yang manakah ejaan yang betul "jawap" atau "jawab" ? | <ol> Ejaan yang betul ialah "jawab". ol> | Ejaan | 29.03.2013 |
Salam ceria. Bagaimana hendak tahu karya yang dihantar kepada majalah DBP diterbitkan? Adakah akan ada makluman? Dan berkaitan bayaran, jika diterbitkan bila honorarium akan dapat? (dalam bulan karya diterbtkan atau selepas itu) | <ol> ol> | Lain-lain | 02.03.2018 |
Saya ingin bertanya berkaitan kedudukan tanda baca titik bertindih dalam situasi yang berikut: Contoh: i. Tarikh : 14 Jun 2021 Masa : 3:00 - 4:00 petang atau Tarikh: 14 Jun 2021 Masa: 3:00 - 4:00 petang Kedudukan tanda (/) i. Minit Mesyuarat Panitia Geografi Bil. 2/ 2021 (ada satu space selepas tanda /) ii. Minit Mesyuarat Panitia Geografi Bil.2/2021 (tanpa sebarang space selepas tanda /) | Penggunaan tanda titik bertindih yang betul: <ol> ol> Contoh: Tarikh: 14 Jun 2021, Masa: 3.00 - 4.00 petang (satu titik sahaja) Penggunaan tanda palang (/) yang betul: Contoh: Minit Mesyuarat Panitia Geografi Bil. 2/2021 (tiada jarak sebelum dan selepas tanda palang) | Ejaan | 14.06.2021 |
apakah pembetulan kesalahan bagi gambar di bawah | <ol> Perkataan yang sesuai bagi perkataan seiras-iras pada ayat tersebut ialah seakan-akan. Ayat yang betul ialah Semua pemain boleh ditukarkan pada bila-bila masa sahaja tanpa had. ol>
| Tatabahasa | 16.05.2023 |
ayat asal bagi majmuk gabungan bagi ayat Ipoh ialah ibu negeri dan pusat pentadbiran Perak Darul Ridzuan | <ol> Ipoh ialah ibu negeri Perak Darul Ridzuan. Ipoh ialah pusat pentadbiran Perak Darul Ridzuan. ol> | Tatabahasa | 12.09.2021 |
Bagaimanakah ayat asal bagi majmuk gabungan bagi ayat Ipoh ialah ibu negeri dan pusat pentadbiran Perak Darul Ridzuan | <ol> Ipoh ialah ibu negeri Perak Darul Ridzuan. Ipoh ialah pusat pentadbiran Perak Darul Ridzuan. ol> | Tatabahasa | 12.09.2021 |
ulaskan asal usul perkataan melayu | Mohon rujuk buku-buku yang disertakan bagi mendapatkan maklumat yang berkenaan. <ol start="1" style="list-style-type: decimal;"> "The Malay Civilization" oleh Mohd Arof Ishak - Penerbit: Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)
- Buku ini mengupas sejarah asal usul orang Melayu dari segi budaya, masyarakat, dan tamadun yang berkembang di Kepulauan Melayu.
ol> <ol start="2" style="list-style-type: decimal;"> "Tamadun Alam Melayu" oleh Mohd Yusoff Hashim - Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
- Buku ini menyelidiki tamadun dan asal usul masyarakat Melayu melalui kajian sejarah dan arkeologi.
ol> <ol start="3" style="list-style-type: decimal;"> "Sejarah Melayu" (Sulalatus Salatin) oleh Tun Sri Lanang - Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
- Versi lain mungkin diterbitkan oleh penerbit yang berbeza.
- Ini adalah salah satu naskhah klasik yang penting dalam memahami sejarah orang Melayu, walaupun ia lebih berbentuk hikayat, tetapi memberi gambaran tentang asal usul dan keagungan kerajaan-kerajaan Melayu.
ol> <ol start="4" style="list-style-type: decimal;"> "The Malays: Their Problems and Future" oleh Syed Husin Ali - Penerbit: The Other Press
- Buku ini mengkaji asal usul orang Melayu dari sudut pandang sosial, ekonomi, dan politik.
ol> <ol start="5" style="list-style-type: decimal;"> "Asal Usul Melayu: Menulis Semula Sejarahnya" oleh Mohd Arof Ishak - Penerbit: Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)
- Buku ini membincangkan teori-teori mengenai asal usul orang Melayu dan peranan mereka dalam perkembangan tamadun di rantau ini.
ol> | Penyelidikan | 08.09.2024 |
EJAAN TERKINI BAGI PERKATAAN BERIKUT : 1. WALAUBAGAIMANA PUN 2. KE12 3. KOLESTROL 4. BERTERIMAKASIH | Ejaan terkini bagi perkataan-perkatan berikut: <ol>Walau bagaimanapunke-12Kolesterol Berterima kasih ol> | Ejaan | 20.04.2011 |
Retorik pemikiran Melayu spt retorik Asmah Hj Omar. Cth retorik lain dlm penulisan Melayu? | Antara buku-buku berkaitan retorik yang boleh dijadikan rujukan ialah: <ol style="color: #000000; font-family: georgia; font-size: 16px;"> Retorik dan Pengajaran Bahasa Melayu oleh Asmah Haji Omar ol> Tahun Terbit: 1997,Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Retorik dalam pengajaran Bahasa Melayu, termasuk teknik komunikasi yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. <ol start="2" style="color: #000000; font-family: georgia; font-size: 16px;"> Retorik Melayu: Suatu Pengenalan oleh Mohd. Ali Hassan ol> Tahun Terbit: 2001, Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Pengenalan tentang retorik dalam budaya Melayu, membincangkan teknik- teknik berkomunikasi dalam konteks sosial dan budaya Melayu. <ol start="3" style="color: #000000; font-family: georgia; font-size: 16px;"> Retorik dan Estetika dalam Peribahasa Melayu oleh Zawawi Ismail ol> Tahun Terbit: 2005, Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Peribahasa Melayu sebagai salah satu bentuk retorik, serta bagaimana ia digunakan untuk menyampaikan mesej moral dan sosial dalam masyarakat Melayu. | Lain-lain | 13.02.2025 |
pertanyaan sebagaimana dalam fail yang disertakan | Penulisan ungkapan sapaan yang bersesuaian dalam memo atau surat rasmi ialah: <ol> Untuk makluman YBhg. Tan Sri/Datuk/tuan/puan, Untuk makluman tuan/puan, ol> Walau bagaimanapun, cara menulis ungkapan sapaan perlulah bersesuaian dengan konteks penggunaan dalam ayat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Modul Asas Tatabahasa dan Asas Penulisan Dokumen Rasmi (DBP, 2017), halaman 98 – 116 atau pangkalan data prpm.dbp.gov.my. | Tatabahasa | 28.04.2025 |