Istilah OKT merujuk kepada Orang Kena Tuduh dalam mahkamah. Apakah ianya perlu ditulis sebagai OKT ataupun O.K.T.? | OKT merupakan akronim bagi Orang Kena Tuduh. Oleh itu, ia perlu ditulis OKT sahaja tanpa titik. | Tatabahasa | 30.08.2007 |
"Di bawah tuduhan pertama, OKT telah didakwa..." atau "Bawah tuduhan pertama, OKT telah didakwa..."? Benarkah tatabahasa 'di bawah" atau patutkah saya menggunakan 'bawah' sahaja? | Ayat yang betul ialah “Di bawah tuduhan pertama, OKT telah didakwa ...” | Tatabahasa | 04.12.2023 |
salam tuan, Kenduri Bahasa Tahun 2010 akan diadakan pada 28 OKT 2010. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Mendeklamasikan sajak bertemakan Bahasa Jiwa Bangsa. masalah saya ialah mencari sajak balada yang hendak dideklamasikan pada hari berkenaan. Mohon kerjasama tuan. | Waalaikumusalam wbk. Sdr. boleh mendapatkan (merujuk/meminjam/membeli) buku antologi sajak yang bertemakan "Bahasa Jiwa Bangsa" sama ada melalui perpustakaan negeri/Perpustakaa Negara Malaysia/perpustakaan DBP (Pusat Dokumentasi Melayu) Ibu Pejabat/DBP Wilayah (Utara, Timur atau Selatan)/kedai-kedai buku yang berhampiran dengan tempat tinggal sdr. Sajak atau puisi yang bertemakan di atas boleh juga dirujuk melalui majalah terbitan DBP iaitu Dewan Sastera, Dewan Masyarakat atau Pelita Bahasa. Sekian dan selamat berjaya! Wassalam. | Lain-lain | 16.10.2010 |
Salam. soalan saya tentang penggunaan perkataan 'boleh' dan 'dapat' Pada jawapan pihak tuan yg bertarikh 30 okt 2014 menjelaskan bahawa terdapat perbezaan penggunaan perkataan 'boleh' dan 'dapat' tetapi pada jawapan pihak tuan yg bertarikh 18 mei 2016 menjelaskan bahawa perkataan'dapat' dan 'boleh' merujuk kepada maksud yang sama. Saya keliru dengan penjelasan tersebut. Harap pihak tuan dapat memberi pencerahan.. terima kasih. | Untuk makluman tuan, dapat dan boleh kedua-duanya membawa maksud yang sama dalam konteks komponen makna keupayaan, seperti Anaknya boleh berjalan dan Ahmad tidak dapat datang ke sekolah kerana demam. Walau bagaimanapun hanya kata bantu boleh digunakan dalam komponen makna keizinan seperti Kami tidak boleh bermain di luar kawasan perumahan. | Tatabahasa | 19.04.2017 |
berikutnya adalah visual banner kami , sekian terima kasih. | Pembetulan: 1. Diskaun hingga 2. 2 - 10 OKT. 2015 3. 10 pg. - 10.30 mlm. 4. Organized by - Dianjurkan oleh 5. Terjemahkan perkataan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu Setelah dibuat pembetulan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".
| Tatabahasa | 21.09.2015 |
Emiera Izzaty Ibrahim Oct 9th, 10:28pm Salam.. Admin,maaf mengganggu. Saya berminat dgn pertandingan berbalas pantun BBK pd 19 okt ni. Saya ingin tahu ttg details pertandingan, seperti format dan tema pantun. Harap pihak DBP dapat membantu kerana saya ingin daftarkan pasukan saya secepat mungkin | Untuk makluman puan, pelbagai kegiatan bersempena dengan BBK ini dianjurkan oleh pelbagai bahagian dan jabatan dan diurussetiakan oleh bahagian/jabatan berkenaan. Kami mencadangkan puan berhubung terus dengan urus setia acara berkenaan berdasarkan maklumat yang puan peroleh tentang pertandingan berbalas pantun pada 19 Oktober 2014. | Lain-lain | 09.10.2014 |
Salam sejahtera, bagaimana hendak menulis tarikh dengan betul? Contoh 24hb. Oktober, 2014. Tolong betulkan. terima kasih | Cara menulis tarikh dengan betul ialah 24 Oktober 2014 atau 24 Okt. 2014 | Lain-lain | 21.10.2014 |
Jika bahasa inggeris ada singkatan bagi bulan seperti Jan,Feb,Mar dan sebagainya, adakah terdapat singkatan bagi bulan dalam bahasa melayu? jika ada, bolehkah saya dapatkan dari bulan Januari sehingga Disember? | Tidak ada ketetapan khusus untuk singkatan ejaan bulan dalam bahasa Melayu. Namun singkatan ejaan nama bulan yang lazim digunakan adalah seperti yang berikut: JANUARI – JAN. FEBRUARI – FEB. SEPTEMBER – SEPT. OKTOBER – OKT. NOVEMBER – NOV. DISEMBER – DIS. Nama bulan selain daripada yang dinyatakan, dieja penuh tanpa singkatan. | Tatabahasa | 01.08.2024 |