Adakah penggunaan "oleh kerana" dalam ayat berikut adalah betul: Oleh kerana itu pihak tuan dikehendaki mengemukakan dokumen tersebut. | Frasa yang betul ialah oleh sebab. Hal ini demikian kerana oleh ialah kata sendi nama yang mesti diikuti oleh kata nama atau frasa nama, sedangkan kerana bukan kata nama tetapi kata hubung keterangan. Penggunaan oleh yang diikuti dengan kerana dalam ungkapan oleh kerana untuk menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab merupakan penggunaan yang salah. | Tatabahasa | 04.12.2012 |
oleh kerana atau oleh sebab? | Ungkapan yang betul ialah oleh sebab. Ini disebabkan oleh merupakan kata sendi nama yang mesti diikuti oleh kata nama atau frasa nama, sedangkan kerana bukan kata nama tetapi kata hubung keterangan. Penggunaan oleh yang diikuti dengan kerana dalam ungkapan oleh kerana untuk menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab merupakan penggunaan yang salah. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 284. | Tatabahasa | 17.10.2013 |
apakah perbezaan perkataan oleh sebab dan oleh kerana? adakah penggunaan oleh sebab boleh digunakan | 'Oleh' merupakan kata sendi dan mengikut hukum tatabahasa bahasa Melayu, apabila digunakan dalam frasa atau ayat ia diikuti oleh kata nama. 'Kerana' juga merupakan kata sendi. 'Sebab' ialah kata nama. Oleh itu, frasa yang betul ialah 'oleh sebab' dan bukan 'oleh kerana'. | Tatabahasa | 12.12.2013 |
Contoh penulisan dalam buku: Oleh kerana penyakitnya semakin teruk, Aina terus berjumpa doktor pakar di sebuah hospital swasta. Selepas pemeriksaan dibuat, Aina bertanya pada Doktor Mansor, "Kenapa dengan saya Doktor? Adakah penyakit saya ini serius?" Soalan saya: Doktor yang merujuk Doktor Mansor itu perlu ditulis menggunakan huruf besar atau tidak? | Salam sejahtera, Menerusi ayat yang dikemukakan oleh saudari, nama Doktor Mansor dalam ayat perlu ditulis dalam singkatan iaitu 'Dr.' Ayat: Oleh kerana penyakitnya semakin serius, Aina segera berjumpa doktor pakar di sebuah hospital swasta. Selepas pemeriksaan dilakukan, Aina bertanya kepada Dr. Mansor, "Kenapa dengan saya doktor? Adakah penyakit saya ini serius?." Untuk ayat 'Kenapa dengan saya doktor?' perkataan doktor ditulis dengan huruf kecil. | Tatabahasa | 23.10.2012 |
Assalamualaikum. Mana yang betul penggunaanya; oleh kerana atau oleh sebab | Ungkapan yang betul ialah oleh sebab. Ini disebabkan oleh merupakan kata sendi nama yang mesti diikuti oleh kata nama atau frasa nama, sedangkan kerana bukan kata nama tetapi kata hubung keterangan. Penggunaan oleh yang diikuti dengan kerana dalam ungkapan oleh kerana untuk menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab merupakan penggunaan yang salah. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 284. | Tatabahasa | 10.07.2014 |
penggunaan oleh sebab dan oleh kerana bahaimana membezakannya. | Ungkapan yang betul ialah oleh sebab. Ini disebabkan oleh merupakan kata sendi nama yang mesti diikuti oleh kata nama atau frasa nama, sedangkan kerana bukan kata nama tetapi kata hubung keterangan. Penggunaan oleh yang diikuti dengan kerana dalam ungkapan oleh kerana untuk menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab merupakan penggunaan yang salah. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 284. | Tatabahasa | 02.08.2010 |
Harap dapat memberi penjelasan mengapa "oleh kerana itu" tidak digunakan dalam penulisan. terima kasih | "Oleh" merupakan kata sendi nama dan mengikut hukum tatabahasa bahasa Melayu, apabila digunakan dalam frasa atau ayat ia diikuti oleh kata nama, dan "kerana" juga merupakan kata sendi nama. Oleh itu, frasa yang "oleh kerana itu" salah dan frasa yang betul ialah "oleh sebab" kerana ialah kata nama yang boleh hadir selepas kata sendi nama "oleh". | Tatabahasa | 20.05.2012 |
keliru penggunaan oleh itu, oleh kerana itu, oleh sebab itu . Mana yang betul | Yang betulnya ialah oleh itu. | Tatabahasa | 20.07.2010 |
Saya nak bertanya mengapa oleh kerana salah pengg.dlm ayat, oleh sebab itu betul? | Ungkapan yang betul ialah 'oleh sebab' kerana oleh merupakan kata sendi , oleh yang demikian kata yang mengikutinya hendaklah kata nama; iatu sebab. 'Kerana ialah kata sendi dan dengan itu tidak boleh digunakan selepas kata oleh dalan ungkapan tersebut. | Tatabahasa | 30.07.2012 |
penggunaan oleh sebab dan oleh kerana bagaimana membezakannya | Ungkapan yang betul ialah oleh sebab. Ini disebabkan oleh merupakan kata sendi nama yang mesti diikuti oleh kata nama atau frasa nama, sedangkan kerana bukan kata nama tetapi kata hubung keterangan. Penggunaan oleh yang diikuti dengan kerana dalam ungkapan oleh kerana untuk menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab merupakan penggunaan yang salah. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 284. | Tatabahasa | 02.08.2010 |