Hari demi hari keadaan abang semakin parah oleh sebab penyakit jantung yang dihidapinya. Munsyi, adakah oleh sebab tidak boleh letak di tengah ayat? TK | Oleh sebab boleh digunakan di dalam ayat. Oleh itu, ayat "Hari demi hari keadaan abang semakin parah oleh sebab penyakit jantung yang dihidapinya." adalah betul. | Tatabahasa | 15.04.2012 |
Ketua-ketua Menteri betul atau Ketua-Ketua Menteri ? benarkah oleh sebab tidak boleh diletakkan di tengah2 ayat? apa beza oleh sebab dengan kata hubung kerana ? | 1. Ketua-Ketua Menteri 2. boleh digunakan oleh sebab. | Tatabahasa | 12.09.2007 |
apakah perbezaan perkataan oleh sebab dan oleh kerana? adakah penggunaan oleh sebab boleh digunakan | 'Oleh' merupakan kata sendi dan mengikut hukum tatabahasa bahasa Melayu, apabila digunakan dalam frasa atau ayat ia diikuti oleh kata nama. 'Kerana' juga merupakan kata sendi. 'Sebab' ialah kata nama. Oleh itu, frasa yang betul ialah 'oleh sebab' dan bukan 'oleh kerana'. | Tatabahasa | 12.12.2013 |
Tuan, Ayat berikut adalah betul atau tidak: 1. Mei Ying tidak datang ke sekolah oleh sebab demam. (penggunaan oleh sebab) 2. Sekolah saya mempunyai sebuah padang. (penggunaan mempunyai) Terima kasih. Ms Ong | Ayat yang diberikan adalah betul. | Tatabahasa | 31.10.2016 |
1.Benarkah kata hubung 'oleh sebab' tidak boleh diletakkan di tengah ayat? 2. Bolehkah kata pancangan relatif 'yang' dikira sebagai kata hubung? Terima kasih | oleh sebab, boleh digunakan ditengah ayat dan 'yang ' dikira sebagai kata hubung. | Tatabahasa | 28.09.2007 |
Pilihan jawapan mana yang lebih tepat : 1. Oleh sebab jam tangannya rosak, Jamal ______ (hendak/perlu) membeli jam tangan yang baharu. 2. ______ (Sila/Tolong) simpan peralatan sukan di dalam stor dengan cermat. | 1. Oleh sebab jam tangannya rosak, Jamal (hendak /perlu) membeli jam tangan yang baharu. (hendak yang bermaksud ingin mempunyai, mendapat atau memperoleh sesuatu) 2. ______ (Sila/Tolong) simpan peralatan sukan di dalam stor dengan cermat. Kedua-dua perkataan "sila" dan "tolong" tergolong dalam kumpulan kata perintah yang bertujuan untuk menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, silaan atau permintaan. Tidak ada tingkat penggunaan kata tersebut, tetapi kelazimannya untuk berlembut dalam perintah atau arahan, perkataan "sila"digunakan. | Tatabahasa | 31.10.2017 |
Tuan, perkataan manakah yang betul bagi ayat di bawah ini? sama ada 'disebabkan' atau 'oleh sebab'. ____ Iman cantik ramai yang ingin berkawan dengannya. | Ayat yang gramatis, Oleh sebab kecantikan Iman, ramai yang ingin berkawan dengannya. | Tatabahasa | 17.11.2011 |
saya ingin bertanya tentang penggunaan 'oleh sebab' dan 'oleh kerana'? terima kasih | ungkapan yang betul ialah "oleh sebab". Oleh merupakan kata sendi dan kata yang mengikutinya hendaklah kata nama; iatu sebab, manakala Kerana ialah kata sendi dan dengan itu tidak boleh digunakan selepas kata oleh dalan ungkapan tersebut. | Tatabahasa | 20.12.2008 |
oleh itu betul ke oleh sebab itu betul? merasakan keperitan betul ke? ke berasa keperitan? | Frasa 'oleh itu' dan 'oleh sebab itu' kedua-duanya betul. Kata keperitan sahaja sudah membawa maksud rasa/peri hal perit, maka tidak perlu lagi berasa keperitan. | Tatabahasa | 22.03.2011 |
apa bezanya 'oleh sebab' dan 'oleh kerana'? | Ungkapan yang betul ialah 'oleh sebab' kerana oleh merupakan kata sendi , oleh yang demikian kata yang mengikutinya hendaklah kata nama; iatu sebab. 'Kerana ialah kata sendi dan dengan itu tidak boleh digunakan selepas kata oleh dalan ungkapan tersebut. Kata pemeri ialah digunakan sebagai unsur persamaan atau ekuatif manakala adalah digunakan sebagai unsur huraian atau kualitatif. Cara membezakannya adalah melalaui penggunaannya dalam ayat. Contoh: perkara yang mustahak ialah usaha yang ... sumbangan beliau adalah dari segi... kamus merakamkan semua perkataan yang terdapat dalam penggunaan bahasa oleh masyarakat . Walau bagaimanapun masyarakat harus bijak memilih perkataan tersebut kerana bukan semua perkataan boleh digunakan untuk tujuan rasmi. | Tatabahasa | 09.10.2008 |