Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[o.lah.ra.ga] | اولهراݢ

Definisi : olahraga latihan atau sukan yg memerlukan kekuatan fizikal, ketangkasan atau stamina (mis berlari, melompat, dll); gedung ~ Id bangunan tempat diadakan olah­raga; lapangan ~ medan tempat olahraga di­adakan; berolahraga bergiat (mengambil bahagian) dlm olahraga: ~ menyihatkan badan; keolahragaan perihal olahraga; pengolahraga orang yg suka berolahraga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[o.lah.ra.ga] | اولهراݢ

Definisi : latihan gerak badan (spt be­renang, bermain bola) utk me­nyihatkan badan; sukan. berolah­raga melakukan latihan gerak badan (spt bermain bola); bersukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah kata majmuk yang penggunaannya yang telah dimantapkan digandakan ?Cthnya olahraga-olahraga ataupun kerjasama-kerjasama.Harap dapat membantu.

Penggunaan kata majmuk tidak perlu digandakan untuk menunjukkan banyak, jika perlu boleh digunakan perkataan banyak atau pelbagai.

Tatabahasa19.10.2009
Apakah perkataan lain untuk olahragaOlahraga bermaksud latihan atau sukan yg memerlukan kekuatan fizikal, ketangkasan atau stamina (mis berlari, melompat, dll).Makna05.09.2007
Antara berikut, yang manakah lebih tepat penggunaannya: - Kejohanan Sukan Olahraga Kali Yang Ke-3 - Kejohanan Sukan Olahraga Kali Ke-3 - Kejohanan Sukan Olahraga Yang Ke-3 - Kejohanan Sukan Olahraga Ke-3 Tolong beri raionalnya.Kesemuanya betul. Penggunaan 'kali yang' atau 'kali' hanya untuk menekankan 'ketiga' sahaja. Ayat/frasa tersebut masih boleh difahami walaupun frasa/kata tersebut tidak digunakan.Lain-lain06.10.2009
Olahraga atau olah raga?Ejaan yang betul ialah olahraga. Untuk mengetahui ejaan kata majmuk yang telah mantap, sila rujuk Tatabahasa Dewan edisi terkini.Tatabahasa10.12.2008
Sekolah masih menggunakan ejaan seperti SUKANTARA dan OLAHRAGA dalam penulisannya.Ada bentuk tersebut boleh diterima. Boleh atau tidak frasa MINIT MESYUARAT diganti dengan PERINGATAN MESYUARAT. Mana lebih tepat.Olahraga merupakan istilah yang betul manakala perkataan sukantara tidak terdapat dalam senarai istilah/kamus DBP. Minit mesyuarat  lebih tepat penggunaannya kerana minit merupakan  catatan tentang apa yang telah diperkatakan (dibincangkan) atau dipersetujui (dlm mesyuarat, perundingan, dll).   Terima kasih.Istilah14.02.2009
Salam, dalam sukan olahraga terdapat beberapa istilah Inggeris yang tiada padanan dalam bahasa Melayu. Berikut adalah beberapa istilah yang saya maksudkan: 1) Dip finish, 2) Split time, 3) Speedwork, 4) Staggered start, 5) World Indoor Championship. Untuk makluman pihak tuan, istilah-istilah yang telah saya senaraikan adalah berkenaan dengan bidang sukan terutamanya olahraga. Saya harap tuan dapat membantu saya mendapatkan padanan yang sesuai bagi istilah-istilah tersebut. Terima kasih atas bantuan pihak tuan.Untuk makluman, semua istilah yang dikemukakan belum ada dalam pangkalan data DBP. Sila kemukakan istilah tersebut kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapat padanan bahasa Melayu yang sesuai atau untuk dibincangkan dalam Jawatankuasa Istilah Semasa. Cadangan terjemahan untuk "World Indoor Championship" ialah Kejohanan Olahraga Dalaman Sedunia.Istilah09.10.2012
Salam. Ayat yang mana satu adalah betul. a. Apalah yang difikirkan oleh Ahmad itu. b. Diakah yang merangkul kejuaraan dalam pertandingan olahraga semalam?Ayat yang gramatis ialah:
a. Apatah yang difikirkan oleh Ahmad?
b. Diakah yang merangkul kejuaraan dalam pertandingan olahraga semalam?
Tatabahasa30.04.2013
Saya ingin tanya ayat berikut betul salah. Trofi Olahraga Terbaik saya gondol dalam kejohanan sukan daerah.Ayat tersebut betul penggunaan tatabahasa bahasa Melayu.Tatabahasa30.07.2013
saya mohom untuk mendapat kesemua senarai kata majmuk yang telah mantap.Terdapat lima belas kata majmuk yang telah mantap, suruhanjaya, setiausaha, olahraga, warganegara, antarabangsa, tanggungjawab, kakitangan, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, tandatangan, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu.Tatabahasa24.02.2013
Apakah nama khas bagi tempat penerimaan hadiah Johan, naib johan dan tempat ketiga bagi pemenang yang menerima pingat emas, perak dan gangsa dalam Kejohanan Olahraga / Sukan Tahunan Sekolah?platform pemenang , rostrum pemenang.Lain-lain13.05.2011
123456

Kembali ke atas