Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata olehku


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat yang manakah betul dan gramtis? (a) Tidak terangkat olehku bagasi itu. (b) Tidak terangkat oleh saya bagasi itu. (c) Bagasi itu tidak terangkat olehku. (d) Bagasi itu tidak terangkat oleh saya. Untuk ayat-ayat pasif tadi, ayat aktif manakah yang betul? (e) Saya terangkat bagasi itu. (f) Aku terrangkat bagasi itu. (g) Saya dapat mengangkat bagasi itu. (h) Aku dapat mengangkat bagasi itu.

Soalan yang dikemukakan kurang jelas kerana ayat aktif dan pasifnya bertentangan. Untuk makluman, ayat aktif 'terangkat', apabila ditukarkan kepada ayat pasif, tidak boleh menjadi 'tidak terangkat'. Contoh ayat aktif dan pasif:

Ayat aktif: Siti menyapu halaman rumahnya.

Ayat pasif: Halaman rumahnya disapu oleh Siti.

Tatabahasa28.10.2015
1. Tiba-tiba terpandang olehku ular sawa melulur kambing. Adakah ayat ini gramatis (ayat ini daripada kamus pelajar)? 2. Sesetengah guru di Pulau Pinang mengatakan bahawa "terdapat" tidak boleh digunakan di depan ayat. Namun saya mendapati perkataan "terdapat" pernah digunakan dalam petikan UPSR tahun yang lalu. Bolehkah "terdapat" digunakan di depan ayat dan sila berikan contoh. 3. Adakah ayat-ayat berikut gramatis? (a) Kamu mesti menyelesaikan masalah ini. (b) Kami mesti selesaikan masalah ini. (c) Masalah ini mesti kamu selesaikan. (ayat pasif) (d) Masalah ini kamu mesti selesaikan. (e) Masalah ini kamu mesti menyelesaikan. (ayat songsang)

1. Ayat itu betul.

2. Terdapat boleh digunakan di permulaan ayat dan kebiasaannya digunakan dalam bentuk pasif.

3. Ayat yang betul ialah (a) Kamu mesti menyelesaikan masalah ini. (b) Kami mesti selesaikan masalah ini. (c) Masalah ini mesti kamu selesaikan. (d) Masalah ini kamu mesti selesaikan.

Tatabahasa29.06.2008
adakah ayat berikut gramatis: 1. Buku yang tebal itu terbaca olehku.Ayat itu betul bentuk kata kerja pasif dan ter- di situ memberi pengertian keupayaan.Tatabahasa09.09.2008
Adakah ayat berikut gramatis? 1. Buku yang tebal itu terbaca olehku.Ayat itu betul bentuk kata kerja pasif dan ter- di situ memberi pengertian keupayaan.Tatabahasa09.09.2008
Adakah ayat-ayat (a) dan (b)berikut betul dan gramtis? Adakah ayat-ayat berikut ialah ayat pasif? Bukankah ayat pasif yang melibatkan kata ganti nama pertama tidak boleh diikuti oleh rumus "oleh + pelaku" (a) Tidak terangkat olehku bagasi itu. (b) Tidak terangkat oleh saya bagasi itu. Selain itu, adakah ayat (c) ialah ayat aktif? Adakah ayat (c) betul dan gramtis? (c) Saya tidak terangkat bagasi itu. Untuk ayat (a), ayat aktif berikut yang manakah sepadan dan betul (ayat (d) atau ayat (e))? (d) Aku tidak terangkat bagasi itu. (e) Aku tidak dapat mengangkat bagasi itu. Untuk ayat (f), adakah ayat tersebut ialah ayat pasif yang betul dan gramtis? (f) Bagasi itu tidak terangkat oleh saya. [Minta maaf, sebenarnya soalan ini saya sudah tanya minggu lepas. Tetapi oleh kerana kesilapan saya dalam menaip, jadi khidmat nasihat yang menjawab soalan kurang jelas dengan soalan saya.Sorry]Ayat pasif yang gramatis ialah Bagasi itu tidak terangkat oleh saya. Ayat pasif pola (pasif ter- + oleh + KGND pertama) Tidak ada bentuk aktif bagi ayat ini.


Tatabahasa03.11.2015

Kembali ke atas