Saya membeli oleh-oleh ini untuk Faizal kerana semasa saya di Sabah, oleh-oleh ini mengingatkan saya akan dia. Adakah terdapat kesalaham pada ayat di atas? Mengingatkan saya akan dirinya? Atau mengingatkan saya akannya? | Frasa yang lebih tepat ialah ...oleh-oleh itu mengingatkan saya akan dirinya. | Tatabahasa | 05.03.2014 |
Apakah perbezaan penggunaan "dengan itu", "dengan demikian", "oleh itu", "oleh yang demikian" | Penanda wacana dengan itu, oleh hal yang demikian, dengan demikian, oleh itu merupakan penanda wacana penghubung musabab. Tiada perbezaan antara penanda wacana dalam jenis yang sama cuma kesesuaian penggunaan bergantung pada konteks ayat. Sila rujuk Tatabahasa Dewan halaman 527. | Tatabahasa | 30.10.2014 |
Salam sejahtera. Penggunaan(oleh itu, seterusnya) di bawah ini, mana satukah ayat diterima? Mengapa? 1. Kim anak orang kaya. Oleh itu, dia tidak ada masalah untuk membayar yuran persekolahan. 2. Kim anak orang kaya. Seterusnya, dia tidak ada masalah untuk membayar yuran persekolahan. | Ayat yang betul ialah ayat pertama kerana oleh itu merupakan penanda wacana penghubung musabab (sebab berlakunya sesuatu).
| Tatabahasa | 02.07.2017 |
Oleh itu pihak kami ingin memberi latihan mengendalian serta membuat penyerahan, pengujian dan pentauliahan pada 14hb October 2014 ini. (Betul ke ayat diatas ini?) | Oleh itu, pihak kami ingin memberi latihan pengendalian, penyerahan, pengujian dan pentauliahan pada 14 Oktober 2014 ini. | Tatabahasa | 07.10.2014 |
Bila boleh menggunakan "justeru" dan "oleh itu"? Bagi contoh ayat. | 1. "Justeru" membawa dua makna. 1. Justeru bermakna kebetulan, tepat, kena benar. Contohnya: Kenapa justeru sekarang ini engkau harus pergi?. 2. Makna kedua ialah malahan, bahkan. Contoh: "Sekali-kali tidak pernah saya mencaci dia, justeru saya puji dia". 2. "Oleh itu" merupakan penanda wacana penghubung musabab. Contoh: Oleh itu, guru disarankan agar mempersiapkan diri dengan ilmu psikologi untuk mendepani cabaran globalisasi dalam pendidikan.
| Tatabahasa | 04.09.2015 |
Bolehkah tanya penggunaan manakah yang betul? "Oleh itu," atau "Oleh sebab itu"? Terima kasih. | Oleh merupakan kata sendi nama. Biasanya selepas kata sendi nama hendaklah diikuti dengan kata nama. Penggunaan oleh itu atau oleh sebab itu boleh digunakan mengikut konteks ayat | Tatabahasa | 23.07.2019 |
assalamualaikum tuan/puan, saya ingin bertanya ayat "Oleh itu, disarankan agar guru mmpersiapkan diri dengan keilmuan psikologi untuk mendepani cabaran globalisasi dalam pendidikan". Adakah ayat ini tepat dan adakah perkataan disarankan agar sesuai digunakan atau hanya disaran agar sahaja? sekian, terima kasih. | Oleh itu, guru disarankan agar mempersiapkan diri dengan ilmu psikologi untuk mendepani cabaran globalisasi dalam pendidikan. | Tatabahasa | 14.04.2015 |
Assalamualaikum wbt. Saya ingin bertanya, apakah maksud sebenar 'menguji terima'. Ini seringkali digunakan dalam kontrak kerajaan di mana ianya tidak didefinisikan dalam kontrak itu sendiri. Oleh itu, orang sentiasa tertukar maksud 'menguji terima' dan 'menyelenggara'. Saya juga ingin bertanya apakah terjemahan terma ini di dalam bahasa Inggeris? Oleh itu, ingin meminta bantuan pihak Tuan/Puan untuk perkara ini. Sekian, terima kasih. | Waalaikumsalam, Untuk makluman tuan/puan perkataan/istilah “menguji terima” tidak terdapat dalam pangkalan data DBP , oleh itu, sila berikan ayat penuh atau istilah dalam bahasa Inggeris supaya pihak kami boleh memberikan konsep dan terjemahan yang betul dalam bahasa Melayu. | Istilah | 19.09.2018 |
Berita yang disampaikannya sungguh mengejutkan saya. ......, saya mencuba sedaya upaya untuk bertenang. * mana satu jawapan yang paling tepat. A) oleh itu B) justeru Diharap bagi penerangan untul jawapan. Sekian terima kasih. | Berita yang disampaikannya sungguh mengejutkan saya. Oleh itu, saya mencuba sedaya upaya untuk bertenang. Justeru bermaksud kebetulan atau malahan dan tidak sesuai digunakan dalam konteks yang tersebut. | Tatabahasa | 04.09.2015 |
Kebiasaannya, perkataan 'selain itu' dan 'oleh itu' digunakan pada permulaan ayat. Adakah ini penggunaan yang betul? Bagaimana pula dengan perkataan 'untuk' dan 'bagi'? Adakah boleh digunakan di permulaan ayat? | Perkataan "selain itu" dan "oleh itu" boleh digunakan pada permulaan ayat. Perkataan "bagi" dan "untuk" boleh digunakan pada permulaan ayat . Contoh: 1. Untuk siapakah hadiah itu? 2. Bagi kesejahteraan rakyat, dasar baharu itu dilaksanakan.
| Istilah | 22.04.2014 |