasaan 2. Karya diolah dengan keindahan bahasa yang baik 3. Karya mempunyai nilai-nilai murni 4 Karya mampu merangsang pemikiran pembaca 5. Karya juga ditulis dalam bahasa Melayu yang baik dan betul Untuk maklumat, saudara boleh merujuk beberapa buah buku panduan penulisan yang telah diterbitkan oleh DBP. | Sastera | 20.07.2011 |