Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[o.léh.o.léh] | اوليه٢

Definisi : sesuatu yg dibawa dr berpergian; buah tangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
oleh-oleh (kata nama)
Bersinonim dengan cenderamata, buah tangan, pemberian, hadiah, cenderahati, tanda mata, ompang-ompang, sagu hati, kurniaan, anugerah.,

Puisi
 

Sapu tangan bersiring hijau,
     Oleh membeli kedai Yahudi;
Luka di tangan kerana pisau,
     Luka di hati kerana budi.


Lihat selanjutnya...(39)
Peribahasa

Tak kuning oleh kunyit,
     tak putih oleh kapur.

Bermaksud :

Tak mudah dihasut atau dipuji; keras hati. (Bandingkan dengan: Kuning oleh kunyit, hitam oleh arang).

 

Lihat selanjutnya...(118)

26

Great barkers are not biters

Orang yang menengking-nengking marah lazimnya tidaklah sampai mengambil tindakan atau mendatangkan kecederaan. Oleh itu kita tidak perlu takut padanya.

Anjing yang menyalak (menggonggong) tak akan menggigit

"I thought you were seriously beaten up by that burly man. I was really scared when he started shouting and threatening you. The whole block could hear him," I said. "A barking dog never bites, and this was not the first time," replied Ali calmly.

"Aku ingatkan kau teruk dibelasah oleh lelaki sasa itu. Aku takut betul apabila dia menjerit-jerit dan mengancam-ancam kau. Seluruh blok bangunan ini boleh mendengar suaranya," kataku. "Anjing yang menyalak tak akan menggigit," jawab Ali dengan tenang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(22)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera. Saya ingin bertanya tentang penulisan minit mesyuarat. 1. Dalam bahagian "Pengesahan minit mesyuarat yang lepas" perlu tulis "Minit dicadang oleh Ali dan disahkan oleh Abu?" 2. Bahagian tandatangan: i. mesti ada 3 iaitu disediakan oleh, disemak oleh dan disahkan oleh? ii. disemak oleh siapa? "disahkan oleh siapa" iii. Adakah tiga bahagian ini ditandatangan sekaligus pada tarikh yang sama selepas minit ditulis? iv. ATAU minit "disahkan oleh ketua jabatan"selepas dalam mesyuarat yang seterusnya? Maaf soalan saya banyak. Saya amat keliru semasa diminta oleh organisasi untuk menentukan format minit untuk organisasi saya. Jadi, mohon jasa baik pihak DBP untuk memberi tunjuk ajar.DBP mengguna pakai format seperti yang berikut:
(1) Nama pencadang dan disahkan tidak dicatatkan di dalam minit mesyuarat. Sebaliknya, dalam minit mesyuarat ditulis “Pengerusi mengesahkan minit mesyuarat Bil.1/2019 tanpa sebarang pindaan’(dalam keadaan minit tiada pindaan).
(2) Bahagian tandatangan hanya ada dua, iaitu: Disediakan oleh:  (Setiausaha) dan Disahkan oleh:  (Pengerusi)
(3) Terdapat minit mesyuarat yang tidak mempunyai ruangan tandatangan individu, iaitu dalam keadaan minit disediakan oleh jabatan yang bertindak sebagai urus setia Jawatankuasa.
Untuk makluman, format penulisan minit mesyuarat yang dinyatakan di atas merupakan format yang diguna pakai di DBP, dan mungkin berbeza daripada format yang digunakan di MAMPU/JPA.
Lain-lain05.01.2019
Bolehkah tanya penggunaan manakah yang betul? "Oleh itu," atau "Oleh sebab itu"? Terima kasih.Oleh merupakan kata sendi nama. Biasanya selepas kata sendi nama hendaklah diikuti dengan kata nama. Penggunaan oleh itu atau oleh sebab itu boleh digunakan mengikut konteks ayatTatabahasa23.07.2019
Salam sejahtera. 1. Adakah perkataan 'disebabkan' boleh digunakan bersama dengan 'oleh' seperti 'disebabkan oleh'? 2. Perkataan 'disebabkan' merupakan golongan kata apa? Adakah perkataan ini tergolong dalam kata kerja?Perkataan disebabkan boleh digunakan dengan perkataan 'oleh' seperti 'disebabkan oleh'. Perkataan disebabkan merupakan kata kerja pasif.Tatabahasa11.07.2019
Manufactured by BM translation: 1. Dikilang oleh atau 2. Dibuat oleh Thank you.Terjemahan yang sesuai bagi Manufactured by ialah Dikilangkan oleh: xxxx atau Dibuat oleh: xxxxMakna13.06.2017
Salam 1.Saya ingin mendapatkan pencerahan bagi menggunakan ayat yang sesuai untuk menggunakan istilah " disempurnakan oleh" dan "dirasmikan oleh" dalam sesuatu majlis. 2. Tatacara untuk menggunaan istilah Yang berusaha dalam salutasi ucapan seauatu majlis. Terima kasihSecara umumnya, "Disempurnakan oleh" digunakan secara umum, manakala, "Dirasmikan oleh" untuk majlis yang melibatkan perasmian. Contohnya: Majlis Hari Inovasi sesuai digunakan "Disempurnakan oleh". Sambutan Bulan Kebangsaan pula sesuai digunakan "Dirasmikan oleh" kerana terdapat majlis perasmian.Lain-lain07.10.2016
"...diajar oleh guru" atau "...diajarkan oleh guru"? Penggunaan yang manakah lebih tepat?
Menurut data kami, ayat yang betul ialah "...diajar oleh guru".
Tatabahasa23.11.2016
pelaburan emas bermaksud keuntungan atau kerugian adalah kerana perubahan harga emas di pasaran adalah kerana atau yang disebabkan oleh/ disebabkan oleh?Ayat yang betul ialah Pelaburan emas bermaksud keuntungan atau kerugian yang disebabkan oleh perubahan harga emas di pasaran.Tatabahasa13.11.2016
Managed by....terjemahan yang betul diuruskan oleh atau diurus oleh? Terima kasih.Salam sejahtera,

Terjemahan yang sesuai untuk "managed by" ialah diuruskan oleh.

Sekian terima kasih.
Makna04.01.2018
yang dikendalikan oleh Abu atau yang dikendalikan Abu? Mohon terangkan bagaimana penggunaan 'oleh'. Kedua, boleh tolong terangkan mengenai penggunaan perkataan 'yang' di dalam mana-mana ayat? Terima kasih.

Selamat pagi;
Untuk ayat pasif yang menggunakan kata kerja pasif di-, kata sendi nama oleh pada binaan ayat oleh + FN yang letaknya selepas kata kerja boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna atau struktur ayat.

i. Projek itu dikendalikan oleh Abu
ii. Projek itu dikendalikan Abu

Yang merupakan penanda relatif. Walau bagaimanapun, dalam bahasa Melayu perkataan yang bukan sahaja digunakan sebagai penanda relatif, tetapi digunakan juga sebagai pengganti nama yang digugurkan daripada frasa nama + yang seperti yang terdapat dalam contoh berikut:
a.    Warna yang biru itu warna kegemaran ibu saya.
b.    Yang biru itu warna kegemaran ibu saya.

Sekian, terima kasih.

Tatabahasa03.10.2016
Oleh sebab imbuhan ber- mengandungi maksud keadaan yang sudah berlaku, manakala imbuhan ter- bermaksud keadaan tersedia, bolehkah imbuhan ber- diganti dengan ter- atau di-? Makanan sudah berhidang. Makanan sudah terhidang. Makanan sudah dihidang.Untuk makluman tuan/puan, penggunaan imbuhan hendaklah disesuaikan dengan maksud yang hendak disampaikan dan konteks penggunaannya dalam ayat. Tatabahasa03.04.2020
12345678910...

Kembali ke atas